Saturday, February 15, 2014

Luahan hati

asalamualaikum cinta..

hari nie saya lapangkan diri saya untuk update blog tercinta ini. hahaha. sejak akhir-akhir ni susah nak post cerita-cerita yang syokk ( best ) tapi saya tetap usaha untuk berfikir. ayat yang tak boleh pakai langsung. rasa diri nie b****. okay back to the topik. pernahkah anda terasa disisih oleh kawan-kawan anda?.

Bagi orang yang berbadan besar macam saya nie memang selalu di sisih oleh kawan-kawan di sekolah. Sedih memang sedih. Saya tak cantik macam budak perempuan lain. Saya sering di buat lawak kerana saya berbadan besar. Walaupun saya tahu kawan saya hanya nak buat lawak tapi kenalah jaga perasaan orang sama. Tapi saya akan bersabar selagi ada.sabar dalam diri saya.

Ini memang pengalaman saya. Bila di agihkan .kumpulan saya sering di pandang hina. Walaupun kawan-kawan saya tak kata tapi saya boleh lihat cara pandangan mata dia kepada saya. Sedih!!!! Tapi hidup ni tak boleh sedih sangat. Ada jugak yang ikhlas kawam dengan saya. Bersyukur sangat dapat sahabat yang baik.

Telah lama saya pendamkan perasan ini. Baru hari nie saya luahkan di sini. Harap perkara yang lepas jangan di kenang. Sekarang saya akan bersabar. Kerana sabar itu separuh daripada iman.

3 comments: