Friday, December 4, 2015

Holla im back

asalamualaikum

Hola lama tak berjumpa di sini. Alhamdulilah saya sihat. jarang update sebab baru mula semester baru. agak memenatkan pada mulanya. yala dah cuti sebulan. tapi saya tak dapat nak update panjang2 kerana masa amat mencemburi saya *cewahhhh hahaha biasalah awal sem nie sibuk sikit. nanti saya update barang makeup yang saya pakai yer. wait for me yerrrr!!!!

p/s : tu mata asli saya yer



Friday, November 6, 2015

SET KENING TANPA CUKUR BY NURUL NABIHAN

ASALAMUALAIKUM......


hari ni saya nak promote satu barang makeup kepada uallls semua bagi nampak gojes gitu. muka pun boleh glowing2 kau mak jemah. lagi satu korang mesti kenal makeup artist NURUL NABIHAN kan kalau tak kenal mak tumbok muka kau nak. ehh asal plak lembut nie. kalau ualls tahu SET KENING TANPA BERCUKUR hah kita kalaunak makeup yang paling susah nie kening hokay. nak cukur tak boleh dalam islam merlarang kau hadow typo. melarang dalam islam. haram ye adik2 hakak2 cukur kening.


hah nie la nak habaq bagi tahu set kening tanpa bercukur. i pun pakai uallss ramai orang tegur kata i cukur kening. opsss sorry okay i guna set dari NURUL NABIHAN MAKEUP. yeah kalau ualls nak i ada jual. harga dia murah saja.





hokay nie adalah contoh dan cara nak guna hokay. kalau korang pakai kalah artis tu. kening tudia cantik terbentuk elok la.tak ada dah serabut bulu kening uallss. tak jeles ke tengok kening orang cantik?





nie adalah set yang terdapat SET A & COMBO SET. tapi bagi i baik ualls beli je COMBO SET senang ramai dah yang beli. ehh2 YUYU ZULAIKHA pun beli hokay set bulu kening nie. hihihi


hah ni ada testimoni dari kami.cantikkan kening dia. jeles i tengok uallss. kalau korang nak oder boleh la wasap saya yer. kalau ada apa2 pertanyaan boleh komen atau wasap saya.



whatapps 0194320566
harga tidak termasuk pos
pos semenanjung rm6
       sabah/srawak rm9

Wednesday, November 4, 2015

IM SORRY.

HOLLA!!!!


maaf buat masa sekarang nie tak sempat nak update blog atau blog walking. kepada yang follow saya bila masalah internet dah selesai. saya akan follow. korang boleh tinggalkan jejak korang ya. terima kasih. nak update post nie pun tunggu berjam lamanya. huhuhu  kenapa semua ini harus berlaku. huhuhu. bye 


have a nice day
muahhh

Thursday, October 29, 2015

END OF SEMESTER ONE

asalamualaikum.....






bila dah nak habis final exam nie banyak perasaan yang ada, rasa sedih, rasa gembira pun ada. segala duka dan lara dihabiskan bersama kawan-kawan di sini sangat best walaupun ada pengalaman pahit dan manis. tapi itu adat resam berkawan.  di sini saya ngin mintak maaf kira ada kesilapan waktu kira bersama sebagai sahabat. terima kasih kerana menjadi kawan kepada saya. terima kasih kerana sudi kawan dengan saya walaupun saya nie jahat mulut puaka. saya seronok berada disamping kawan-kawan.


kepada mimi
 
   MIMI aku anggap hang macam kawan aku. selalu jaga aku di kala aku susah dan senang. aku mintak maaf kalau aku selalu kutuk hang. sedih pulak bila aku nak berpisah dengan hang. hang jiranmates aku paling havoc.tak ada hang bilik ni tak meriah. kadang-kadang aku jeles dengan sebab hang banyak kawan. hihihi tapi aku suka kawan dengan hang. hang boleh buat aku hilang stress. terima kasih juga sebab suka jadi pendengar masalah aku.






KEPADA ATHIRAH

      terima kasih sebab jaga aku. aku dah anggap hang macam keluarga aku. kaulah sahabat kaulah teman. aku mintak maaf kalau aku ada buat salah. halalkan makan minum aku. terima kasih sebab hang banyak tolong aku selama ini. terima kasih sangat2.






