Friday, January 30, 2015

NEOS

NEOS ialah niqab experience on street. baru-baru nie aku ada jumpa satu artikal  ya walaupun saya tak berniqab tapi ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

why wear a NIQAB?

seperti yang diketahui umum pemakaian niqab  dikalangan muslimah bukan saja khusus untuk wanita arab. Tapi ianya adalah tuntutan pakaian sunnah ummahatul mukminin yang juga berfungsi sebagai pelindung EXTRA bagi muslimah.

Tetapi di dalam pemakaian ini juga ada tatatertibnya agar 'sunnah' itu kekal tanpa mencampurkannya dengan sesuatu yang boleh merosakkan pakaian sunnah ummul mukminin ini.

Niqab ini digunakan untuk menundukkan pandangan ajnabi, melindungi diri dan juga pemakaian yang mengajarkan rasa malu yang tebal di kalangan muslimah dan mukminah.

Tetapi, dizaman moden dan penuh dengan pelbagai fesyen hijab kini,niqab juga telah terpengaruh sedikit sebanyak dalam dunia FESYEN. sekaligus telah menjadikan 'sunnah' dan fungsi sebenar NIQAB hilang dari tujuan sebenarnya.

Pemakaian niqab sering dikaitkan dengan simbol ajaran sesat. ini kerana pengaruh media massa yang banyak memberi maklumat palsu kepada masyarakat sehingga ianya sebati di dalam benak orang awam untuk memanda serong tentang pakaian ini.

Niqab yang dahulunya menjadi PERISAI bagi muslimah agar tidak menjadi perhatian lelaki kini telah berubah menjadi satu DAYA PENARIK yang baru dengan cara mempelbagaikan WARNA, GAYA dan HIASAN pada niqab itu sendiri. malah media sosial juga menjadi umpan syaitan untuk muslimah lari dari tuntutan islam yang tidak mengalakkan muslimah menampakkan diri tanpa keperluan yang penting. cukup hanya dengan memuat naik gambar2 mereka, lelaki dapat melihat mereka setiap masa. berhijab bukan jaminan yang cukup untuk lelaki menundukkan pandangan mereka apalagi jika media massa di banjiri dengan hidangan2 gambar muslimah pelbagai gaya.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat dan taat kamu kepada Allah dan RasulNya. sesungguhnya Allah( perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanya menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai 'AhlulBait"  dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya ( dari segala perkara yang keji)" Al-Ahzab ayat33

Saidatina Aisyah RA berkesan: "sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang"

sebaik-baik muslimah juga adalah saat mereka berada dikhalayak kehadirannya tidak banyak menarik perhatian

memakai niqab bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi ianya lebih mulia bagi seorang muslimah. Dan bila sudah memakainya pula haruslah dengan ilmu,bukan dengan nafsu, yang sentiasa mendesak kita untuk menjadi hamba kepada FASHION. Wallahualam bissawab ^-^

BARAKALLAHU FIKUM~ #NEOS #AsSufiyyah

Saturday, January 17, 2015

sweet 18

assalamualaikum

yeahh akhirnya pada 16 januari aku dah cukup umur. hehehe sweet 18 gituw. yeah happy belated birthday to me!!! happy sangat sangat. lepas nie tunggu result ja. pastu sambung belajar.

bufday tahun nie mak belanja makan chicken chop dekat stadium. perhhh terbaikkk la. kebetulan dekat stadium ada uptown. hehehe dapat sehelai shawl sebagai hadiah.

mak.ceq nak ucapkan terima kasih sebab jaga ceq dari kecik sampai besar. ceq sayang mak ketat ketat. love u mak.

tanpa mak ayah kita tidak akan ada.di dunia ini dan tidak dapat bernafas di dunia ini.

Wednesday, January 14, 2015

menangis terapi jiwa

assalamualaikum

          hari nie nak bercerita tentang tangisan sebagai terapi. well, rasanya tak ada mata yang tak pernah menangis kan? paling tak pun sekali sekala memang akan menangis jugak. info tentang terapi dalam tangisan nie aku google semalam memandangkan aku terfikir betapa teruknya aku yang cengeng & cepat menangis nie. but kadang-kadang menangis tu tak teruk pon, ngehehe 

first of all, menangis nie dapat memelihara diri kita dari pelbagai penyakit. satu kajian yang telah di jalankan mendapati menangis dapat mencegah dari terjadinya penyakit radang usus besar dan luka pada perut. kat mana rasionalnya aku pun terfikir jugak, tapi ntah la. memandangkan bukan aku yang buat kajian tu, so aku tak tahu.

menangis dapat meringankan ketegangan jiwa! beberapa orang pakar setuju mengatakan menangis sangat lah berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi. haaa... yang nie aku setuju. perasan tak kalau kita tension, lepas kita nangis kita akan rasa bertambah lega. tapi terlalu banyak menangis pon tak boleh jugak. buta plak mata tu nanti!

menangis juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada panjangnya usia kaum hawa. menurut ilmuan, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. memandangkan fitrah perempuan lebih suka/banyak menagngis berbanding lelaki, so jelas-jelas la usia kaum perempuan lebih panjang dari usia lelaki. tapi kalau meninggal awal jugak, nak buat camne...da memang ajal kan.

menangis dapat menyucikan mata. para doktor sependapat mengatakan air mata berfungsi membasuh mata dari kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yangs selalu datang silih berganti. menangis dapat membersihkan mata dari segala bakteria, debu dan habuk. ooouu... emosi kena jaga baru la kandungan racun tu tak banyak sangat dalam mata. betul ke assumption aku nie ?

menangis dapat memelihara kelembutan mata. OMG ! ni nak kena nagis banyak-banyak nie kasi mata lembut ! ngehehe . . nanti tak jadi lembut, jadi buta je terus baru tahu.

menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asal sehingga akan muncul perasaan tenang. waaa... menarik bunyinya.


FAKTA ---> secara purata perempuan menangis 64 kali setahun berbanding lelaki sebanyak 17 kali setahun.  maka tidak hairan perempaun lebih panjang usia dan kurang menghidap penyakit, meski kadar emosi perempuan lebih sensitif. menangis merupakan cara berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan fizikal dan emosi. menangis bukan lah tanda lemah dan tidak matang okeyyyhhh !

## ngehehe . . see ? lepas nie nampaknya aku punya reason yang lebih kuat la untuk menangis. orang tanya je, cakap untuk kesihatan walhal nangis frust sebab result exam teruk!

wordless wednesday #4 happy

Tuesday, January 13, 2015

random updates again

assalamualaikum.......

nie post untuk tahun baru. yeah 2015! baru sempat nak update. huhuhu menangis setiap hari tgk blog nie. ehhhh ehhh blog design dah baru la. hehehe tahun baru mesti lah tema baru gituw. 

kehidupan selepas menjadi pelajar nie adalah sangatlah membosankan sebelum habis sekolah ingat seronok sangat nak bebas sekali ambik kau. bosan tahap cipan. bila dah habis spm nie tengah fikir la nak kerja pun lagi berapa bulan nak ambik result. tapi aku ada hobi yang tak bosankan hidup. ya hobi aku suka makeup. hihihi dulu ada buat satu enty makeup. korang tengok le sendiri baru tahu. 

kalau korang nak tengok banyak pic makeup aku boleh follow instagram aku afifah_wan lagi pun insyallah kalau ada permintaan untuk buat tutorial aku akan buat. sekarang nak tunjukkan pic banyak2 tak boleh sebab update blog guna fon aje. hehehe sampai sini ja boleh update BYE!!