Thursday, October 31, 2013

random update


aku sudah bebas!!!! aku sudah bebas!!!! akhirnya exam habis sudah. lepas nie tak nak ke sekolah la. nak cari kerja. huhuhu. lepas tu tution untuk SPM. dengar SPM ketaq kepala lutut. lepas balik sekolah tadi terus try cara make up baru.



pic pakai baju sekolah lagi. kau ada? walaupun pakai selendang biasa kita boleh buat bagi labuh taw. nanti aku tunjuk cara ya. sekarang bz sikit. lepas exam nie kena buat test JPJ pulak. haduh lepas satu satu pulak kena buat. sebelum nie ada banyak lagi try make and cara pakai shawl.



gambar nie lama dah tapi baru ja upload dalam instagram. jangan lupa follow instagram aku taw. @afifah_wan banyak aku letak dalam insta ja. facebook jarang nak buka. hihihi. kalau lepas make up mesti kena remove kan. aku guna safi. lembut ja muka lepas cuci.


buktinya aku guna safi. masa nie tak remove lagi. saja nak jadi model safi jap. huhuhu mana la tahu boleh jadi. * angkat tangan letak ke bahu * dan sila muntah.


sampai di sini saja aku boleh cerita. malam nie aku tidor rumah tok/ nenek aku. bye-bye. 

Wednesday, October 30, 2013

macam comel jer


baru-baru nie ada orang heboh dekat facebook. ramai update macam comel jer macam comel jer macam cantik jer. aku cuba la cari dekat youtube. pehhh memang gediks la budak nie. tapi aku think positif la. mungking dia baru belajar pakai lens kowt?  tapi aku macam nak tanya dia apa motif dia buat macam tu? nak hot ke? sekarang ni banyak jugak remaja buat aksi pelik untuk jagi hot.


okay korang boleh tengok sendiri ya. lepas tu cuba faham apa yang dia nak? kesian kan.





Tuesday, October 29, 2013

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST





klik banner

hye saya masuk segmen nie untuk tambah rakan baru. apa lagi jum join. best taw. syarat dia senang jer.

Monday, October 28, 2013

Segmen: Songs and You by Tiha




yeah join jugak segmen nie. hihihi blog tiha nie cool gila la. nice yer. kalau nak join klik link INI. okey lagu yang saya minat jeng jeng jeng




ADELE- SOMEONE LIKE YOU
 suka lagu ni sebab lirik dia awesome sangat-sangat.hihihi yang paling bet senang untuk kita ingat.



THE WANTED- I FAUND YOU

hihihi orang lain mesti ramai minat 1D tapi saya minat the wanted. lagu dia best sangat-sangat. gaya mereka cool ja. hihihi ni ja yang saya minat. bye-bye

Sunday, October 27, 2013

"Segmen Saya Nak Bookmark/Brooch"





malam nie bosan.so blogwalking sana sini. tiba-tiba terjumpa segmen nie apa lagi join la. hihihi kalau ada sapa nak join jom terjah blog siti zawiah life boleh la follow blog dia. arahan nak masuk segmen nie senang ja.

#Tarikh tamat 30/10/2013 (jam 2.30 petang)

jom la join ramai-ramai

Thursday, October 24, 2013

5 gambar rozita che wan. (pre-wedding)

hari nie hari yang membosan aku. hujan hujan dan hujan. baju aku tak sidai (JEMUR)  lagi oiii. nak keluar pun susah. orang nak lepak la dekat cmart.  tujuan nak tulis blog nie nak bagi tahu tetang seorang retis. ala tak kan tak tahu. cik ta ROZITA CHE WAN la dengar kata photoshot pre-wedding cik ta dekat london. meh la kita negok gambar dia



aduh-aduh cantik sungguh cik ta nie. best la kalau banyak duit nie. boleh buat macam-macam



          yang nie aku suka warna baju nie  naikkan seri kulit cik ta. comil ja


pic nie agak seksi sikit. cik ta terlupa tutup nie. hahaha


walapun duduk tetap nampak diva okeh


cik ta memang seorang diva. 

p/s: cik ta tetap nampak meletop walaupun usia dah lanjut. aku gelarkan cik ta nie anak patung bergerak.

