Tuesday, April 3, 2018

MACAM MANA CARANYA NAK PILIH WARNA FOUNDATION YANG SESUAI DENGAN KULIT WAJAH

Hai darlinggsss!!! Siapa kat sini yang macam saya? Baru nak jinak-jinak dengan makeup? Selama ni makeup jugak, cuma tak ambil tahu sangat dengan barang-barang makeup yang kita guna. Asal nampak lawa, kira okeylah kan. Kenapa pemilihan foundation shade ni sangat penting? Sebab paling utama ialah penggunaan warna foundation yang salah akan buatkan muka kita akan nampak tersangat berbeza dan tak natural. Bayangkan kalau kulit wajah kita jenis sawo matang, kita pakai shade yang cerah atau untuk kulit jenis kuning langsat, bukan ke nanti wajah kita nampak macam tersimbah cat? So, kali ni saya nak share langkah-langkah untuk kita pilih warna atau “shades” foundation yang paling sesuai dengan kita.


hta3

LANGKAH 1 : KENALPASTI TENTANG KULIT KITA
1) Ketahui dan Fahami Warna Dasar Kulit (undertone skin)
Untuk pengetahuan uolls, kurang tepat kalau kita hanya tengok pada permukaan kulit sahaja sebabnya permukaan kulit boleh berubah warna disebabkan faktor persekitaran macam sunburn atau parut jerawat dan sebagainya. Akan tetapi, kalau uolls dapat kenalpasti warna dasar kulit,  ianya sangat membantu uolls untuk dapatkan warna foundation yang paling atau hampir sesuai dengan tona kulit wajah. Berikut terdapat 3 jenis warna dasar kulit :
  1. Sejuk (Cool) : Kulit cenderung berwarna biru, merah atau pink
  2. Hangat (Warm) : Kulit cenderung berwarna emas, kuning atau peach
  3. Natural  : Kulit mempunyai kombinasi warna sejuk dan suam
2) Tentukan Warna Dasar Kulit Uolls
Ada beberapa cara dan teknik untuk kenalpasti warna dasar kulit kita. Antara test yang boleh dibuat ialah dengan menilai dan kenalpasti warna rambut dan mata, warna apa yang paling match atau sesuai pada uolls untuk dilihat, bagaimanakah uolls apabila berada di bawah sinar matahari dan apakah warna urat darah anda (veins)
  1. Warna dasar kulit adalah sejuk apabila uolls mempunyai warna rambut hitam (pure black), coklat atau perang (blonde) digabungkan dengan warna mata kehijauan, biru atau kelabu. Manakala untuk warna dasar kulit hangat apabila uolls memiliki warna rambut hitam, perang (auburn) atau perang kemerahan digabungkan dengan warna mata hazel, coklat atau amber.
  2. barang kemas perak (silver) akan kelihatan sangat padan dan sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit dasar sejuk manakala untuk kulit dasar hangat akan lebih kelihatan padan/match dengan barang kemas daripada warna emas (gold). Bagi kulit dasar natural pula, takde masalah untuk pakai silver atau gold sebab kedua-duanya sangat sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit jenis ini.
  3. Kulit dasar sejuk akan lebih cenderung untuk bertukar pink, kemerahan atau terbakar (sunburn) dengan cepat apabila berada di bawah sinaran matahari yang kuat. Kulit dasar hangat pula akan menjadi keperangan dan lebih gelap (bronze/tanned) apabila berada di bawah sinar matahari
  4. Kulit dasar sejuk memiliki urat darah berwarna biru pada pergelangan tangannya, urat darah berwarna hijau untuk kulit dasar hangat dan urat darah berwarna biru kehijauan untuk kulit dasar natural.
s-7b9c8f609536d1717b8da3e1c09a3f57b3d7577e

140404_foundation-skintones

3) Tahu dan sesuaikan foundation terbaik untuk jenis kulit anda
Secara basic, ramai yang tahu kulit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu berminyak atau kering atau kombinasi. Sesetengah daripada kita turut memiliki kulit jenis sensitif atau normal. Jenis kulit tak membantu untuk pemilihan warna foundation, akan tetapi maklumat ini sangat diperlukan untuk tentukan jenis foundation yang boleh atau paling sesuai untuk dipakai.
  1. Kulit jenis berminyak : Pilih matte finish foundation atau oil-free liquid (bebas minyak) foundation atau powder foundation.
  2. Kulit jenis kering : Pilih mosturizing atau hydrating cream foundation atau stick foundation
  3. Kulit jenis sensitif : Pilih hypoallergenic dan scent-free foundation
  4. Kulit jenis kombinasi : Powder Foundation lebih sesuai
  5. Pilih foundation yang menawarkan litupan penuh (full coverage) atau litupan sederhana (medium coverage) sekiranya mempunyai tona kulit tidak sekata (uneven complexion) dan inginkan foundation tersebut cover keseluruhan kulit wajah. Pemilihan coverage ini sangat penting untuk tentukan sejauh mana wajah kita akan kelihatan natural apabila kita mengaplikasikannya.
  6. Untuk kelihatan natural atau mempunyai tona kulit wajah yang sempurna, dapatkan foundation yang menawarkan litupan ringan (sheer coverage).
  7. Dapatkan foundation yang mempunyai SPF kerana ianya turut membantu dalam melindungi kulit wajah daripada sinar UVA dan UVB

