Sunday, January 31, 2021

5 Tips Hias Bilik Sempit✨


1. Gunakan warna pastel

Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. 


Justeru, apa salah gunakan warna pastel atau warna yang lembut, cair dan pucat. Salah satu cara gabungkan warna putih dengan warna segar seperti hijau.

2. Perabot dan Tempat Penyimpan 

Ada yang beranggapan bilik yang kecil memerlukan perabot kecil juga bagi memberi ilusi supaya bilik tidur nampak besar. Sebenarnya tidak, jika perabot kecil akan menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak. 


Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sudah memadai. Sebaiknya gunakan perabot jenis ‘multipurpose’ atau pelbagai guna dan fungsi.

Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai tempat penyimpanan pasang siap atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja dan almari pakaian dengan pelbagai ruang penyimpanan serba guna.

Utk ruang sempit, letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan keluasan pada ruang lantai. Hadkan penggunaan meja tepi katil kepada satu berbanding dua manakala di sudut kosong diletakkan lampu lantai. 


3. Cermin

Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu. 


4. Percahayaan

Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.

Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.

5. Aksesori Dekorasi

Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan.

Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar. 

Sumber: petuaseharian.blogspot

Monday, January 11, 2021

"Giveaway by Blog Tangan Gebu"

 



Haii. Tengah blog walking sebab dah lama tak buka blog. tertiba terjumpa contest giveaway ni. Teringat zaman muda dulu ( mcm tua sangat ) selalu join contest kawan-kawan blogger. hari ni tertiba Teringin nak join contest blog tangan gebu ni.

kalau korang berminat nak join. klik ja banner dkt atas tu yaaaaa. Enjoyyyyyyy ... kita hidupkan balik ZAMAN BLOG 

muahhhh cikeddddd

2021 new chapter

 hai hollaaaaa. wahhhh sudah 2021 mehhh. sudah makin tua ni. huhuhuhu. tak banyak nak taip sebab tak ada idea nak taip apa. tapi dalam kepala ni macam macam nak luah tapi tak tau nak bagitau mcm mana. harap tahun ni semua yg dirancang menjadi yang terbaikk.