Friday, December 12, 2014

lepas rindu

Hello ......
aduhhhhh rindunyaaaa want to update this blog. it's like when'm done this kind of SPM inactive la. later it feels nak update on my trip to melaka-chicago - Kuala lumpur.
God willing, I will be updatekan entry places of interest. The last entry is actually to yearn for berblog. heeee





Sunday, December 7, 2014

universiti atau kemahiran? tolong saya!

assalamualaikum

alhamdulillah dah habis dah spm pada 2/12/2014 lambat update sebab masalah line di kawasan rumah nie slow rasanya siput lagi cepat. nak masuk segmen pun susah nak join. huuuu

sejak habis sekolah nie rasanya hanya menternak lemak ja di rumah ini. hihihi nak kerja rasanya malas la pulak. bila habis spm nie aku hanya fikir nak ambik bidang apa diploma nanti. macam-macam aku fikir nak masuk universiti atau nak ambik bidang kemahiran?

ya ini susah untuk aku fikir. aku tak nak masuk form 6. kalau boleh saya nak mintak la pandangan akak abang. nak pilih yang mana baik. kemahiran atau masuk universiti? 

Saturday, November 29, 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Friday, October 31, 2014

novel?

Hello ...
hihi I want to have time to update this blog. Spm again two days later. huhu actually want to taste this spm last update novels by myself. God willing, I will do. I doakn for SPM this year.
Talking shortest post

Thursday, October 23, 2014

cara menjaga muka

PETUA 1
MENYEGARKAN KULIT MUKA
LEBIHAN air teh semalam jika tidak habis diminum,jangan terus dibuang.Banyak kegunaannya.Antaranya ialah ia dapat menyuburkan pokok.Jika kita ingin melihat pokok yang kita tanam hidup subur,siramkan ia dengan air teh tersebut.
Selain daripada itu air teh semalaman juga boleh digunakan untuk mencuci muka bagi menyegarkan dan menegangkan kulit muka.Caranya mudah sahaja.Sebelum kita membasuh dengan sabun atau pencuci muka,basuhkan muka dengan air teh tersebut .Biarkan 10 hingga 15 minit.Selepas itu boleh dibilas dengan menggunakan air bersih.Lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya,pasti akan menggembirakan

PETUA 2
MENGHINDARKAN  KULIT BERMINYAK
KEDUA-DUA jenis daun ini boleh membantu menghilangkan minyak di kulit muka kita dan seterusnya menghilangkan masalah jerawat.
Daun sirih dan daun jambu batu hendaklah diramas terlebih dahulu di dalam semangkuk air sahaja.Sapukan air itu kepada kulit muka dan biarkan selama 5 minit.Kemudian bilas muka dengan air bersih.Lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu.Lakukan selalu pada kulit muka yang berminyak.

PETUA 3
MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK  HITAM PADA KULIT
DAUN ini boleh menghilangkan kesan-kesan hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati.Yang memerlukan rawatan seperti ini adalah mereka yang menghidapi penyakit campak dan yang ada bintik-bintik seperti kudis yang akan kering.Apabila rawatan ini diulang beberapa kali,kudis yang sudah kering akan tanggal.Selepas itu kesan tompok hitam akan  terhapus dan kulit anda akan kelihatan seperti sediakala
Daun mambu dengan beras direndam sementara mata kunyit hidup ditumbuk hingga halus.Campurkan bahan ini dengan sedikit air.Kemudian sapukan bahan tadi pada seluruh muka dan juga badan,Lakukan rawatan ini dua kali sehari,sampai kulit kelihatan licin dan sihat.

PETUA 4
MERAWAT MATA DARI BERKEDUT
PENGGUNAAN timun adalah sangat elok untuk mengelakkan kedutan di sekeliling mata.Fungsinya yang lain adalah untuk merehatkan dan menyejukkam mata.Basuhlah timun bersih-bersih.Hiris timun nipis-nipis dan membulat.Aturkan hirisan timun tadi sekeliling mata dan kelopaknya.Anda bolehlah berehat selama 10 minit.Kemudian basuh muka dengan air bersih dan lap muka dengan tuala muka.

