Saturday, December 3, 2016
ehhhh?
alhamdulilah sekarang dah masuk bulan disember. lagi berapa minggu lagi nak masuk tahun baru. sekarang saya dah masuk sem 4. yeahhhh pejam mata sat jah dah masuk sem 4 lepas tu masuk sem 5. last sem 6 LI. fuhhh rasa macam sat gila. umur pun semakin meningkat ke angka 20 an. huhuhuhu rasa macam remaja lagi. tahun nie last merasai jadi teen huhuhuhu.
insyaAllah tahun yang akan datang saya akan banyakkan lagi post dalam blog. about my FYP. owhh lupa nak bagi tahu sem nie kami ada expidition atau kami gelarkan xpdc. hahh nak tahu xpdc kami apa tahun nie tunggu update yer. heheheheheh okay got to go. i have a lotts of assignment to do. hahhaah bye.
P/s : lama tak karang sebab tu ayat tungang terbalik.
Friday, November 18, 2016
SNORKELING AND SCUBA PART 2 ( PRACTICAL TEST )
yeah bertemu kembali di blog hampa yang usang dan bersawang nie. alhamdullilah saya dah tamat sem 3 pada tahun nie. huhuhuhu banyak suka dan duka yang berlaku. tapi bukan itu yang saya nak cerita. saya nak sambung part 2 heheheh maaf la lambat nak sambung.
pada hari kedua kami berscuba hahhaaha memang takut tapi ada perasaan ingin tahu macam mana guna tank bernafas dalam air guna gas. yalah selalu tengok dalam tv ja, nie cuba sendiri memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. macam biasa kami bertolak dari ptss pada awal pagi. oppss lupa nak kabor package scuba nie kami ambik dari baie scuba ada di post yang lepas SNORKELING AND SCUBA PART 1 ( PRACTICAL TEST )
bila dah sampai dekat pusat akuatik alor setar kami berkumpul untuk dengar taklimat oleh staff baie scuba. agak lama sebab nak tahu apa yang boleh apa yang tak boleh dilakukan dan demo tunjuk alatan yang digunakan
okay selepas kami diberikan taklimat kami dibahagi ikut kumpulan. seriously saya group first!!! weh ketaq kot. butterfly in stomach bukan takat butterfly macam macam dok rasa dah. kami bergerak ke kolam dan dekat situ kami diajar cara nak pasang alat scuba.
1. Snorkling System - Mask (topeng ataupun selalu kita panggil google), Snorkel (alat bernafas yang dipasang tepi ltelinga & bentuk dia macam antenna tuh) & Fins (selalu kita panggil kaki itik hihi).
2. Buoyancy Control System – Buoyancy Compensator (jaket untuk pasang cylinder) & Weights (pemberat..besi beb..sekilo setiap 1..hari tu aku kena pakai 4 kg muahaha berat beb)
3. Exposure System – Wet Suit (baju selaman, disediakan untuk pelajar..pinjam beb haha), Gloves (sarung tangan..yg ni takde pun tkpe), Hood (penutup kepala, yg ni pun kalau tkde tkde halnya) & Boots (booties..kasut untuk masuk dlm air)
4. Air Delivery System – Regulator 1st Stage (dipasang pada muncung cylinder bertujuan utk mengubah tekanan udara yg kuat dari tabung menjadi tekanan udara yg biasa, kalau takde menda nih mau tembus tekak korang haha), Regulator 2nd Stage (alat yg mengubah tekanan udara supaya stabil & sesuai dengan penafasan biasa, yang seketul dipasang kat mulut tuh), Alternate Air Source (digunakan ketika kecemasan sekiranya regulator 2nd stage tak berfungsi ataupun nak share oksigen semasa dalam air) & Cylinder (tabung oksigen..berat ooo, kalau tak cukup makan kompom tak daya nak pikul nih)
5. Information System – Computer (memaparkan data selaman dll), Submersible Pressure Gauge (benda nih kiranya macam meter minyak kereta ar.. dia bagi bacaan terkini oksigen yang tinggal dalam tabung, bacaan dalam ‘psi’) & Compass (dalam laut pun kena pakai kompas bro..kalau tak kang sesat & tak jumpa cari bot nak balik haha)
memang best semua aktiviti nie. lepas habis semua kami bergambar ramai- ramai dah bertolak balik. memang sunyi bas sebab penat kan. huhuhu. sampai sini saja saya bercerita. maaf kalau lama tak update sebab wifi tak dak nie pun curi2 hahahahaha. adios amigos
Monday, October 10, 2016
hurmmmm
sudah lama tak update blog. masih terhutang satu cerita dengan korang semua. tapi bukan hari ini saya nak cerita. masalah dengan kawan sekelas nie memang selalu dengar sepupu bercerita tapi sem nie terjadi dekat saya. hurmmmm
Saturday, September 10, 2016
SNORKELING AND SCUBA PART 1 ( PRACTICAL TEST )
Alhamdulillah dapat lagi update blog ini. maaf la jika lama saya menyepikan diri dalam blog nie. bukan tak nak update tapi tidak ada masa yang terluang nak update. okey tak payah nak terang banyak banyak. heheheheh sebenarnya saya ada satu cerita nak update untuk korang semua.
