Friday, February 27, 2015

menunggu masa

assalamualaikum
fuhhh tak lama lagi result SPM nak keluar. rasa gerun tu ada la jugak tapi aku biasa je kau. hahahaha tak sabar nak jumpa kawan kawan yang lama tak jumpa. rindu hampa oiii
tapi tahun nie dapat info masuk universiti bulan 9. aku tak tahu la betul ke tidak. hihihi tak dapat nak merapu sangat sebab pening kepala. bye




Thursday, February 19, 2015

TAK KU SANGKA TAK KU DUGA RUPANYA.....

Asalamualaikum


Sedar tak sedar dah 3 tahun dah ada blog. sebelum ini ada blog tapi tak la aktif sangat. pengikut pun tak ada. Alhamdulilah sekarang ni dah ada walaupun tak ramai. sebenarnya susah juga nak berblog nie. perlu ada semangat yang tinggi. saya gigih juga la nak buat blog ini. dengan masuk segment2 yang rakan-rakan bloger buat kita boleh buat blog kita naik juga. heeeee



InsyaAllah saya akan teruskan dunia bloger ini. walaupun blog ini tak banyak sangat dengan fakta or whatever lah! hehehe kebanyakan cerita about my life. one day saya akan buat blog ini lagi menarik tertarik kau memang da BOOM.  harap dengan cerita my life tu tak bosan la untuk korang baca. ingat nak azam nak buat gaya tudung for chubby girls and fashion untuk orang BAMBAM tapi tak ada rezeki lagi. rasanya nak tunggu bila dapat sambung belajar nanti. wish me luck korang. heeee tiba-tiba termasuk istanbul aku datang plak.



rasanya tak ada apa yang nak diceritakan untuk hampa semua. ehhh lupa mak nak habaq header blog ceq buat sendiri noh hahaha. ambik la gambaq huduh ceq tu. ceq orang KEDAH. nanti bila hampa nak p siam ka danok ka dekat ja dengan daerah ceq kubang pasu ceq dok bandar CHANGLUN. hari-hari boleh pi shopping dekat siam. tapi la nie duit malaysia jatuh jadi duit bath mahai sikit la noh. dulu murah ja, heheheh alamak terlebih merapu plak. bye2 jumpa di lain hari pulak.

p/s: saja nak letak pic sebab nak tayang tu tudung baru hahahaha. pakai shawl best muka bulat boleh          nampak kecik ja







Tuesday, February 17, 2015

happy belated birthday Zaty!

assalamualaikum......
tak nak post panjang-panjang just  ucapkan happy belated birthday to you Norizzati Bt Mohd Fauzi. my only friend.
Friendship. Kapal sahabat. Duduk dalam satu kapal. Berlayar sama-sama. Kalau karam, karam sama-sama. Senang kata, susah senang bersama. 

14/2/1997



Tuesday, February 10, 2015

Insan biasa

Aku bertudung bukan kerana aku bijak agama, bukan pula kerana aku wanita yang sempurna tanpa cela •
---
TETAPI aku bertudung kerana ingin mentaati salah satu perintah ALLAH TA'ALA, dan menutup salah satu pintu dosa •
---
Panjang tudungku bukan kerana aku lebih baik, tetapi hanya ingin menjadi yang lebih baik. Untuk mak ayah. Aku sayang mak ayah sebab itu aku begini •
---
Seringkali aku dengar alasan ''Hidayah belum dapat'' Kata kata apa yang engkau mahu dustakan lagi wahai Hamba Allah. Hidayah kalau tak cari memang tak akan dapat. Tidak mahukah engkau menjadi seperti permata yang dicari? •
---
"Disaat wanita itu memilih untuk kekal dalam tawakkal Rabb-Nya, dia tetap menjadi wanita yang paling tinggi darjatnya" •
---
Ayuh sama sama kita berhijrah. ������

Sunday, February 8, 2015

MY KAMPUNG

Asalamualaikum rindunyaaaaaaa nak blog. sebab lama tak buka blog yang buruk nah muka pau saya nie rindu nak upload pic banyak2. huhuhuhh


sejak tak keje lepas habis kolah nie. saya semakin dipam pam sebab selalu makan. tapi tak pa kalau dapat masuk universiti nanti nak kuruskan badan. hahahaha orang masuk uni nak belajar tapi saya azam lain. takpa pantang mundur kecuali operasi. opss nak bagi tau nie. minggu lepas balik tidur kampung setelah sekian lama tak balik. rindu gila dekat tok & tok wan. best gila lepak dekat sawah tak caya? nie bukti dia super cantik pemandangan dia.


cantik baq hang! semua keluarga saya sepupu,mak sedara and my kesayangan tok. hihihi saya ambik gambar ja kalau masuk dalam sawah mau habis padi tu cek pijak. banyak lagi nak tunjuk gambaq nie. bila balik kampung mesti wajib main dekat sawah tambahan sekarang musim panas. memang best la. rugi kalau ada kampung hampa tak balik.



semua gambar nie diambil pagi. okay dekat kampung bangun awal pagi korang boleh dengar ayam berkokok burung2 berkicau. seriusly nyaman ja. tambahan pula rumah tok saya nie dekat kawasan dalam sikit. sejuk gila kalau nak mandi pagi-pagi. kalau nak jogging pun boleh dekat kampung. jogging sambil lihat sungai dan sawah. 

sebenarnya dekat kampung saya nie dulu ada stesen keretapi tapi tu dulu la. sekarang tak de cuma setiap pukul 6 petang mesti dengar horn keretapi lalu. best dulu waktu kecik2 selalu ajak tok wan tengok keretapi sambil naik motor honda bulat. sekarang pun masih ada lagi motor tu. nostagia sangat.

hai sampai sini ja mampu bercerita.tak tahu nak karang apa dah. lepas habis kolah nie rasa ilmu karangan makin berkurang. huuhuhu bye