LANGKAH 2 : MISI MENCARI WARNA FOUNDATION YANG PALING SESUAI
1) Gunakan maklumat warna dasar kulit yang diperoleh tadi untuk cuba beberapa warna/shades foundation
Untuk jimatkan masa, uolls dah boleh survey atau mengambil kira (consider) warna-warna atau shades foundation yang bakal dicuba bila berada di dalam farmasi atau makeup store nanti dengan menggunakan maklumat warna dasar kulit yang telah diperoleh awal tadi.
  1. Warna dasar kulit sejuk : pilih foundation dengan warna asas (base) rose, merah atau biru serta uolls boleh consider untuk cuba warna/shades foundation koko, rose atau porcelain
  2. Warna dasar kulit hangat : Pilih foundation dengan warna asas (base) emas atau kuning serta uolls boleh consider untuk mencuba warna/shades foundation caramel, golden, tan, shestnut atau beige
  3. warna kulit dasar neutral : uolls boleh consider untuk mencuba warna/shades foundation kuning langsat (buff), nude, ivory atau praline
2) Pilih makeup store, pharmacy outlet, atau department store yang mempunyai servis dari perunding kecantikan
Untung sangat kalau uolls boleh dapat bantuan daripada perunding kecantikan untuk pilih warna foundation yang sesuai. Biasanya perunding kecantikan ini banyak kat bahagian counter products macam MAC, NARS, BOBBI BROWN dan sebagainya. Kalau takde perunding kecantikan, uolls boleh pergi ke outlet yang ada sediakan tester product. Uolls boleh ambil masa sebaiknya untuk cuba satu-satu foundation tester yang disediakan. Kalau tak yakin, uolls boleh pergi ke outlet yang sediakan polisi pemulangan (return policy) yang mana foundation boleh ditukar kalau tersalah pilih warna/shades.
3) Cuba beberapa jenis warna/shades foundation
Berdasarkan maklumat undertone skin tadi (warna dasar kulit), uolls boleh cuba satu-satu warna/shades foundation yang dah disenarai pendek atau yang paling hampir dengan tona kulit. Lepastu, dengan menggunakan tester yang disediakan, cuba sapukan atau calitkan (dabbing) foundation pada rahang muka. Tona kulit pada rahang lebih tepat dengan warna dasar kulit dan akan tonjolkan perbezaan atau persamaan dengan warna kulit pada leher. Sekiranya outlet tak mempunyai tester, cuba letakkan botol foundation diantara rahang muka dengan leher dan tengok adakah tone warna rahang dengan leher tu sama ataupun tak.
Sama ada mengaplikasikan tester atau sekadar letakkan botol dekat dengan rahang wajah, pastikan uolls membuatnya dekat dengan tingkap atau pintu outlet (bagi outlet yang berada diluar dan bukan di dalam shopping complex) sebabnya dengan cara ni sangat bantu buatkan warna foundation nampak lebih natural atau sesuai/cocok dengan kulit wajah ataupun tak
4) Pilih foundation yang paling tepat atau hampir sama dengan kulit wajah uolls
Foundation yang terbaik adalah foundation yang seolah-olah tak kelihatan bila diaplikasikan pada wajah atau lebih tepat nampak natural. Foundation tak sepatutnya nampak menonjol pada wajah seolah-olah kita menempekkan tepung. Tugas foundation adalah seperti canvas yang lembut sebagai asas untuk aplikasi bahan makeup yang lain seperti concealer, blusher, finishing powder. Gunakan rahang wajah untuk memilih warna foundation yang boleh diadun cantik pada wajah. Foundation yang terbaik adalah yang mampu untuk menyamarkan atau melindungi cela atau kemerahan pada wajah di samping untuk terus kelihatan natural

LANGKAH 3 : OLAH WARNA/SHADES FOUNDATION
Langkah mengolah warna foundation ini dibuat sekiranya warna atau shades foundation yang kita beli atau peroleh terlalu gelap atau terlalu terang dengan kulit wajah kita atau kita mahu untuk bertukar dengan warna/shades foundation yang berbeza tanpa membeli shades foundation yang baru.
Untuk foundation yang terlalu gelap bagi kulit kita dan kita ingin untuk buatnya nampak lebih cerah atau untuk buatkan warna foundation lebih serasi/match dengan kulit wajah, salah satu caranya adalah dengan mengaplikasikan foundation tersebut dengan span basah (jangan menggunakan jari). Atau uolls boleh cuba campurkan foundation tersebut dengan moisturizer (pelembap), primer foundation, foundation yang lebih cerah (campurkan kedua-dua foundation sekali), concealer ataupun dengan finishing powder.
Untuk buatkan foundation nampak lebih gelap (sekiranya uolls beli foundation terlebih cerah dari kulit wajah), tambahkan blusher atau concealer pada foundation atau campurkan foundation dengan bronzer atau gabungkan foundation yang cerah tadi dengan foundation yang lebih gelap atau tinted moisturizer (pelembap berwarna)
Untuk menukar warna foundation pula yang mana warna foundation tersebut tak sesuai dengan warna dasar kulit (undertone skin), uolls boleh olah warna foundation tu untuk jadi lebih match dengan undertone skin. Caranya, bagi mendapatkan undertone berwarna kuning, tambahkan kunyit. untuk pink atau biru undertone, tambahkan blusher yang berwarna pink ke coklat. Untuk buatkan foundation warna nampak lebih kecoklatan, tambahkan serbuk koko.

sumber : skinhealty


No comments:

Post a Comment