KEPADA SURAYA FARHANA BALQIS & SYIRA

mintak maafla  sebab aku dah tak larat nak tulis panjang2. gagagagagaga. aku  mintak maaf pada hampa sebab aku tahu aku nie bukannya baik sangat selalu buat masalah, mulut aku pun jahat. aku mintak maaf kalau aku terkata atau terkutuk hampa. kenang lah aku dalam doa hampa




A GOOD FRIENDS IS HARD TO FIND, HARD TO LOSE AND IMPOSSIBLE TO FOGET.

Saturday, October 24, 2015

Segmen: Jom Tingkatkan Followers



klik banner untuk join


                                     http://afifahwan.blogspot.my/         jumlah followers 77



    aimisyahirah

SAHABAT

asalamualaikum

dalam mood sedih sebab tadi hantar kawan baik balik johor untuk berlajar. teruskan perjuangan mu wahai sahabat NORIZZATI BINTI MOHD FAUZI kalau lah sahabat


sahabat bagaikn tempatku berteduh..
bila diriku terkena air mata dalam kesedihanku,
disanalah diriku bisa berbagi dalam hidupku, yang tak pernah aku dapatkan d’tempat lain…
hanya sahabatlah yang mampu mengerti dan pahami,
apa yang sedang aku alami saat ni..

tanpa sahabat..
bagai jiwa yang terlepas dari ragaku..
membuat ragaku tak mampu bergerak dalam setiap langkahku..
persahabatan ini kan abadi..
meski d’dunia nih tak kan ada yang abadi..



p/s :  gambar aku buruk sebab lewat nak hantar minah tu. hahahaha

GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th


klik banner untuk join


okay bufday saya pada 16/1/1997 hahahahaha.  pengalaman masa sambut bufday yg ke-16 kena prank dengan kawan -kawan ingat depa nak belanja topup rupa-rupanya telur berapa biji kena. tepung+ kopi + air. huhuhu satu taman pusing lari. itulah pengalaman saya masa bufday. balik mandi sabun banyak2 sebab bau telur derrr.


Friday, October 23, 2015

oppsss Penang

asalamualaikum


lama tidak mencoret di blog kesayangan ini disebabkan laptop rosak hari itu. hari ini baru boleh update cerita. hmmmm semalam kawan ada wasap kata nak datang rumah ambik paper ulang kaji untuk final. alkisah tejadi la chat anatara kami. tiba- tiba my friend ajak ke alor setar. okay kami pergi tiga orang. ingatkan nak ke alor setar saja. my friends dapat idea nak ke penang. jadi lah percutian yang tak dijangka. hahaha kalau ikut apa yang saya belajar dia tak  dipanggil bercuti sebab kami balik hari.


bajet dalam tol kami hanya rm 50 dari perlis ke penang. tol pergi dan balik hokey. kami bertolak dalam pukul 12 lebih dan sampai penang dalam pukul 3. yang kelakar sampai penang tak tahu nak ke mana. ikut suka hati ja nak bawak kereta ke mana. alhamdulilah ada juga waze. hahahha dengan bantuan waze kami ke Bukit Bendera. kalau korang ada my kad dapat murah ja tiket rm 10 kalau student rm3 ja. hahahha murah gila baq hang. walaupun jerebu teruk dekat penang kami tetap nak naik dekat bukit bendera.







tempat wajib di Bukit Bendera di atas kerusi. hahahaha tempat orang selfie dan tempat kunci love2 banyak tu macam soul korea ja. sesi bergambar dekat atas bukit bendera banyak gila.hahaha masa nak turun train tu gayat gila takut pun ada. huhuhuhu.






okay saya pendek gemok. hahahah baju selekeh gila pakai. okay selepas  berjimba dekat atas bukit kami ke shopping mall Queenbays sedar tak sedar sampai malam kami shopping. hohoho macam la  dekat alor setar tak ada. hahahaha yang lawaknya bila nak balik nak cari jambatan pulak nak balik tak jumpa. ohoho pusing2 banyak kali baru jumpa.


