Monday, July 25, 2016

RIANG RIA RAYA!!!

asalamualaikum

horayyyy horeyyyy. okay sebenarnya baru lepas siap buat kerja law. Ya Allah ingatkan ambik pelancongan tak ada law rupa-rupanya ada subjek law. erhhhh pecah pala. tapi tu bukan tujuan saya hari nie. heheheh hari nie nak cerita raya yang tak berapa nak raya. huhuhuhu raya tahun  nie sekejap jah 1 minggu huhuhu.

okay raya tahun nie beraya dekat rumah atuk sebelah ayah dekat changlun jah. heheheheh dekat ja kampung saya. tak pernah nak merasai jalan jauh nak balik kampung. paling jauh kampung dekat jitra. heheheheh kedah jugak.



dekat rumah atuk. atuk setiap tahun tak pakai baju panas katanya. hahahahaha lagipun dia kata seksi sikit. tahun nie tak ada tema yang tetap. semua warna warni. dekat kampung belah ayah ramai sepupu yang dh kawin. huhuhuhu.




dengan my kak long dan sepupu yang havoc. setiap kali kak long balik mesti ada ja projek nak di buat oleh kami masa raya. hahahaha salah satunya tengok wayang. heheheheh best keluar dengan mereka nie.


okay sebelah petang pulak kami balik umah atuk sebelah emak plak. biasalah kampung dekat jah. tapi raya tahun nie kena hujan dari pagi sampai petang. jadi tak berapa best la nak beraya. huhuhuhu tapi bersyukur dengan rahmat Allah.



yeahhhh finaly dapat jugak bergambar satu family. walaupun warna warni. heheheheh raya dekat kampung belah emak selalu kenyang sebab ada nasi empik dengan sambal ikan bilis mak lang. yummmy. lupa nak ambik gambar InsyaAllah kalau ada rezeki saya tunjuk macam mana nasi empik dengan sambal ikan bilik ya. hehehehhe



nie adalah sepupu yang paling rapat macam kakak dah kepada saya. bila balik kampung mesti jumpa mereka. selalu layan kepala saya yang senget nie. heheheh the best sepupu. masa raya lagi havoc dengan karenah selfie welfie dengan diorang. terlalu banyak gambar sangat dengan diorang. kak ayien denagn kak angah.

okay sampai sini sahaja saya mampu bercerita. sebenarnya banyak lagi gambar yang nak post tapi line internet sangat mencemburi saya. huhuhu insyaAllah lepas nie banyak lagi cerita yang saya akan update. adios amigos

Tuesday, July 19, 2016

Warna Lipstick Paling Popular 2016

Asalamualikum semua. Setelah lama sepi kini saya kembali dengan post yang terbaru lagi gempak. First nak ucapkan Selamat Hari Raya. Harap tak terlambat, hehehehe disebabkan sekarang musim raya. Mesti ualls suka makeupkan? Salah satu makeup yang penting adalah lipstick. So sekarang zalora ada warna pilihan yang paling popular 2016







Teknik solekan minimal atau natural makeup merupakan jenis solekan yang paling digemari ramai dan juga sering menjadi solekan pilihan ramai selebriti wanita terkenal. Bukan sahaja ia kelihatan lebih simple, teknik solekan minimal ini juga sesuai untuk semua jenis acara baik aktiviti kasual mahupun formal. Penting untuk anda ketahui bahawa pemilihan warna yang digunakan untuk teknik solekan natural ini biasanya adalah tona-tona lembut seperti earth colours dan pastel colours. Dan berbalik kepada tajuk entri kali ini, berikut merupakan warna matte lipstick yang paling popular buat masa kini dan warna-warna lipstick ini juga adalah warna yang digunakan untuk teknik solekan natural




Rose Pink


Pilihan warna pertama yang paling digemari adalah rose pink. Warna rose pink ini adalah lebih cair dan lembut berbanding dengan tone warna pink yang lain. Warna ini juga sesuai digunakan oleh wanita yang berkulit cerah. Kalau korang nak mulut ala Korean boleh la cuba warna nie.











Light Peach

Selain rose pink, wanita yang berkulit cerah atau kuning langsat juga boleh menggunakan lipstick yang berwarna light peach seperti berikut.  Lipstick nie banyak digunakan oleh makeup artis  untuk solekkan yang natural dan tak terlalu over and this is my favourite colour too.










Nude


Warna lipstick yang juga cukup popular pada masa kini adalah lipstick berwarna nude. Baik wanita yang berkulit cerah mahupun berkulit gelap, warna nude sememangnya pilihan yang bijak! Siapa kata warna nude tak cantik ? kebanyakkan orang sekarang pakai warna nude untuk kelihatan simple dan Nampak bibir kita asli gitewww.






Beige

Begitu juga dengan warna lipstick coklat cair atau beige yang lembut ini. Mungkin beige is the new red? Lipstick warna nie sesuai dengan semua jenis kulit. Tak terlalu menonjol tapi tetap buat bibir kita Nampak seksi dan menarik.





Jadi jangan lepaskan perluang yang ada nie. Semua warna nie boleh dapatkan di ZALORA cepat shopping ualls. boleh klik  gambar untuk ke laman web zalora.  


Friday, July 1, 2016

kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Antara Kelebihan-kelebihan 10 Malam terakhir Ramadhan adalah seperti berikut :

1) Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


2)  Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti Firman Allah bermaksud:“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) .Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.


3) Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4)  Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)


5)  Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.


6)  Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4).Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.


7)  Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.sumber blog rahmanbashri
x