Friday, January 30, 2015

NEOS

NEOS ialah niqab experience on street. baru-baru nie aku ada jumpa satu artikal  ya walaupun saya tak berniqab tapi ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

why wear a NIQAB?

seperti yang diketahui umum pemakaian niqab  dikalangan muslimah bukan saja khusus untuk wanita arab. Tapi ianya adalah tuntutan pakaian sunnah ummahatul mukminin yang juga berfungsi sebagai pelindung EXTRA bagi muslimah.

Tetapi di dalam pemakaian ini juga ada tatatertibnya agar 'sunnah' itu kekal tanpa mencampurkannya dengan sesuatu yang boleh merosakkan pakaian sunnah ummul mukminin ini.

Niqab ini digunakan untuk menundukkan pandangan ajnabi, melindungi diri dan juga pemakaian yang mengajarkan rasa malu yang tebal di kalangan muslimah dan mukminah.

Tetapi, dizaman moden dan penuh dengan pelbagai fesyen hijab kini,niqab juga telah terpengaruh sedikit sebanyak dalam dunia FESYEN. sekaligus telah menjadikan 'sunnah' dan fungsi sebenar NIQAB hilang dari tujuan sebenarnya.

Pemakaian niqab sering dikaitkan dengan simbol ajaran sesat. ini kerana pengaruh media massa yang banyak memberi maklumat palsu kepada masyarakat sehingga ianya sebati di dalam benak orang awam untuk memanda serong tentang pakaian ini.

Niqab yang dahulunya menjadi PERISAI bagi muslimah agar tidak menjadi perhatian lelaki kini telah berubah menjadi satu DAYA PENARIK yang baru dengan cara mempelbagaikan WARNA, GAYA dan HIASAN pada niqab itu sendiri. malah media sosial juga menjadi umpan syaitan untuk muslimah lari dari tuntutan islam yang tidak mengalakkan muslimah menampakkan diri tanpa keperluan yang penting. cukup hanya dengan memuat naik gambar2 mereka, lelaki dapat melihat mereka setiap masa. berhijab bukan jaminan yang cukup untuk lelaki menundukkan pandangan mereka apalagi jika media massa di banjiri dengan hidangan2 gambar muslimah pelbagai gaya.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat dan taat kamu kepada Allah dan RasulNya. sesungguhnya Allah( perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanya menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai 'AhlulBait"  dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya ( dari segala perkara yang keji)" Al-Ahzab ayat33

Saidatina Aisyah RA berkesan: "sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang"

sebaik-baik muslimah juga adalah saat mereka berada dikhalayak kehadirannya tidak banyak menarik perhatian

memakai niqab bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi ianya lebih mulia bagi seorang muslimah. Dan bila sudah memakainya pula haruslah dengan ilmu,bukan dengan nafsu, yang sentiasa mendesak kita untuk menjadi hamba kepada FASHION. Wallahualam bissawab ^-^

BARAKALLAHU FIKUM~ #NEOS #AsSufiyyah

No comments:

Post a Comment