   


                     

kami sampai dalam pukul 11 malam. syukur sampai juga. okay sampai sini saja la saya cerita, dah penat nak mengarang tapi idea tak keluar. see ya jumpa lagi dia lain cerita. bye

Thursday, October 8, 2015

OVERNITE PART 1

asalamualaikum  tak jawab dosa kalau jawab sayang.....


hola hola chiki chiki boom. saya dah kembali baru ada masa nak update blog kesayangan nie. kerja yang lecture bagi tak siap lagi. stress betul la. nasib boleh update dengan blog kesayangan nie. hah saya nak cerita pengalaman ketika belajar. bohong la kalau students tak pernah sewa  kereta untuk overnite di luar. asyik terperap dalam hostel ja. bosan gila. hahahah jadi minggu lepas kami sewa kereta Alza dan seramai 6 orang MIMI,SURAYA ,AHIRAH, SYERA, BALQIS & SAYA kami bercuti di sekitar Alor setar sahaja.


kami bertolak dari perlis pukul 4 petang. kira dalam pukul 5: 30 petang kami berhenti makan di tesco mergong. target kami sebernarnya nak ke mall yang baru di buka di alor setar iaitu Aman Central. memang havoc la ramai gila orang kami pergi second day. memang sale kaw kaw punya. jatuh air mata tengok sale and i think this " shopping till we drop " hahaha memang shopping habis habisan la.  tapi nak cari parking memang susah. berapa round kena pusing baru boleh parking.  letih gila la nak cari parking. dah dapat parking nak kena jalan ke mall plak. errrrr nasib best sebab ada sale.  maaf le nak letak gambar banyak banyak dok buleh line internet slow supo siput.






bila girl bershopping tahu tahu ler lama gila. sampai dekat aman central dah malam lebih kurang 8:30 malam. kira lama gila kami dalam mall. sampai mall nak tutup la kami shopping. saya pulak borong novel dekat popular hihihi. saya kurang minat nak shopping baju. hihihi  lepas habis shopping lebih kurang pukul 11 lebih kami pergi pusat karaoke ambik selama 2 jam lebih jugak la hilangkan suara. hahaha.  lupa nak bagi tahu lagi satu ada sorang budak laki yang join kami tapi dia naik moto ler.


lebih kurang pukul 1 lebih kami habis karok dekat sana. oppss lupa nak bagitahu nama tempat tu ketupat karaoke. lepas habis karaoke kami semua gerak ke jitra makan dekat tanah merah. ingat nak tidur dalam kereta tapi Allhamdulilah ada orang bagi tumpang rumah tido. terima kasih kepada HISYAM huhuhu.

okay sampai disini saja saya boleh cerita tunggu sambungan part 2 pulak yer.....



Sunday, September 27, 2015

"Hey Mama" (feat. Nicki Minaj & Afrojack)

Be my woman girl, I'll be your man
Be my woman girl, I'll be your man

Yes I'll be your woman
Yes I'll be your baby
Yes I'll be whatever that you tell me when you're ready
Yes I'll be your girl, forever your lady
You ain't ever gotta worry, I'm down for you baby

Best believe that, when you need that
I'll provide that, you will always have it
I'll be on deck, keep it in check
When you need that, I'm a let you have it

Beating my drum like dum di di day
I like the dirty rhythm you play
I wanna hear you callin' my name
Like, hey ma ma, mama, hey ma, mama
Banging the drum like dum di di day
I know you want it in the worst way
I wanna hear you callin' my name
Like, hey ma ma, mama, hey ma, mama

Be my woman girl, I'll be your man
Be my woman girl, I'll be your man

Yes I do the cooking
Yes I do the cleaning
Plus I keep the na-na real sweet for your eating
Yes you be the boss and yes I be respecting
Whatever that you tell me cause it's game you be spitting

Best believe that, when you need that
I'll provide that, you will always have it
I'll be on deck, keep it in check
When you need that, I'm a let you have it

Beating my drum like dum di di day
I like the dirty rhythm you play
I wanna hear you callin' my name
Like, hey ma ma, mama, hey ma, mama
Banging the drum like dum di di day
I know you want it in the worst way
I wanna hear you callin' my name
Like, hey ma ma, mama, hey ma, mama
(Hey!)

