Tuesday, December 12, 2017

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA

Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takdela bercapuk muka tu nanti.

Jadi macam mana nak mula? Meh nak share apa yang perlu 🙂

(1) PELEMBAP

Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.

Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based

(2) SERUM & ESSENCE

Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.

Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.

(3) PRIMER

Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.

Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk. 

Primer  bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.

(4) CONCEALER

Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.

Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan.

Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.

(5) COMPACT / LOOSE POWDER

Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.

Ia berbeza sedikit dengan jenis two-way cake di mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.

Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.

(6)PEMILIHAN FOUNDATION

Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.

Pilih foundation yang betul berdasarkan
jenis shades,  coverage, dan juga finishing yang tepat.

Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing

(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY

Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh.

Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit.

Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali.

.
.
Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.

Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib.
Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih
cantik.

9 comments:

  1. Replies
    1. mcm sy guna essence jenama pure beauty boleh beli dkt watson

      Delete
  2. Kalau macam kita pakai skin care ada toner n krim siang tu macamana ya nak mula makeup ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. first pakai toner lepas tu pelembab n krim siang. baru pakai primer n fondation. ni cara sy lah

      Delete
  3. apa kesan klau tak pakai primer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm saya primer ni untuk bagi makeup tahan lebih lama. ada yg primer untuk blur kan pori. org kata kalau tak ada primer ni makeup kurang upmmhh sikit. hehehhe

      Delete