Wednesday, September 29, 2021

"Malasnya Nak Make Up Tebal-Tebal!" - Gunakan 5 Cara Simple Ini Untuk Tampak Menawan

 Ada tiga jenis wanita dalam dunia ini. Ada yang suka pakai make up tebal, ada yang suka pakai make up sikit-sikit je dan ada tu tak suka pakai make up langsung!


Tak semestinya tak make up tebal, tak cantik. Sebenarnya boleh aje anda pakai make up yang simple/light tapi wajah anda masih nampak seolah-olah anda memakai make up yang tebal. Ada tips yang perlu anda tahu dan belajar.

Ingin tahu bagaimana? Baca di bawah:


1. Pelembap kulit wajah (moisturizer) yang mempunyai SPF


Kalau tak nak guna concealer atau foundation, anda boleh gunakan moisturizer. Dengan moisturizer muka anda akan nampak lagi fresh. 


2. Pilih warna lipstick yang lebih terang




Anda boleh gunakan lipstick yang berwarna terang untuk nampak lebih menyerlah walaupun sebenarnya anda tidak memakai full makeup pun. Dengan warna yang betul pun sudah boleh nampak lebih WOW!

Nak guna liptint pun boleh. Barulah nampak ala-ala Korean girl!


3. Gantikan foundation dengan CC Cushion

Satu lagi tips yang menarik adalah anda hanya perlu gunakan CC Cushion Foundation ini tanpa perlu menggunakan foundation langsung.

Dengan CC Cushion, anda boleh meratakan tona kulit sebab CC Cushion ini merupakan color correcting cream. Jadi, ia akan menutupi parut dan juga bintik-bintik hitam di wajah. Boleh juga tambah blusher atau bronzer untuk tampak lebih cantik.


4. Gunakan maskara sahaja. Hampir lengkap dah make up anda!


Tak perlu eyeshadow pun. Anda boleh guna maskara untuk bahagian mata. Memang nampak lebih natural. Anda juga digalakkan guna maskara yang lebih volume untuk bulu mata nampak lebih tebal.


5. Tips terakhir, kening mesti kena on point

Kalau tak nak nampak over, andaboleh elakkan code berwarna hitam. Guna warna coklat atau coklat gelap.




No comments:

Post a Comment