Be my woman girl, I'll be your man
Be my woman girl, I'll be your man

Whole crew got the juice
Your dick came the truth
My screams is the proof
Them other dudes get the deuce
When I speed in the coupe
Leavin' this interview
It ain't nothing new
I been fucking with you
None of them bitches ain't taking you
Just tell 'em to make a U
That's how it be
I come first like debut

So baby when you need that
Gimme the word, I'm no good
I'll be bad for my baby

Make sure that he's getting his share
Make sure that his baby take care
Make sure I'm on my toes, on my knees
Keep him pleased, rub him down
Be a lady and a freak

Beating my drum like dum di di day
I like the dirty rhythm you play
I wanna hear you callin' my name
Like, hey ma ma, mama, hey ma, mama
Banging the drum like dum di di day
I know you want it in the worst way
I wanna hear you callin' my name
Like, hey ma ma, mama, hey ma, mama

Be my woman girl, I'll be your man
Be my woman girl, I'll be y
our man




Wednesday, September 23, 2015

random update lagi :)

asalamualaikum


rasanya dah bersawang dah blog nie. mungkin dah tak ada orang yang membaca. alhamdulilah dapat jugak update blog nie. sebelum nie tak ada laptop sekarang baru ada laptop walaupun laptop secondhand tapi boleh juga buat kerja. tinggal berapa minggu lagi nak final exam rasa takut pun ada. doakan  saya berjaya menjawab.

sedar tak sedar dah nak habis dah sem satu di politeknik. bersyukur sangat dapat sambung belajar. tekad dalam hati nak banggakan mak dengan ayah. bila dah habis nanti nak tolong mak ayah. terima kasih mak dengan ayah sebab membesarkan akak.  bila berjauhan dengan mak dengan ayah baru rasa sunyi dengan rindu semua. walaupun setiap minggu balik. hihihi selagi boleh balik  balik lah.


sampai sini saja saya mampu mencoretkan cerita. insyaAllah lepas nie akan kerap update blog kesayangan ini. last SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam. bye xoxo


Thursday, August 6, 2015

Lovely

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat lagi buka blog kesayangan ambo nie. Setelah sekian lama biarkan bersawang. Mintak maaf la sebab sibuk dengan kuiz di politeknik tuanku syed Sirajuddin.


Sebenarnya banyak cerita saya nak menceritakan kepada korang. Selain dapat pengalaman saya juga mendapat kawan baru di sini.bersyukur kepada Allah kerana memberikan rakan yang baik. Terharu sangat.Aktiviti di sini selepas habis kelas hummmm selalu saya tidor ja. Hahahaha sebab malas nak keluar tapi kadang kadang saya keluar beriadah dengan sahabat saya di tasik yang terdapat dalam politeknik.

Mereka bertiga nie jiran bilik saya yang sangat sporting dan peramah. Baik saja dengan saya di kala susah dan senang. Dari depan Farhana,.Balqis dan Syira lagi sorang Mimi tapi maaf tak ada gambar.

Sampai di sini saja saya bercerita. InsyaAllah dapat laptop baru boleh update sedia blog. Hihihi









Thursday, July 16, 2015

short post

asalamualaikum

lama rasanya tidak update blog kesayangan nie. bersawang dah. huhuhu. sebenarnya saya sibuk dengan belajar. tiada masa untuk update blog nie. maklum lah baru sem 1 nie baru nak belajar erti kehidupan seorang siswi.

alhamdulilah di tempat belajar saya boleh sesuaikan diri. yang untungnya rumah dekat dengan tempat belajar. setiap minggu boleh balik buka puasa dengan keluarga. hihihi ramai kawan-kawan jeles dengan eden. sudah akhir ramadhan ini saya nak mintak maaf kepada yang mengenali saya.

insyaAllah kalau ada masa saya update post tentang raya saya di kampung. sekarang nie mood nak kemas rumah. hihihi bye jumpa lagi.

Wednesday, July 1, 2015

Sunday, June 14, 2015

Tahniah Dr Fatin Liyana Asri

Assalamualaikum

Tadi tengah usya facebook tgk satu pic nie macam nak kenal. Tiba-tiba tekejut tegok fatin liyana. Ya Allah segak nak mati oiii. Alhamdulillah beliau sudah menjadi milik Dr Anwar

Sebenarnya saya mula tertarik minat dengan blog nie ketika saya baca blog Dr FL  nie la. Blog dia simple sangat. Tuan blog sungguh comel.

Beliau juga seorang yang sangat baik dan peramah. I wiss dapat jumpa dengan Dr FL. Saya ada ambik beberapa keping gambar dekat facebook beliau. Harap korang enjoy. Kalau korang nak banyak lagi gambar menarik boleh cari facebook beliau. Sungguh cantik dan comey ja Dr FL dan Dr Anwar nie tangkap gambar. Saya harap semoga bahagia hingga ke anak cucu. Cepat2 dapat baby. Hahaha layan la gambaq FL yg comey nie.