saya masih lagi belajar dan sekarang baru sem 3 ( lambat lagi nak habis ) okay baru baru nie kami ada practical test JENG !!! JENG !!! JENG!!! di PULAU PAYAR LANGKAWI serius memang best. walaupun saya orang kedah dan memang dekat dengan langkawi tapi baru pergi sana dua kali. huhuhu. pengalaman pertama saya snorkeling dengan scuba. best gila. kami pergi dua hari tapi lain lain tempat.
hari pertama.
kami bergerak dari politeknik pada pukul 7;30 pagi. kami tak naik dekat jeti kuala perlis kami naik bot dekat kubang rotan dekat dengan kuala kedah. kami naik semua 3 biji bot. tak naik feri nah. agak menakutkan tapi best jugak. hehheehe.
serius memang best kena angin tapi bilaa langgar ombak besar gerun jugak lah. hehehehhe. masa perjalanan dalam 45 minit ke 1 jam jugak la... kalau mabuk lauk habis la korang. hehheeh tapi bila sampai memang tak akan mabuk laut dah. sebab tempat dia memang best gila.
lihatlah view yang cantik. okay saya memang pendek. huhuhu terselit di belakang. yang depan tu pensyarah kami. dalam kelas bukan main garang. ahahahahah.... sampai sampai nampak view yang menarik terus selfie. masa nie muka semua suci dan besih putih putih berlaka. hahahaha serius air dia jernih gila very clear. kami nampak baby shark. kalau tak silap saya baby black tip shark. kalau silap maafkan hamba ya. baru belajar. nemo dory semua ada. lagi satu baracuda pun ada.
see bertapa jernihnya air dia. memang best snorkeling nie. mula rasa takut la jugak. yalah kita tak penah pakai semua benda alah nie. hahahhhaa. kami p dengan agent jadi masa nak balik tu x payah la nak tunggu lama lama. satu kelebihan jugak kalau korang ambik package dia agent nie. nanti saya bagi facebook dia nah.
hahahaha tengok tu sampai tak sedar orang ambik gambar. hhuhuhu. okay kami ambik package dari fb BAIE SCUBA maaf tak boleh bagi link sebab line slow. tapi saya da gambar fb dia.
Saturday, August 20, 2016
BIHAN GORGEOUS EYESHADOW ( BGE )
hai holla holli cikibum.. mai sini kami nak habaq dekat hampa semua. NABIHAN MAKEUP ada keluarkan product terbaru. tapi kami baru sempat ja update blog. hehehehe. mesti hampa nak tau kan? selain set kening tanpa cukur dengan set makeup by bihan. hampa boleh la tengok post kami yang sebelum nie. hampa boleh ja tekan link di bawah kalau nak tengok. heheheh
1 bihan girly makeup
2 set kening tanpa cukur
okay product yang terbaru adalah jeng jeng jeng !!!! BIHAN GIRLY MAKEUP GORGEOUS EYE SHADOW serius memang cantik menarik tertarik. kalau pakai memang menawan orang tengok. siapa tak beli memang rugi baq hang!!!
