Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takdela bercapuk muka tu nanti.
Jadi macam mana nak mula? Meh nak share apa yang perlu 🙂
(1) PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.
Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based
(2) SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.
Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.
(3) PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.
Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk.
Primer bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.
(4) CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.
Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan.
Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.
(5) COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.
Ia berbeza sedikit dengan jenis two-way cake di mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.
Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.
(6)PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.
Pilih foundation yang betul berdasarkan
jenis shades, coverage, dan juga finishing yang tepat.
Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing
(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh.
Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit.
Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali.
.
.
Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.
Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib.
Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih
cantik.
Sunblock bila nak pakai?
ReplyDeletemcm saya. saya akan pakai selepas pelembap
DeleteSunblock di pakai sebelum memakai makeup
Deleteessence pakai brand apa
ReplyDeletemcm sy guna essence jenama pure beauty boleh beli dkt watson
DeleteKalau macam kita pakai skin care ada toner n krim siang tu macamana ya nak mula makeup ....
ReplyDeletefirst pakai toner lepas tu pelembab n krim siang. baru pakai primer n fondation. ni cara sy lah
Deleteapa kesan klau tak pakai primer
ReplyDeletemcm saya primer ni untuk bagi makeup tahan lebih lama. ada yg primer untuk blur kan pori. org kata kalau tak ada primer ni makeup kurang upmmhh sikit. hehehhe
Delete