Tuesday, June 9, 2015

SAHABAT




When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

Sunday, May 17, 2015

Alhamdulillah

assalamualaikum dunia *sambil nyanyi lagu faizal tahir

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sy dapat jugak sambung belajar. sebelum nie tak dapat universiti rasa putus asa ja. huhuhu menangis kesedihan.

bila nak belajar tapi kena masuk kolej swasta. memang nak masuk mintak dip pengurusan sumber manusia. tapi sekali lagi rezeki tak ade. huhuhu keluarga kurang mampu untuk masuk kolej swasta. lagi sekali putus asa.

tiba-tiba teringatkan politeknik terus buka chek. huhuhu terharu dapat juga. akhirnya dapat sambung belajar. dapat dip pengurusan pelancongan. ye mmg biasa tapi kalau berusaha insyaallah berjaya.

maaf ye kalau cerita agak singkat sebab sekarang tengah kerja. post pun guna fon je. hihihi bye2

Monday, May 4, 2015

hobi di masa lapang ( MAKEUP )

asalamualaikum


setelah lama menghilangkan diri akhirnya dapat jugak update blog yang dah lama bersawang nie. fuh... fuh... tiup habuk. huhuhu. sebab sekarang jarang update blog sebab kerja. ye saya kerja sementara nak tunggu tawaran sambung belajar. alhamdulilah sebab nak cari pengalaman kerja sama. boleh la nak shopping, tak payah nak mintak duit dekat ayah lagi.

sebenarnya saya nak kongsi hobi yang dah jarang saya buat. hobi makeup. ya sebelum nie ada juga buat entry makeup. haha sila la cari dalam blog nie. nak bagi link line slow la pulak. nak upload gambar pun susah. sad life.

baru nie saya ada cuba satu makeup la. makeup barbie doll. tapi tak macam doll pon. hahaha sebab baru jinak-jinak nak mencuba. insyaAllah bila korang tengok gambar mesti tak lalu makan sebulan. so dah jimat duit makan sebab ada gst. hahaha ni la gambar dia.



sekarang saya nak cerita tentang makeup nombor dua pulak. makeup nie bila korang nak keluar jalan jalan okay la sebab dia sangat simple dan tidak terlalu tebal. macam natural beauty orang kata. makeup nie memang sesuai untuk ke kelas, kerja dan macam macam lagi la. nie dia gambar yang kedua.





makeup yang ketiga pulak korang boleh guna untuk tunang. tak payah makeup tebal sebab tunang nie kita buat simple aja, kalau buat grand kahwin nanti hilang seri uallls. hahaha. tapi itu bagi pendapat saya la. kalau boleh memang nak simple aje makeup tunang tu. okay nie gambar dia. nie gambar terakhir.





akhirnya tamat sudah cerita saya yang tak berapa hebat nie. kalau ada siapa nak tutorials makeup orang boleh comment dekat bawah ye. #muahciked villagepeople

Friday, March 27, 2015

pening pening pening

asalamualaikum 

rindunya nak update blog nie. selama nie sibuk dengan kerja tapi sekejap je kerja sebab kerja teruk tapi gaji ciput ja. huhuhu sad life. lepas tu kena jaga baby mak cik yang baru lahir comey sangat-sangat nama baby boy tu ADAM THAQIF sedap kan nama dia. 



selepas exam nie banyak tawaran dari ipts sampai tak tahu mana nak pilih. aduh pening kepala hamba nak pikirin. sakitnya tu di sini di dalam kepala ku. hahahah sampai merapu. sebab apa pilih ipts sebab nak masuk ipta tak layak kowt sebab adalah sebab bukan gagal spm okay kami lulus semua nah. hihihi.


rasanya smpai sini saja saya boleh update sebab sekarang ada kenduri di kampung buka blog pun .curi-curi. eh eh lagi satu kalau awak ada link ke mana-mana ipts tolong comment ya. terima kasih.

Friday, February 27, 2015

menunggu masa

assalamualaikum
fuhhh tak lama lagi result SPM nak keluar. rasa gerun tu ada la jugak tapi aku biasa je kau. hahahaha tak sabar nak jumpa kawan kawan yang lama tak jumpa. rindu hampa oiii
tapi tahun nie dapat info masuk universiti bulan 9. aku tak tahu la betul ke tidak. hihihi tak dapat nak merapu sangat sebab pening kepala. bye




Thursday, February 19, 2015

TAK KU SANGKA TAK KU DUGA RUPANYA.....