ada dua jenis warna eyesahdow ni satu soft coffee yang kedua dark coffee. memang sesuai dengan semua jenis kulit. warna eyeshadow dia jugak sesuai digunakan untuk makeup siang dan malam. kira memang jimat kalau beli. senang nak guna dan tahan lama. itu yang penting.
nie adalah contoh eyeshadow yang dipakai sendiri oleh Bihan. memang cantik kan? serius saya pun grab satu buat koleksi heheheheh. geram tengok eyeshadow yang cute miut nie. hehehhehee
serius memang cun lah kalau siapa pakai eyeshadow nie. memang tak tipu. ramai dah yang dah grab eyeshadow nie. korang tunggu apa lagi. masih tak percaya dengan saya? kejap cek update testimoni nah.
hah nampak natural ja kalau pakai eyeshadow nie. memang rugi lah kalau tak beli. pakai pulak degan set bihan girly makeup memang terbaiklah. cun ja.
Thursday, August 18, 2016
"Segmen Ucing Mencari Binatang"
ada kaki tapi tak pandai berdiri,
makan minum di mulut itu pasti,
nama binatang cari lah sendiri."
Jawapan ada dalam video Ucing Frozen.Cari dan beri jawapan pada komen di bawah.Syarat Segmen Ucing Mencari Binatang adalah mudah:
1) Follow Blog Ucing dan Google+
2) Buat Tajuk Post "Segmen Ucing Mencari Binatang"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda dan Jawapan Sekali di Bawah Komen ini.
jawapan saya adalah kucing..
Friday, August 12, 2016
HOW TO KAYAK
hai semua. Alhamdulilah hari ni ada masa sedikit nak update blog kesayangan hamba. *isk isk cried while update blog. hahahahah lawak je. okay disebabkan semua orang tahu saya masih lagi berlajar dalam bidang pelancongan di PTSS. okay siapa yang tak pernah berkayak? mesti adakan.
okay saya dengan kawan saya ada masuk pertandingan buat video educational tentang kayak.. pertangdingan ini lawan semua Politeknik Malaysia. jadi sambil korang support korang boleh jugak belajar pasal kayak. kalau korang cuba mesti nak main lagi kayak.
saya harap korang semua dapat support video kami dan tolong naikkan viewers dengan like kami nah. jasa anda amat kami perlukan. Ribuan Terima Kasih kami ucapkan.
korang boleh jugak cari dekat youtube. search " eMCC Ptss JPH kayaking " ataupun korang boleh ja tengok di blog saya nie. thanks awok semua
Monday, July 25, 2016
RIANG RIA RAYA!!!
horayyyy horeyyyy. okay sebenarnya baru lepas siap buat kerja law. Ya Allah ingatkan ambik pelancongan tak ada law rupa-rupanya ada subjek law. erhhhh pecah pala. tapi tu bukan tujuan saya hari nie. heheheh hari nie nak cerita raya yang tak berapa nak raya. huhuhuhu raya tahun nie sekejap jah 1 minggu huhuhu.
okay raya tahun nie beraya dekat rumah atuk sebelah ayah dekat changlun jah. heheheheh dekat ja kampung saya. tak pernah nak merasai jalan jauh nak balik kampung. paling jauh kampung dekat jitra. heheheheh kedah jugak.
dekat rumah atuk. atuk setiap tahun tak pakai baju panas katanya. hahahahaha lagipun dia kata seksi sikit. tahun nie tak ada tema yang tetap. semua warna warni. dekat kampung belah ayah ramai sepupu yang dh kawin. huhuhuhu.
dengan my kak long dan sepupu yang havoc. setiap kali kak long balik mesti ada ja projek nak di buat oleh kami masa raya. hahahaha salah satunya tengok wayang. heheheheh best keluar dengan mereka nie.
okay sebelah petang pulak kami balik umah atuk sebelah emak plak. biasalah kampung dekat jah. tapi raya tahun nie kena hujan dari pagi sampai petang. jadi tak berapa best la nak beraya. huhuhuhu tapi bersyukur dengan rahmat Allah.