PETUA 5
MENYERIKAN MUKA
WANITA hari ini sangat mengambil berat tentang kecantikan wajah.Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk membeli bahan-bahan persolekan dan rawatan tradisional untuk memelihara keserian muka.Ada yang sanggup mengurung diri di dalam rumah disebabkan wajah yang menjijikan.Untuk menaikkan seri muka,cuba kamu amalkan petua bawah ini
..Selepas cuci muka,panaskan tuala muka dan letakkan pada muka selama seminit.Lakukan tiga kali.Bilas muka dengan air dari peti sejuk.Cuba dan lihat khasiatnya sendiri.
..Mengunakan bedak sejuk sememangnya popular dari zaman dahulu hingga sekarang.Golongan tua juga muda gemar menggunakan bedak sejuk terutama sekali yang tinggal di kampung-kampung.Ia boleh menyejukkan dan menyegarkan kulit serta sebagai pengganti bedak terkini.Basuh beras dan rendam selama 40 hari.Air rendamannya pula perlu ditukar setiap hari.Kisarkan beras tadi dengan sedikit jerangau dan daun cekur sehingga lumat.Campurkan sedikit air supaya ramuan itu sebati dan dikacau rata.Ambil bahan itu dengan tangan dan titis-titiskan pada kain nipis jenis muslin dan jemur hingga kering serta berbiji-biji.Simpan bedak sejuk tadi di dalam bekas tertutup bersama bunga-bunga yang berbau wangi seperti bunga cempaka,melur dan kenanga.Apabila diperlukan,ambil empat,atau lima biji bedak sejuk dan basahkan dengan sedikit air secukupnya.Sapukan pada kulit muka sehingga bancuhan ini kering.Kemudian sapukan rata-rata di seluruh muka.Ia sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama sekali pada sebelah malam sebelum tidur.

PETUA 6
MENYEGARKAN MATA
SEMUA orang mahukan mata yang segar dan sihat.Mata yang terasa panas,pedih dan layu disebabkan faktor iklim persekitaran,pencemaran alam dan banyak menonton televisyen.Oleh itu kita perlu mengambil berat tentang penjagaan mata.
Kesegaran mata dapat dikekalkan dengan penggunaan serbuk teh yang sudah dijadikan air minuman.Teh mempunyai fungsi yang sama dengan timun.Caranya mudah sahaja.Uncang teh yang telah digunakan untuk membuat air teh,jangan dibuang kerana masih berguna.Sejukkan uncang tersebut dan letakkan di atas mata serta menutupi keseluruhan mata.Biarkan selama beberapa minit yang diperlukan.Cara ini berkesan untuk menyegarkan mata terutama sekali bagi mereka yang tidak cukup tidur.

PETUA 7
MELEMBUTKAN DAN MELINCINKAN KULIT MUKA

MELEMBUTKAN KULIT MUKA
Minyak zaitun digunakan pada kulit muka kita supaya muka kelihatan sentiasa lembap.Jika anda berkulit jenis kering eloklah mengamalkan minyak ini.Minyak zaitun ada terdapat di pasaran dan harga berpatutan.Sapukan minyak zaitun pada kulit muka selalu supaya kulit anda kekal lembap untuk jangka masa panjang.
MELINCINKAN KULIT MUKA
Bukan mudah bagi setiap orang untuk mengekalkan kelembutan kulit muka.Apabila kulit muka kelihatan licin
rasanya tak jemu memandangnya.Muka yang licin dan kilat hanya dapat dikekalkan dengan penggunaan beras.Ia adalah petua nenek moyang orang india sejak zaman berzaman.Fungsinya sama seperti bedak sejuk
iaitu untuk melincinkan dan mencantikkan kulit muka.
Caranya ialah beras dibasuh dan direndam beberapa jam.Kemudian digiling bersama kunyit hidup.Campuran tersebut disapu pada seluruh kulit muka dan diratakan.Ada juga yang menggunkan bedak ini setiap hari.