Asalamualaikum


Sedar tak sedar dah 3 tahun dah ada blog. sebelum ini ada blog tapi tak la aktif sangat. pengikut pun tak ada. Alhamdulilah sekarang ni dah ada walaupun tak ramai. sebenarnya susah juga nak berblog nie. perlu ada semangat yang tinggi. saya gigih juga la nak buat blog ini. dengan masuk segment2 yang rakan-rakan bloger buat kita boleh buat blog kita naik juga. heeeee



InsyaAllah saya akan teruskan dunia bloger ini. walaupun blog ini tak banyak sangat dengan fakta or whatever lah! hehehe kebanyakan cerita about my life. one day saya akan buat blog ini lagi menarik tertarik kau memang da BOOM.  harap dengan cerita my life tu tak bosan la untuk korang baca. ingat nak azam nak buat gaya tudung for chubby girls and fashion untuk orang BAMBAM tapi tak ada rezeki lagi. rasanya nak tunggu bila dapat sambung belajar nanti. wish me luck korang. heeee tiba-tiba termasuk istanbul aku datang plak.



rasanya tak ada apa yang nak diceritakan untuk hampa semua. ehhh lupa mak nak habaq header blog ceq buat sendiri noh hahaha. ambik la gambaq huduh ceq tu. ceq orang KEDAH. nanti bila hampa nak p siam ka danok ka dekat ja dengan daerah ceq kubang pasu ceq dok bandar CHANGLUN. hari-hari boleh pi shopping dekat siam. tapi la nie duit malaysia jatuh jadi duit bath mahai sikit la noh. dulu murah ja, heheheh alamak terlebih merapu plak. bye2 jumpa di lain hari pulak.

p/s: saja nak letak pic sebab nak tayang tu tudung baru hahahaha. pakai shawl best muka bulat boleh          nampak kecik ja







Tuesday, February 17, 2015

happy belated birthday Zaty!

assalamualaikum......
tak nak post panjang-panjang just  ucapkan happy belated birthday to you Norizzati Bt Mohd Fauzi. my only friend.
Friendship. Kapal sahabat. Duduk dalam satu kapal. Berlayar sama-sama. Kalau karam, karam sama-sama. Senang kata, susah senang bersama. 

14/2/1997



Tuesday, February 10, 2015

Insan biasa

Aku bertudung bukan kerana aku bijak agama, bukan pula kerana aku wanita yang sempurna tanpa cela •
---
TETAPI aku bertudung kerana ingin mentaati salah satu perintah ALLAH TA'ALA, dan menutup salah satu pintu dosa •
---
Panjang tudungku bukan kerana aku lebih baik, tetapi hanya ingin menjadi yang lebih baik. Untuk mak ayah. Aku sayang mak ayah sebab itu aku begini •
---
Seringkali aku dengar alasan ''Hidayah belum dapat'' Kata kata apa yang engkau mahu dustakan lagi wahai Hamba Allah. Hidayah kalau tak cari memang tak akan dapat. Tidak mahukah engkau menjadi seperti permata yang dicari? •
---
"Disaat wanita itu memilih untuk kekal dalam tawakkal Rabb-Nya, dia tetap menjadi wanita yang paling tinggi darjatnya" •
---
Ayuh sama sama kita berhijrah. ������

Sunday, February 8, 2015

MY KAMPUNG

Asalamualaikum rindunyaaaaaaa nak blog. sebab lama tak buka blog yang buruk nah muka pau saya nie rindu nak upload pic banyak2. huhuhuhh


sejak tak keje lepas habis kolah nie. saya semakin dipam pam sebab selalu makan. tapi tak pa kalau dapat masuk universiti nanti nak kuruskan badan. hahahaha orang masuk uni nak belajar tapi saya azam lain. takpa pantang mundur kecuali operasi. opss nak bagi tau nie. minggu lepas balik tidur kampung setelah sekian lama tak balik. rindu gila dekat tok & tok wan. best gila lepak dekat sawah tak caya? nie bukti dia super cantik pemandangan dia.


cantik baq hang! semua keluarga saya sepupu,mak sedara and my kesayangan tok. hihihi saya ambik gambar ja kalau masuk dalam sawah mau habis padi tu cek pijak. banyak lagi nak tunjuk gambaq nie. bila balik kampung mesti wajib main dekat sawah tambahan sekarang musim panas. memang best la. rugi kalau ada kampung hampa tak balik.



