Friday, April 19, 2013

assignment


Asalamualikum. Do you miss me???


Sekarang pah sibuk membuat assignment untuk kerja khusus ICT. Dengar macam pah dekat U kan? Hehehe rupa-rupanya susah juga buat assignment ni kan. Selalu baca blog orang yang menceritakan tentang assignment yang diberi,tapi sekarang pah pula merasa peritnya buat assignment. Cikgu pah baru bagi 10 muka surat paling sikit sedangkan orang di university berpuluh-puluh muka surat, kadang-kadang sampai seratus pun adew. Kesian pada kakak dan abang di UNI kan? Hiks hiks terharu giloss. Mungkin suatu hari nanti pah akan menenpuh alam Universiti. Insyaallah doakan pah ya. 

Cikgu pah orang cina. Bila dia cakap kami semua tak brapa faham sebab dialek dia pelik sikit la. Hehehehe.  Bila masuk bilik ict ada orang tidur. Kebanyakan lelaki lah sebab bosan tahap gaban. Bila cikgu beri contoh assignment kami sembang pastu tak taw nak buat macam mana. Hehhehe. Bila cikgu tanya bila nak siap assignment kami semua tanya pada orang sebelah siap tak lagi. Hehehehe


pic nie hanya hiasan jer
Bila kami masuk bilik ict paling pah suka dengar bila cikgu kata “buka computer dan cari bahan sendiri” hohoho kami bukan cari bahan tapi buka FB,YOUTUBE,INSTAGRAM & BLOG. Hahaha jahatkan kami. Tapi dalam masa dok buka yang lain. Kami tetap cari bahan juga, buat cikgu tanya nanti nak jawab pa kalau kerja tak siap. Okay pah dah reka beberapa ayat. Hehehe
Ayat pertama.

“Rumah kami takdak internet la cikgu.”
Ayat kedua

“Kami cari maklumat. Tapi tak jumpa dia nak yang lain.”
Ayat ketiga

“Kami tak reti nak buat la cikgu. Tak faham.”




Hehehehe dengan ayat-ayat ini kami semua diberikan masa yang agak panjang untuk membuat assignment ini. Tapi jangan la kita buat macam nie selalu nanti masa dekat U mana boleh dah bagi asalan macam nie lagi konfom gagal la. Hik hok.


bila masuk kelas ict jadi macam nie la. kalau cikgu tanya. sampai sini sajalah pah nak berehat. hehehe bye2 semua. xoxo pah.

Friday, April 5, 2013

thanks

asalamualikum semua...

hye lamanya pah rasa menulis di blog nie. setakat ni allhamdullilah page view semakin meningkat. follower pun dah ada. tima kasih la siapa yang sudi baca blog pah. tak lupa juga kawan-kawan yang selalu menyokong pah. huhuhu


pah sebernarnya tak sangka la ade yang nak follower pah. blog pah biasa-biasa jer. tapi bersyukur lah. hari nie pah tak tahu nak tulis apa. pah rasa sangat-sangat terharu lah. kepada kawan pah nurizati, syazlin , amira, syamira dan lain-lain thanks so much sebab memberi sokongan kepada pah

akhir kata pah ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi baca blog pah. salam jumaat. pada lelaki jangan lupa sembahyang jumaat