PETUA 8
AWET MUDA
PENGGUNAAN pati daun lidah buaya boleh menyempurnakan fungsi perjalanan darah,menyegarkan kulit,menghindarkan masalah kulit,juga membuat kulit menjadi lembap.Cleopatra yang terkenal pada zaman dahulu dengan mengekalkan kejelitaan wajahnya dengan mengamalkan penggunaan pati lidah buaya.Setiap remaja pasti ingin memiliki kulit wajah yang licin dan bersih.Tetapi cara hidup yang aktif membuatkan kulit anda terdedah kepada cahaya matahari,habuk dan benda asing.Pendedahan ini menyebabkan pembentukan pigmentasi,tetua dan kecelaan kulit.
Pati lidah buaya mengandungi penapis yang melindungi kulit anda daripada bahaya sinaran ultra ungu yang meransang pertumbuhan melanin dan seterusnya mengurangkan pembentukan pigmen dan kecelaan pada kulit.Pati ini juga mengandungi Vitamin C dan unsur-unsur penyubur semulajadi yang menjadikan kulit berseri-seri.Wujudnya bahan-bahan tambahan asli menghasilkan kehalusan dan kemudaan kulit terutama wajah kita.
Caranya mudah sahaja iaitu ambilkan beberapa daun lidah buaya,keluarkan isinya yang merupakan patinya.
Sapukan pati ini keseluruhan kulit wajah biarkan selama lima minit.Selepas itu basuhlah kulit wajah dengan air yang bersih
sampai sini saja sy bg petua . sebagai akhir. entry saksikan muka aku yang mintak kaki.

kawan selamanya

kau ada di kala aku suka
dikala aku duka
di setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada di kala aku jatuh
senang cerita kau lah sahabat aku



Wednesday, October 15, 2014

Thursday, August 14, 2014

RAYA VS SPM

Asalamualaikum

selamat hari raya. harap tidak lambat untuk ucapkan. lepas raya cik pah busy memanjang sampai tak sempat nak update dan blog wallking. maaf kan teman kalau tak sempat nak follow blog saem2. cik pah ada trial SPM lebih kurang 2 minggu lagi. harap boleh buat dengan baik untuk trial ini. doakan cik pah ya.

lagi satu tidak lupo jugak cereta rayo tahun ini. raya tahun ini hanya sederhana saja. mak ore kato

"pah mu tokse belanjo bnyok2 tuk rayo mu tu nok exam taun nie."

sedih benar hati. huhu tahun nie baju tidak upah beli online je. tema tahun nie warno biru. tapi macey biasa gambar satu family xdo sebab ada masalah teknikal. huhuhu lupo letak pic dalam laptop hanyo ado gambar cik pah ja. raya tahun nie balik kampung macam biasa dekat Jitra kedah.
\

hanya biasa saje baju tahun nie. hahaha masa nie tengah selpiaq sorang-sorang. raya kedua cik pah pakai baju muslimah biasa ja. tahun nie memang kurang pi beraya rumah adik beradik. orang kata dah dekat nak SPM rasa gementaq tu koi dekat. ketaq lutut ceq oiii.





raya kedua. ketiga , keempat dan kelima. raya kelima habis modal dah. tak tau nak pakai baju apa. rembat tshirt sepahtu ja. hahaha. and the last picture.


I LOVE MY MUM & DAD

lama tak update sebab tu buat ayat merapu. lupa sudah nak karang ayat boom power. sampai sini saja cerita merapu saya. lepas nie nak cuci blog yang bersawang nie. lalalala bye3

Sunday, June 29, 2014

Kelebihan 10 malam pertama ramadhan

*10 Hari Pertama Bulan Ramadhan* - Fasa 10 Hari Pertama Bulan Ramadhan di sebut dengan Malam Rahmat, 10 Hari Kedua di sebut dengan Maghfiroh, dan 10 Hari Ketiga disebut dengan Itsfunminannar (pembebasan dari Api Neraka).
Suatu Ketika Para Sahabat Bertanya Kepada Rasullullah saw, YaRasullullah, apa sih sebenarnya keutamaan (kelebihan) Sholat Sunnat Tarwih Pada Bulan Ramadhan?,lalu Rasullullah pun menjawab sebagaimana   yang dijelaskan dalam sebuah hadist yang di riwayatkan oleh Saiyidian Ali(r.a), Kelebihan Sholat Sunnat Tarwih Pada bulan Ramadhan Adalah sbb :

*Malam Pertama :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam pertama Ramadhan, maka ia akan keluar dari dosa dosa sebagaimana ia baru di lahirkan

*Malam Kedua :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam dua Ramadhan, maka dosanya dan kedua dosa ibu bapak nya akan di ampuni oleh SWT

*Malam Ketiga :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ketiga Ramadhan, maka maka malaikat yang ada di Arsy berdoa kepada Allah agar diampuni dosa kita

*Malam Ke empat :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke empat Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala dari orang2 yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur'an

*Malam Ke Lima :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam lima Ramadhan, maka Allah akan Memberikan Pahala sebagaimana Pahala nya orang2 yang sholat di masjidil Haram, Masjid Madina dan Aqsa.