semua gambar nie diambil pagi. okay dekat kampung bangun awal pagi korang boleh dengar ayam berkokok burung2 berkicau. seriusly nyaman ja. tambahan pula rumah tok saya nie dekat kawasan dalam sikit. sejuk gila kalau nak mandi pagi-pagi. kalau nak jogging pun boleh dekat kampung. jogging sambil lihat sungai dan sawah. 

sebenarnya dekat kampung saya nie dulu ada stesen keretapi tapi tu dulu la. sekarang tak de cuma setiap pukul 6 petang mesti dengar horn keretapi lalu. best dulu waktu kecik2 selalu ajak tok wan tengok keretapi sambil naik motor honda bulat. sekarang pun masih ada lagi motor tu. nostagia sangat.

hai sampai sini ja mampu bercerita.tak tahu nak karang apa dah. lepas habis kolah nie rasa ilmu karangan makin berkurang. huuhuhu bye 

Friday, January 30, 2015

NEOS

NEOS ialah niqab experience on street. baru-baru nie aku ada jumpa satu artikal  ya walaupun saya tak berniqab tapi ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

why wear a NIQAB?

seperti yang diketahui umum pemakaian niqab  dikalangan muslimah bukan saja khusus untuk wanita arab. Tapi ianya adalah tuntutan pakaian sunnah ummahatul mukminin yang juga berfungsi sebagai pelindung EXTRA bagi muslimah.

Tetapi di dalam pemakaian ini juga ada tatatertibnya agar 'sunnah' itu kekal tanpa mencampurkannya dengan sesuatu yang boleh merosakkan pakaian sunnah ummul mukminin ini.

Niqab ini digunakan untuk menundukkan pandangan ajnabi, melindungi diri dan juga pemakaian yang mengajarkan rasa malu yang tebal di kalangan muslimah dan mukminah.

Tetapi, dizaman moden dan penuh dengan pelbagai fesyen hijab kini,niqab juga telah terpengaruh sedikit sebanyak dalam dunia FESYEN. sekaligus telah menjadikan 'sunnah' dan fungsi sebenar NIQAB hilang dari tujuan sebenarnya.

Pemakaian niqab sering dikaitkan dengan simbol ajaran sesat. ini kerana pengaruh media massa yang banyak memberi maklumat palsu kepada masyarakat sehingga ianya sebati di dalam benak orang awam untuk memanda serong tentang pakaian ini.

Niqab yang dahulunya menjadi PERISAI bagi muslimah agar tidak menjadi perhatian lelaki kini telah berubah menjadi satu DAYA PENARIK yang baru dengan cara mempelbagaikan WARNA, GAYA dan HIASAN pada niqab itu sendiri. malah media sosial juga menjadi umpan syaitan untuk muslimah lari dari tuntutan islam yang tidak mengalakkan muslimah menampakkan diri tanpa keperluan yang penting. cukup hanya dengan memuat naik gambar2 mereka, lelaki dapat melihat mereka setiap masa. berhijab bukan jaminan yang cukup untuk lelaki menundukkan pandangan mereka apalagi jika media massa di banjiri dengan hidangan2 gambar muslimah pelbagai gaya.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat dan taat kamu kepada Allah dan RasulNya. sesungguhnya Allah( perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanya menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai 'AhlulBait"  dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya ( dari segala perkara yang keji)" Al-Ahzab ayat33

Saidatina Aisyah RA berkesan: "sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang"

sebaik-baik muslimah juga adalah saat mereka berada dikhalayak kehadirannya tidak banyak menarik perhatian

memakai niqab bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi ianya lebih mulia bagi seorang muslimah. Dan bila sudah memakainya pula haruslah dengan ilmu,bukan dengan nafsu, yang sentiasa mendesak kita untuk menjadi hamba kepada FASHION. Wallahualam bissawab ^-^

BARAKALLAHU FIKUM~ #NEOS #AsSufiyyah

Saturday, January 17, 2015

sweet 18

assalamualaikum

yeahh akhirnya pada 16 januari aku dah cukup umur. hehehe sweet 18 gituw. yeah happy belated birthday to me!!! happy sangat sangat. lepas nie tunggu result ja. pastu sambung belajar.

bufday tahun nie mak belanja makan chicken chop dekat stadium. perhhh terbaikkk la. kebetulan dekat stadium ada uptown. hehehe dapat sehelai shawl sebagai hadiah.

mak.ceq nak ucapkan terima kasih sebab jaga ceq dari kecik sampai besar. ceq sayang mak ketat ketat. love u mak.

tanpa mak ayah kita tidak akan ada.di dunia ini dan tidak dapat bernafas di dunia ini.

