Tuesday, December 12, 2017

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA

Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takdela bercapuk muka tu nanti.

Jadi macam mana nak mula? Meh nak share apa yang perlu 🙂

(1) PELEMBAP

Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.

Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based

(2) SERUM & ESSENCE

Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.

Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.

(3) PRIMER

Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.

Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk. 

Primer  bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.

(4) CONCEALER

Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.

Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan.

Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.

(5) COMPACT / LOOSE POWDER

Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.

Ia berbeza sedikit dengan jenis two-way cake di mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.

Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.

(6)PEMILIHAN FOUNDATION

Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.

Pilih foundation yang betul berdasarkan
jenis shades,  coverage, dan juga finishing yang tepat.

Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing

(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY

Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh.

Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit.

Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali.

.
.
Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.

Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib.
Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih
cantik.

Monday, August 14, 2017

Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah hari ini mencuri perhatian seluruh rakyat.

Majlis dimulakan dengan istiadat pertunangan kemudian disusuli akad nikah bermula jam 10 pagi tadi di Istana Bukit Serene yang dilaksanakan secara tertutup.

Mencemar duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kenderaan Rolls Rocye memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail tiba 9.47pm.

Antara keluarga diraja yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Kerata yang membawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz turut kelihatan.

Tidak ketinggalan peminat keluarga Diraja Johor yang sama-sama tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik istimewa hadir diperkarangan istana.

Orang ramai boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan ba­ngunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Saturday, August 12, 2017

FINAL CHAPTER

Assalamualaikum.

Maaf kalau lama tak update blog kesayangan hamba ini. Agak lama juga tidak dapat buka blog ni kerana busy dengan tugasan yang diberikan.

Alhamdulillah sekarang dah sem akhir. Semakin sibuk dan stress dengan FYP 😩.  Kadang kadang rasa macam nak give up pun ada. Tapi bila fikir mak ayah di rumah menaruh harapan yang tinggi untuk lihat anaknya berjaya. Saya tetap usaha.

Tapi bila dengar FYP buat saya sakit jiwa pun ada. Dengan masalah ahli group lagi. Tapi memang tak dinafikan masalah yang dihadapi oleh setiap kali FYP adalah dengan ahli kumpulan.

Saya tak nak cerita panjang. InsyaAllah lepas habis FYP ni. Saya akan ceritakan pengalaman yang saya lalui. Suka dan duka sebagai pelajar. Wish me luck 😘

Adios amigos

Saturday, June 3, 2017

JUNE UPDATE

Assalamualaikum.

Hai. Sekarang dah masuk bulan jun. Selamat menyambut bulan ramadhan. Walaupun lambat. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia nie. 🌸

Pejam celik pejam celik dah masuk 4 tahun lebih blogging.  Banyak benda yang nak di diceritakan tapi saya hanya mampu merancang. InsyaAllah kalau ada masa lagi. Saya akan tumpukan perhatian pada blog kesayangan ini. Blog ini umpama sebuah diary kepada saya.

Terima kasih yang follow dan baca blog saya. Nanti saya akan perbanyakkan lagi post di blog ini. 💕

P/s : sekarang suka belajar makeup. 😘

Monday, April 17, 2017

#Aprils #shortstory

Assalamualaikum.

Ya Ampun lama gila tak buka blog nie. Alhamdulillah sem nie dah berakhir. InsyaAllah lepas nie ada cerita pasal praktikal test heheheheeh nanti yeeeeee. Maaf boleh karang kejap ja. Idea tak ada. Lama tak karang panjang2 hehehe.

Nantikan next story jer. Bye3

Kita hadiakan rose nie pada awak semua. :)

Saturday, February 25, 2017

Tutorial Shawls Simple

haiiiiii semuaaaaaaa

disebabkan hari nie balik kampung ada sikit masa terluang dengan blog kesayangan nie. ( mummy rindu awoks ) menangis tepi bucu katil.

hokey kali nie saya nak bagi tutorial shawl. basic je. cara shawl yang selalu saya pakai ke mana2 saja. mudah dan cepat lagi satu labuh.

sebenarnya saya dah post dalam instagram. tapi saja nak post dalam blog kesayangan jugak. hehehehehe enjoy yerr




jjang!!!!! jjang!!!!!

nie hasilnya bila korang tengok tutorial hehehehehe. labukan? try la pakai macam  nie. jimat masa dan pakwe pun  tak marah kalau cepatkan bersiap. kehkeheh





Friday, February 17, 2017

Vacation pleases

I need vacation. Stress dengan study.

Thursday, February 9, 2017

Muncul seketika

Assalamualaikum.

Yuhuuuuu setelah sekian lama tak update blog nie. Rindunyaaaaaa. Harap ada lagi orang baca blog buruk kita ni.

Tak boleh update banyak dalam tahun nie. Sem ni sibuk dengan kelas. Semua jadual hampir full. Ottokey. #pengaruhgoblin. Hahahhahah

Okay sem nie ada lg praktikal test. Tapi tak tahu lagi nak ke mana. Hurmmmm. Tunggu yer. Banyak lagi nak cerita. Tapi masa tak mengizinkan kita untuk berada di blog nie.
Byeeeeee

Sunday, January 8, 2017