*Malam Ke Enam :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke enam Ramadhan, maka Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70Ribu malaikat) serat batu2 dan tanah mendoakan orang2 yang melaksanakan sholat tarwih pada malam ini.

*Malam Ke Tujuh :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke tujuh Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala Se akan2 bertemu dengan Nabi Musa dan Berjuang mengalahkan musuh ketatnya yaitu Fi'aun dan Hamman.
*
*
*Malam Ke kelapan :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam kedelapan Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala yang di lakukan nabi Ibrahim As

*Malam Ke Sembilan :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke sembilan Ramadhan, maka ia akan di naikkan mutu dan nilai ibadah nya sebagaimana mutu dan Ibadah Nabi Muhammad SAW.
*
*
*Malam ke Sepuluh :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke sepuluh Ramadhan, maka Allah akan mengkaruniakan kepadanya kebaikan dunia dan Akhirat.


Posted via Blogaway

Tuesday, June 24, 2014

keputusan mid year exam

Asalamualaikum,


hari yang datang sudah tiba. hari khamis nie ada jaya waris. huhuhu takut gila la. keputusan tidak memuaskanla. ada G yang lain semua flying colour. cuma dua benda nie ja yang tak mampu untuk lulus. huhuhu AKAUN & EKONOMI serius susah. masa jawap exam macam nak keluar air mata. tak apa usaha tangga kejayaan.

bukannya saya tak berusaha tapi memang dah berjuang habis berhabisan dah. apakan daya sudah ditakdirkan bergini markah ujian saya. tapi saya bersyukur jugak sebab tak pernah dalam hidup dapat TOP 10 haha. ingat senang ka.



kira okay la kan? bagi orang yang tak pandai macam aku nie. harap-harap SPM aku tak failed la. doakan ya...


Monday, June 9, 2014

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Petua Menghilangkan Parut Jerawat:


 Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.
• Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.
Dapat tak? Jangan risau, ada lagi petua yang akan dikongsikan disini. Cuba tengok petua dibawah ini. Mungkin boleh membantu.
Petua Menghilangkan Parut Jerawat:
• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
• Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan petua yang dikongsikan disini dapat membantu anda walaupun sedikit

       info from cahayapurnama


Sunday, June 8, 2014

love is friend

asalamualaikum



sebenarnya benda nie dah lama berlaku tapi...... baru hari nie saya luahkan dekat blog kesayangan hamba nie.. korang mesti pernah jatuh hati kan? yes benda tu berlaku pada diri saya.. sebernarnya saya susah nak jatuh hati pada orang.... mungkin ramai orang akan sangka saya nie gediks tapi sejujurnya saya memang dari kecik kawan dengan laki sebab saya anak tunggal perempuan. sebab itu saya lebih suka bergaul dengan budak lelaki. pada kawan-kawan saya ingin mintak maaf kalau ada salah silap saya pada hampa semua....

saya memag jatuh hati tapi saya tahu dia suka pada orang lain iaitu teman baik saya sendiri. yeahhh my friend. tapi dia takut nak nagi tahu pada my friend. pada awalnya memang sakit hati tapi saya sedar siapa diri saya. mungkin kita hanya boleh jadi kawan saja. opsss lupa lama saya tak update twiter hihi. okay sambung pada cerita..... dia pun tahu perasaan saya tapi dia menolak secara baik ja......

okay sampai sini saja saya hanya mampu berkongsi.....nak tulis lebih-lebih nanti ada orang yang dengki

Sunday, June 1, 2014

Hye JUN

Hye korang.......

Sekejap ja dah bulan JUN dah hampir untuk SPM. Aduh takut pun ada. Best pun ada sebab  dah nak puasa dan raya. Yeahhhhh. *nak kutip duit raya* hahaha macam budak-budak pulak.