Wednesday, January 14, 2015

menangis terapi jiwa

assalamualaikum

          hari nie nak bercerita tentang tangisan sebagai terapi. well, rasanya tak ada mata yang tak pernah menangis kan? paling tak pun sekali sekala memang akan menangis jugak. info tentang terapi dalam tangisan nie aku google semalam memandangkan aku terfikir betapa teruknya aku yang cengeng & cepat menangis nie. but kadang-kadang menangis tu tak teruk pon, ngehehe 

first of all, menangis nie dapat memelihara diri kita dari pelbagai penyakit. satu kajian yang telah di jalankan mendapati menangis dapat mencegah dari terjadinya penyakit radang usus besar dan luka pada perut. kat mana rasionalnya aku pun terfikir jugak, tapi ntah la. memandangkan bukan aku yang buat kajian tu, so aku tak tahu.

menangis dapat meringankan ketegangan jiwa! beberapa orang pakar setuju mengatakan menangis sangat lah berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi. haaa... yang nie aku setuju. perasan tak kalau kita tension, lepas kita nangis kita akan rasa bertambah lega. tapi terlalu banyak menangis pon tak boleh jugak. buta plak mata tu nanti!

menangis juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada panjangnya usia kaum hawa. menurut ilmuan, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. memandangkan fitrah perempuan lebih suka/banyak menagngis berbanding lelaki, so jelas-jelas la usia kaum perempuan lebih panjang dari usia lelaki. tapi kalau meninggal awal jugak, nak buat camne...da memang ajal kan.

menangis dapat menyucikan mata. para doktor sependapat mengatakan air mata berfungsi membasuh mata dari kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yangs selalu datang silih berganti. menangis dapat membersihkan mata dari segala bakteria, debu dan habuk. ooouu... emosi kena jaga baru la kandungan racun tu tak banyak sangat dalam mata. betul ke assumption aku nie ?

menangis dapat memelihara kelembutan mata. OMG ! ni nak kena nagis banyak-banyak nie kasi mata lembut ! ngehehe . . nanti tak jadi lembut, jadi buta je terus baru tahu.

menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asal sehingga akan muncul perasaan tenang. waaa... menarik bunyinya.


FAKTA ---> secara purata perempuan menangis 64 kali setahun berbanding lelaki sebanyak 17 kali setahun.  maka tidak hairan perempaun lebih panjang usia dan kurang menghidap penyakit, meski kadar emosi perempuan lebih sensitif. menangis merupakan cara berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan fizikal dan emosi. menangis bukan lah tanda lemah dan tidak matang okeyyyhhh !

## ngehehe . . see ? lepas nie nampaknya aku punya reason yang lebih kuat la untuk menangis. orang tanya je, cakap untuk kesihatan walhal nangis frust sebab result exam teruk!

wordless wednesday #4 happy

Tuesday, January 13, 2015

random updates again

assalamualaikum.......

nie post untuk tahun baru. yeah 2015! baru sempat nak update. huhuhu menangis setiap hari tgk blog nie. ehhhh ehhh blog design dah baru la. hehehe tahun baru mesti lah tema baru gituw. 

kehidupan selepas menjadi pelajar nie adalah sangatlah membosankan sebelum habis sekolah ingat seronok sangat nak bebas sekali ambik kau. bosan tahap cipan. bila dah habis spm nie tengah fikir la nak kerja pun lagi berapa bulan nak ambik result. tapi aku ada hobi yang tak bosankan hidup. ya hobi aku suka makeup. hihihi dulu ada buat satu enty makeup. korang tengok le sendiri baru tahu. 

kalau korang nak tengok banyak pic makeup aku boleh follow instagram aku afifah_wan lagi pun insyallah kalau ada permintaan untuk buat tutorial aku akan buat. sekarang nak tunjukkan pic banyak2 tak boleh sebab update blog guna fon aje. hehehe sampai sini ja boleh update BYE!!