Friday, February 8, 2013

heliza helmi comel

asalamualaikum tak jawab dosa, kalau jawab sayang.....
 
pah nak kongsi gaya tudung heliza dan tentang heliza kepada korang semua. so enjoy lah.


dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Taiping, Perak dan kini bertugas di TawauSabah. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.
Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.
Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke Universiti Malaysia SabahKota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Pendidikan (Sains) sebagai jurusan beliau di universiti tersebut dan sedang menyambung pelajarannya kembali ketika ini.


di sebalik nama beliau yang sedang meningkat masyhur di serata negara, beliau juga mempunyai masalah kurang daya penglihatan yang menyebabkan beliau amat sukar untuk melihat dengan jelas tanpa menggunakan bantuan cermin mata. Sekiranya beliau membuat aktiviti tertentu seperti membuat persembahan nyanyian, beliau memakai kanta lekap.


Heliza diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah dipilih oleh pihak penerbitan.

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan kepada Heliza sewaktu berada di Akademi Fantasia ketika konsert konsert mingguan AF yang seterusnya:
  • Konsert Pertama : "Kau Pergi Jua" - nyanyian asal oleh Adam Ahmad
  • Konsert Kedua : "Aku Bukan Untukmu" - nyanyian asal oleh Rossa
  • Konsert Ketiga : "Melodi Ahlan" - nyanyian asal oleh Waheeda
  • Konsert Keempat : "Torn" - nyanyian asal oleh Natalie Imbruglia
  • Konsert Kelima : "Diam-Diam Jatuh Cinta" - nyanyian asal oleh Ramlah Ram
  • Konsert Keenam : "Nafas Cahaya" - nyanyian asal oleh Misha Omar
  • Konsert Ketujuh : "Rindu Merindu" - nyanyian asal oleh Fauziah Idris
  • Konsert Kelapan : "Kesal" - nyanyian asal oleh Ella
  • Konsert Kesembilan : "Ya Atau Tidak" - nyanyian asal oleh Erra Fazira
  • Konsert Akhir : "Cinta Boneka" - nyanyian asal oleh D-Va
  • Konsert Akhir : "Cinta Di Lautan Lalang" - ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Loloq



TahunSekolah/Institut
Sekolah Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
1999Teacher Methodist Girls School, Taiping Perak
2000-2003SM Convent St. Ursula
2004-2005Labuan Matriculation College
2005- May 2010Degree Education in Science (Biology & Chemistry) of Universiti Malaysia Sabah
TahunAnugerahKategoriKeputusan
2007Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21Artis Baru Wanita PopularDicalonkan
2008Anugerah Juara Lagu ke-23Calon Akhir kategori Etnik Kreatif "(Doa Dalam Lagu denganMawi)"Dicalonkan
2009Festival Filem Malaysia ke-22Pelakon Harapan Wanita "(Syurga Cinta)"Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik "(Syurga Cinta)"Dicalonkan
2011Anugerah Pilihan Pembaca Media HiburanAnugerah Kulit Cantik WanitaDicalonkan
2012Anugerah Bintang Popular Berita HarianArtis Wanita StailoMenunggu
Artis Berpengaruh di Laman Media SosialMenunggu




No comments:

Post a Comment