yeahhhh finaly dapat jugak bergambar satu family. walaupun warna warni. heheheheh raya dekat kampung belah emak selalu kenyang sebab ada nasi empik dengan sambal ikan bilis mak lang. yummmy. lupa nak ambik gambar InsyaAllah kalau ada rezeki saya tunjuk macam mana nasi empik dengan sambal ikan bilik ya. hehehehhe
nie adalah sepupu yang paling rapat macam kakak dah kepada saya. bila balik kampung mesti jumpa mereka. selalu layan kepala saya yang senget nie. heheheh the best sepupu. masa raya lagi havoc dengan karenah selfie welfie dengan diorang. terlalu banyak gambar sangat dengan diorang. kak ayien denagn kak angah.
okay sampai sini sahaja saya mampu bercerita. sebenarnya banyak lagi gambar yang nak post tapi line internet sangat mencemburi saya. huhuhu insyaAllah lepas nie banyak lagi cerita yang saya akan update. adios amigos
Tuesday, July 19, 2016
Warna Lipstick Paling Popular 2016
Beige
Friday, July 1, 2016
kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan
1) Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti Firman Allah bermaksud:“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) .Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
3) Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
4) Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
5) Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
6) Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4).Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
7) Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.sumber blog rahmanbashri
Sunday, June 26, 2016
Pencarian Bloglist Bulan Julai
Hai..Ni kali kedua Aina buat segmen untuk bloglist..Hope ramai yang join
*10 PESERTA YANG BERTUAH AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST AINA SELAMA SEBULAN
*PEMENANG AKAN DIPILIH MENGGUNAKAN RANDOM.ORG
Friday, June 10, 2016
BONIA BAGS FOR WOMEN TO OWN
you don't know how to buy the bag? you want a quality bag during Hari Raya? Now I want to share with your Bonia Bags From ZALORA.
Thursday, June 9, 2016
Ramadhan
harap masih tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. alhamdulilah masih lagi dapat menyambut ramadhan pada tahun ini. walaupun dah berpuasa 4 hari hehehehe. yahhh berat badan macam bertambah bukan turun. huhuhuhu. mak masak sedap kot
ramadhan tahun nie dapat berpuasa bersama keluarga tahun lepas sambut puasa dengan politeknik ja. heheheeh tahun nie sempat sebab masuk poli 16/6. puasa tahun nie sederhana sahaja uallls. jimat duit sikit. membazir beli dekat bazzar. beli kuih je tahun nie. yang lain semua masak.
okay sampai sini saja boleh coret. tak ada idea dah. huhuhu sebab lama tak karang. okey selamat menyambut bulan ramadhan ya.
Tuesday, May 10, 2016
Alhamdulillah keputusan bagus
Assalamualaikum
Hey kau cubalaah jujur padaku. Hhehehee hati happy sebab tu boleh menyanyi. Alhamdulillah keputusan sem nie terbaik. Syukur sangat. Memang tak terkata la. Dalam hati nie nak menangis ketaw semua da.
Kiranya tak sia² la masuk hutan buat praktikal test hari tu. Bersekang mata study for final. Alhamdulillah rezeki Allah bagi kepada saya. Terharu
Cukuplah saya bagi tahu sem nie saya masih kekalkan pointer saya. InsyaAllah sem depan berusaha lagi sebab ada subjek killer. Memang koma la lepas nie study. Nak hadam segala teori cheq oiiiii. Jadi silalah siapkan diri anda dengan kuat fizikal dan mental. #mentalkoyak
Cukuplah saya coretkan di sini. Assalamualaikum. Yeayyyy nak mintak hadiah dekat my Ayah. Xoxoxo bye
P/s : sekarang saya suka ambik gambar bunga :)
Monday, May 9, 2016
Instagram ( Handphone review )
Assalamualaikum
Yayyyy I'm back. Hahahahha ketagih nak update blog kesayangan nie. Baru baru nie tak la baru sangat. Heheheheh korang selalu tengok orang jual handphone dekat instagram kan? Murah dan berbaloi. Tapi takut kena tipu? Ni mai cheq nak habaq yang trustseller punya.
Depa punya phone memang tiptop punya. Murah, quality baguihhh. Hampa nak phone apa? Huawie, iPhone, samsung,oppo macam² lah ada. Rambang mata cik oiiiii. Myset, original set semua ada.