Wednesday, October 23, 2013

150 JUTA



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua



lirik lagu nie ada jugak kena dengan aku. LUV U MR. SOMEBODY







short entry


buat entry cepat-cepat sebab esok last exam. kena buat betul-betul wish me luck ya friend. korang perasan tak gua ada shoutbox. hihihi akhirnya dapat jugak. thanks yang bagi cara-cara nak buat shoutbox. walaupun tak la cantik mana box aku tu. aku bersyukur jugak.



Thursday, October 17, 2013

hari raya korban



hari raya haji tahun nie kurang best la. aku dah besar lagipun tak puasa tak rasa macam nak raya kan2? pic pun ambil lebih kurang jer. lagi satu aku rasa berat badan aku akan naik macam mana tak naik kalau ke rumah jiran semua buat makanan yang berat-berat. kalau tak makan tolak rezeki pulak.

raya tahun nie baju aku tak tukar. kain jer tukar warna pink ke biru tudung pun tukar-tukar. nak bukti jap g aku bagi bukti.hihihi masa aku buat entry nie aku tak mandi lagi. aku raya dekat taman waktu pagi waktu petang dekat rumah tok aku. dekat jitra ja.


bukti yang pertama. masa nie dekat umah kawan aku. masa nie dalam bilik dia. rumah kawan aku buat nasi minyak. dia ada blog tapi aku lupa link dia. kalau aku tau aku bagi yer. nasi minyak dia sedap baq hang. sampai nak tamabah banyak kali. tapi aku tak la tambah malu la muka aku. hihihi


bukti yang kedua. hah kan aku dah kata aku selalu tukar tudung. hihihi ada banyak lagi pic yang pakai shawl lain-lain. yang ni lah kawan aku. cantik tak? make up by me. bila aku mekap ( entry ) kalau nak tau klik yer. kawan aku nie putih senang aku nak make up dia. hihihi.

aku rasa sampai sini saja lah cerita aku. aku nak mandi dan basuh baju. aku pun tak banyak cerita lagi. aku harap hari raya korang best. bye


Saturday, October 12, 2013

random entry



setelah lama bermain keybord padam tulis. tak tahu nak menceritakan apa./ harap-harap korang tak bosang la layan blog nie yer. walaupun selalu update blog tapi pelajaran tetap tak akan aku lupakan. walaupun esok ada exam hahaha. tapi masih online lagi.

lagi satu otak tengah cepat fikir nak tulis apa nie!!! lagi pun sekarang dekat luar. di kedai makan sebenarnya. main wifi free hihihi. aku harap korang doakan aku berjaya untuk exam esok. hah tak lupa lagi satu. aku lulus      ujian komputer untuk lesen L yahoooo. okey aku semakain mengarut. bye.

Friday, October 11, 2013

cara menghilangkan jerawat

asalamualiakum



lama tak buka blog. korang perasan tak. blog aku berubah. huhuhu saje bosan asyik warna hitam jer. hihihi.  hari nie nak bagi tips cikit cara nak menghilangkan jerawat..


1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawaSelawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
6. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
7. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
8. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.
9. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
10. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
11. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu
12. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.
13. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua Menghilangkan Jerawat Cara Moden

1. Aspirin (ubat demam) – Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tersebut ke bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
2. Ubat Gigi – Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi mampu mambantu untuk mengeringkan jerawat dan juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
3. Minyak Zaitun – Petua ini telah diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.
Selamat mencuba semua. Pilihlah mana-mana petua yang korang rasa sesuai dan cuba amalkan dan bertawakal lah kepada Allah S.W.T setelah berusaha. Dr Fuh doakan semoga petua menghilangkan jerawat ini memberi kesan positif kepada korang semua.