Monday, August 14, 2017

Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah hari ini mencuri perhatian seluruh rakyat.

Majlis dimulakan dengan istiadat pertunangan kemudian disusuli akad nikah bermula jam 10 pagi tadi di Istana Bukit Serene yang dilaksanakan secara tertutup.

Mencemar duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kenderaan Rolls Rocye memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail tiba 9.47pm.

Antara keluarga diraja yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Kerata yang membawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz turut kelihatan.

Tidak ketinggalan peminat keluarga Diraja Johor yang sama-sama tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik istimewa hadir diperkarangan istana.

Orang ramai boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan ba­ngunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Saturday, August 12, 2017

FINAL CHAPTER

Assalamualaikum.

Maaf kalau lama tak update blog kesayangan hamba ini. Agak lama juga tidak dapat buka blog ni kerana busy dengan tugasan yang diberikan.

Alhamdulillah sekarang dah sem akhir. Semakin sibuk dan stress dengan FYP 😩.  Kadang kadang rasa macam nak give up pun ada. Tapi bila fikir mak ayah di rumah menaruh harapan yang tinggi untuk lihat anaknya berjaya. Saya tetap usaha.

Tapi bila dengar FYP buat saya sakit jiwa pun ada. Dengan masalah ahli group lagi. Tapi memang tak dinafikan masalah yang dihadapi oleh setiap kali FYP adalah dengan ahli kumpulan.

Saya tak nak cerita panjang. InsyaAllah lepas habis FYP ni. Saya akan ceritakan pengalaman yang saya lalui. Suka dan duka sebagai pelajar. Wish me luck 😘

Adios amigos