Friday, November 18, 2016

SNORKELING AND SCUBA PART 2 ( PRACTICAL TEST )

assalamualaikum

yeah bertemu kembali di blog hampa yang usang dan bersawang nie. alhamdullilah saya dah tamat sem 3 pada tahun nie. huhuhuhu banyak suka dan duka yang berlaku. tapi bukan itu yang saya nak cerita. saya nak sambung part 2 heheheh maaf la lambat nak sambung.


pada hari kedua kami berscuba hahhaaha memang takut tapi ada perasaan ingin tahu macam mana guna tank bernafas dalam air guna gas. yalah selalu tengok dalam tv ja, nie cuba sendiri memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. macam biasa kami bertolak dari ptss pada awal pagi. oppss lupa nak kabor package scuba nie kami ambik dari baie scuba ada di post yang lepas  SNORKELING AND SCUBA PART 1 ( PRACTICAL TEST ) 


bila dah sampai dekat pusat akuatik alor setar kami berkumpul untuk dengar taklimat oleh staff baie scuba. agak lama sebab nak tahu apa yang boleh apa yang tak boleh dilakukan dan demo tunjuk alatan yang digunakan




okay selepas  kami diberikan taklimat kami dibahagi ikut kumpulan. seriously saya group first!!! weh ketaq kot. butterfly in stomach  bukan takat butterfly macam macam dok rasa dah. kami bergerak ke kolam dan dekat situ kami diajar cara nak pasang alat scuba.



Pada sessi kelas kolam yang pertama  kami diajar mengenal peralatan S.C.U.B.A(Self-Contained Underwater Breathing Apparatus) oleh Jurulatih yang bertauliah . Peralatan SCUBA dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu : 

1. Snorkling System - Mask (topeng ataupun selalu kita panggil google), Snorkel (alat bernafas yang dipasang tepi ltelinga & bentuk dia macam antenna tuh) & Fins (selalu kita panggil kaki itik hihi).

2. Buoyancy Control System – Buoyancy Compensator (jaket untuk pasang cylinder) & Weights (pemberat..besi beb..sekilo setiap 1..hari tu aku kena pakai 4 kg muahaha berat beb)

3. Exposure System – Wet Suit (baju selaman, disediakan untuk pelajar..pinjam beb haha), Gloves (sarung tangan..yg ni takde pun tkpe), Hood (penutup kepala, yg ni pun kalau tkde tkde halnya) & Boots (booties..kasut untuk masuk dlm air)

4. Air Delivery System – Regulator 1st Stage (dipasang pada muncung cylinder bertujuan utk mengubah tekanan udara yg kuat dari tabung menjadi tekanan udara yg biasa, kalau takde menda nih mau tembus tekak korang haha), Regulator 2nd Stage (alat yg mengubah tekanan udara supaya stabil & sesuai dengan penafasan biasa, yang seketul dipasang kat mulut tuh), Alternate Air Source (digunakan ketika kecemasan sekiranya regulator 2nd stage tak berfungsi ataupun nak share oksigen semasa dalam air) & Cylinder (tabung oksigen..berat ooo, kalau tak cukup makan kompom tak daya nak pikul nih)

5. Information System – Computer (memaparkan data selaman dll), Submersible Pressure Gauge (benda nih kiranya macam meter minyak kereta ar.. dia bagi bacaan terkini oksigen yang tinggal dalam tabung, bacaan dalam ‘psi’) & Compass (dalam laut pun kena pakai kompas bro..kalau tak kang sesat & tak jumpa cari bot nak balik haha)
Setelah kenal & faham mengenai fungsi kesemua bahagian / peralatan ini.. baru la boleh masuk kolam . Tapi sebelum tu, kami belajar cara untuk pasang Cylinder pada BC (yang ni semua penyelam wajib tau,). Cylinder kena pasang ketat2, kalau tak kang tanggal lak dalam air tuh naye je





Dalam kolam pula, kami di ajar beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh semua penyelam, antaranya isyarat tangan (dalam air takleh cakap ..nanti orang lain tak paham haha jadi terpaksa la pakai isyarat), Cara capai dan gunakan regulator dengan betul, keluarkan air dari dalam mulut, cuci mask (kalau mask dah kabur kena cuci beb..kalau tak ‘anak ikan’ lalu pun tak nampak ), cara untuk mengurangkan tekanan udara dalam telinga (yang ni penting , kalau tak mau berdarah telinga lu kalau tak praktiskan masa melepasi kedalaman air 3 meter) lepas tu, belajar cara untuk minta bantuan sekiranya oksigen dah nazak ataupun dah k.o terus masa dalam air. Belajar jugak cara nak ampungkan diri semasa dalam air (kena control udara dalam BC & pernafasan beb). Lepas tu apa lagi, kitorg jadi ikan laa..melibas2 fins..rasa macam superman pun ada ..macam2 gaya bleh buat hahaha.. dalam air kena bernafas pakai mulut ja, 




memang best semua aktiviti nie. lepas habis semua kami bergambar ramai- ramai dah bertolak balik. memang sunyi bas sebab penat kan. huhuhu. sampai sini saja saya bercerita. maaf kalau lama tak update sebab wifi tak dak  nie pun curi2 hahahahaha. adios amigos