Buat masa nie saya memang ndak ada semangat mau tulis blog kerna ndak tahu mAhu nulis apa. Fikirannya kosong. Update pakai fon aja. Huhuhu. Bilalah rumah mau pasang wifi.

Harap bulan jun nie ada kebaikan untuk saya dan awak semua.

P/s: doakan saya berubah :)

Thursday, May 15, 2014

Mid year exam

Asalamualikum....

Waduh waduh sudah lama tak update ini blog. Busy aja saya tahun nie. Tahun nie SPM. Sudah bersawang blog nir. Huhuhu. Orang pun dah tak ada nak baca blog titew nie. Huhuh

Bulan nie saya ada mid year exam. Bapak susah nak mampussss. Pening kepala hamba. Tapi apa pun saya tetap usaha untul berjaya. Doa kan saya  berjaya ada lagi 1 minggu.

Serius stresss gila. Adoiii dah lama tak karang nak tulis pun dah tak tahu. Huuuhhuhi. Kalau korang stresss korang buat apa ya? Kalau saya main makeup dengan tengok running man. Keh keh

Harap sampai sini saja lah saya update. Nah selfie untuk korang harap muntah ya.

Monday, April 7, 2014

INAI HOMEMADE

hari nie baru boleh update blog. tiba-tiba inai home made nie glamor sangat-sangat. so try la nak buat  tapi teman baru bahan. nak tahu bahan-bahan dia?


Bahan- bahan:
- sirap / pewarna makanan (ikut color yang korang nak)
- sabun mandi /sabun cuci pinggan (pastikan yang ketul bukan liquid)
- sedikit kapur makan / kapur sireh. (nisbah sabun:kapur  -> 1:4)
*maksudnya, kalau sabun dalam 4 sudu kecik,kapur 1sudu kecik je. pandai2 la.

Cara-cara:
- campur kesemua bahan (sabun, kapur, pewarna). tanpa air ye..gaul semua tu..nak terang, lebihkan sirap/pewarna..DIULANG,JANGAN CAMPUR AIR.
- Dah siap campur, boleh la letak atas kuku. iolls syorkan masukkan dalam plastik, gunting hujung. buat macam inai kon tu..alaaa...macam nak piping cream atas cupcake..
** cara ni bagi mengelakkan campuran inai terkena kulit. sebab INAI NI AKAN MENYEBABKAN KULIT ANDA PEDIH. ni serius ni. tak main-main..
** sebab tu inai DIY ni boleh pakai pada kuku je.
- biarkan dalam sejam dua, dah boleh basuh. tak payah pakai lama.

kalau anda tanya HALAL TAK INAI NI?
iolls jawab : cuba tengok bahan-bahan nya? agak-agak halal tak?
kalau was-was..TAK PAYAH BUAT!...
dan inai ni meresap ke kuku. akan hilang sama macam kita pakai inai biasa tu. ikut kuku tumbuh..

nanti bila kitew dah buat kita update lagi ya. bye-bye

Tuesday, March 25, 2014

Random update lagi

Asalamualikum.....

Lama tak update blog kesayangan beta nie. Habis bersawang. Kalau nak jadi blogger tegar macam tak berapa mampu lagi. Hihihi serius ingin menjadi blogger berjaya macam yuyu zulaikha dan Hazanis. Motif nak update blog???

Sebenarnya ambo dok tahu nak update gapo. Palo nie raso semacem jo raso nok demey pon ado. Hais memey dok boleh jadi blogger tegar lah macey nie. Hok alorh. Saem-saem yang ambo sayang. Dok tahu napo tibo-tibo ambo nok kecek kelate. Padahey ambo memey ore asli kedah. Aduh dok tahu la raso macey tok nenek moyang ambo asal kelate sebab tu namo ambo ada " WAN".

Hahaha memang saya tak boleh tinggal telor kedah la. Tahu tak ( telor ) tu apa? Telor tu maksud dia dialek bukan telur ya. Kalau tak silap saya perkataan telor tu ada masuk PMR 2012 Paper BM. Cuba korang cari. Hari nie mungkin tajuk update random lagi sebab apa yang saya merapu pun tak tahu. Hahaha sekarang dah pukul 3:05 pagi. Mungkin sebab saya penat dan merapu.