Lagi satu harga hampa tak payah nak habaq la. Memang kaw punya murah. Tapi kalau hampa nak benda murah mesti la kena sabar. Sebab dia pre-order. Cheq pun beli order bulan 12 sampai tahun nie. Memang lama tapi berbaloi dengan harga yang murah. Handphone pon quality.
Meh cheq nak habaq depa punya instagram. Instagram depa nama GADGETMURAHHEQ cepat² la hampa p follow. Dep nak buka order untuk bulan 6 plak. Pi cepat la. Lekaih². Oppssss nie bukan iklan berbayaq nah. Nie cheq review sendiri nah. Cheq beli dari depa hokehhh.
AKAN DATANG
Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah lama tak berblog nie rasa rindu pulak. Heeheheh sebenarnya bukan tak ada masa nak blog tapi ada masalah dengan laptop hamba. Alhamdulillah hari nie saya update dengan handphone.
Hari-hari aku rindu dengan blog. InsyaAllah lepas nie akan ada banyak cerita dalam blog nie. Walaupun hambar. Hahahahah tapi agak-agak ada orang baca lagi tak blog hamba yang dah lama bersawang nie?
Lagi satu kita ada nak updated product review terbaru dari bihanmakeup. InsyaAllah tak lama lagi akan dilancarkan. Hehehehe memang terbaikk la set makeup bihan nie. Tunggu tau updated yang akan datang. Muahciked
Wednesday, March 9, 2016
RANDOM UPDATE ( SHORT UPDATE )
Saturday, February 6, 2016
" Segmen Ucing Nak Url 3 "
Segmen Ucing Nak Url 3
Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?
Syarat-syarat nya Mudah :
1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.
Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!
Mascara DUOYA @ Mascara Che Ta
Air Being Thick Style Eye Mascara
● Siapa nak bulu mata BERBENTUK seperti pakai bulu palsu???
● Memanjangkan bulu mata
● Melentikkan bulu mata 2X ganda
● Melebatkan bulu mata (superdense)
● Waterproof
● Tidak mencomotkan
● Tidak berketul
● Senang di cuci
● Mesra wuduk
● Tiada panda eyes
● Fiber tidak gugur di muka
● Fiber maskara tapi dalam 1 bekas
● Berus lebih besar dan senang nak calit
● Sgt menjimatkan masa
● Tahan lama
● Kesan seperti memakai bulu mata palsu
Thursday, February 4, 2016
Practical test at Sungai Sedim Kulim DAy 1
Ya Allah lama benor teman tak update blog nie. udah bersawang blog teman. nie teman nak kabor teman ada cerita baru nie. Allhamdulillah selamat pulang sudah dari pratical test di sungai sedim kulim kedah. korang dah sedia maklum yang saya budak tourism management kan? hahahah nie adalah salah satu test yang kami hadapi. selama 4 hari 3 malam di hutan.
Di daerah Kulim terdapat satu tarikan yang popular iaitu Sungai Sedim. Terletak di Kampung Sedim, lebih kurang 33 km dari bandar Kulim, Kedah. Nak pegi tempat ni boleh tahan jauh dari lebuhraya PLUS. Memang masuk kampung betul la. memang mencabar jugak lah. like seriusly saya tak pernah lagi buat aktiviti lasak macam nie. rasa bangga jugak la dapat buat semua aktiviti. *sambil menagis
kami bertolak dari politeknik tuanku syed sirajuddin dari pukul 8:30 pagi. dan sampai pada pukul 1 lebih kalau tak silap saya. kami berehat di kem sg sedim dulu sebelum mulakan hiking pada pukul 3 petang. bila semua orang dah ready dan packing barang kami mula mendaki. pada hari pertama kami mendaki hujan turun tapi tak lebat. masyaAllah banyak gila pacat memang saya menagis gila-gila sebab geli dan takut. ehheeheheheh.
nie adalah jalan yang kami daki. hohohoho bagi saya memang penat sebab saya tak penah hiking lagi. memang tak tinggi sangat tapi memang mencabar. kami juga kena meredah air sungai untuk ke tempat yang kami nak tuju. memang mental koyak la pada hari pertama dengan penat + pacat. arhhhhh geli balik bila ingat pacat. huhuhuhu.

jadi tunggu sambungan cerita nie untuk hari kedua. hari kedua aktiviti memang best gila. tunggu tau.