Hari nie mungkin sikit saja saya update. Janji ada pengetahuan untuk korang jugak. Nah hadiah selfie untuk awak semua. Bye

Thursday, March 6, 2014

Hidup tiada makna

asalamualaikum....

baru ada kesempatan untuk update blog bulan nie. sebenarnya minggu nie saya ada exam. ujian satu. doakan saya untuk lulus ya. Bila saya saya dengar lagu never say never saya rasa semangat. Sebelum nie saya rasa macam hidup nie tak ada makna.

Kadang-kadang saya terfikir. Kenapa saya tak.ada kawan baik? Kenapa orang tak suka saya? Kenapa saya tak layak untuk suka orang? Hina sangat orang macam saya nie? Mungkin disebabkan dengan cara saya yang agak kasar. Ya saya akui saya memang kasar sebab saya seorang saja anak perempuan.

Tapi bila dengar lagu NEVER SAY NEVER. Saya sedar. Saya tak boleh berputus asa untuk berubah. Saya jugak punyai perasaan kecik hati. Mungkin orang lihat saya happy tapi siapa tahu apa yang terpendam dalam hati. Setiap hari saya hanya terkurung dalam bilik. Hubungan keluarga dengan saya juga tidak berapa bagus. Sering bergaduh dengan adik-beradik. Hanya dalam bilik ja saya luahkan perasaan saya. Dunia saya penuh dengan imaginasi semata-mata.

Orang sering pandang rendah pada saya. Saya...... Cukup sedihhhhh. Tapi saya okay saya dah besar. ( fake smile )

Saturday, February 15, 2014

Luahan hati

asalamualaikum cinta..

hari nie saya lapangkan diri saya untuk update blog tercinta ini. hahaha. sejak akhir-akhir ni susah nak post cerita-cerita yang syokk ( best ) tapi saya tetap usaha untuk berfikir. ayat yang tak boleh pakai langsung. rasa diri nie b****. okay back to the topik. pernahkah anda terasa disisih oleh kawan-kawan anda?.

Bagi orang yang berbadan besar macam saya nie memang selalu di sisih oleh kawan-kawan di sekolah. Sedih memang sedih. Saya tak cantik macam budak perempuan lain. Saya sering di buat lawak kerana saya berbadan besar. Walaupun saya tahu kawan saya hanya nak buat lawak tapi kenalah jaga perasaan orang sama. Tapi saya akan bersabar selagi ada.sabar dalam diri saya.

Ini memang pengalaman saya. Bila di agihkan .kumpulan saya sering di pandang hina. Walaupun kawan-kawan saya tak kata tapi saya boleh lihat cara pandangan mata dia kepada saya. Sedih!!!! Tapi hidup ni tak boleh sedih sangat. Ada jugak yang ikhlas kawam dengan saya. Bersyukur sangat dapat sahabat yang baik.

Telah lama saya pendamkan perasan ini. Baru hari nie saya luahkan di sini. Harap perkara yang lepas jangan di kenang. Sekarang saya akan bersabar. Kerana sabar itu separuh daripada iman.

Wednesday, February 12, 2014

belated

asalamualikum....

lama tak bertemu di ruang ini. sekarang nie saya sibuk dengan persediaan untuk SPM. tapi untuk update blog masih sempat lagi. hihihihi. hari nie nak ceritakan serba sikit ja. pada bulan januari lepas is my bufday yeahhh dah cukup umur. happy belated bufday. yang ke-17. bufday saya pada 16.1.1997.




rasa diri dah cukup besar dah. padahal @%&^*  . that all aku nak merapu. bye-bye

p\s; update blog dekat cc

Saturday, January 4, 2014

oppa

asalamualikum

just nak bagi tahu aku minat dia. oppa lee kwang soo

Blog update

Asalamualaikummm

Rasanya sempat lagi nk ucap selamat tahun baru. Tak sempat nak update blog. Minggu pertama sekolah busy gila. Maklumlah tahun nie SPM sebab tu busy.

Sekarang saya update blog guna fon ja. Senang sikit nak update dekat merata tempat.hahaha boleh jadi blogger tegar ni. Ciss jangan nak perasan la cik pah oiiii. Hari nie ada beli set pencerahan dari HAZANISBLOGSPOT. Nak tahu apa yang aku beli? Tunggu entry yang akan datang. hihihi bye-bye