Wednesday, September 23, 2015

random update lagi :)

asalamualaikum


rasanya dah bersawang dah blog nie. mungkin dah tak ada orang yang membaca. alhamdulilah dapat jugak update blog nie. sebelum nie tak ada laptop sekarang baru ada laptop walaupun laptop secondhand tapi boleh juga buat kerja. tinggal berapa minggu lagi nak final exam rasa takut pun ada. doakan  saya berjaya menjawab.

sedar tak sedar dah nak habis dah sem satu di politeknik. bersyukur sangat dapat sambung belajar. tekad dalam hati nak banggakan mak dengan ayah. bila dah habis nanti nak tolong mak ayah. terima kasih mak dengan ayah sebab membesarkan akak.  bila berjauhan dengan mak dengan ayah baru rasa sunyi dengan rindu semua. walaupun setiap minggu balik. hihihi selagi boleh balik  balik lah.


sampai sini saja saya mampu mencoretkan cerita. insyaAllah lepas nie akan kerap update blog kesayangan ini. last SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam. bye xoxo


Thursday, August 6, 2015

Lovely

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat lagi buka blog kesayangan ambo nie. Setelah sekian lama biarkan bersawang. Mintak maaf la sebab sibuk dengan kuiz di politeknik tuanku syed Sirajuddin.


Sebenarnya banyak cerita saya nak menceritakan kepada korang. Selain dapat pengalaman saya juga mendapat kawan baru di sini.bersyukur kepada Allah kerana memberikan rakan yang baik. Terharu sangat.Aktiviti di sini selepas habis kelas hummmm selalu saya tidor ja. Hahahaha sebab malas nak keluar tapi kadang kadang saya keluar beriadah dengan sahabat saya di tasik yang terdapat dalam politeknik.

Mereka bertiga nie jiran bilik saya yang sangat sporting dan peramah. Baik saja dengan saya di kala susah dan senang. Dari depan Farhana,.Balqis dan Syira lagi sorang Mimi tapi maaf tak ada gambar.

Sampai di sini saja saya bercerita. InsyaAllah dapat laptop baru boleh update sedia blog. Hihihi









Thursday, July 16, 2015

short post

asalamualaikum

lama rasanya tidak update blog kesayangan nie. bersawang dah. huhuhu. sebenarnya saya sibuk dengan belajar. tiada masa untuk update blog nie. maklum lah baru sem 1 nie baru nak belajar erti kehidupan seorang siswi.

alhamdulilah di tempat belajar saya boleh sesuaikan diri. yang untungnya rumah dekat dengan tempat belajar. setiap minggu boleh balik buka puasa dengan keluarga. hihihi ramai kawan-kawan jeles dengan eden. sudah akhir ramadhan ini saya nak mintak maaf kepada yang mengenali saya.

insyaAllah kalau ada masa saya update post tentang raya saya di kampung. sekarang nie mood nak kemas rumah. hihihi bye jumpa lagi.

Wednesday, July 1, 2015

Sunday, June 14, 2015

Tahniah Dr Fatin Liyana Asri

Assalamualaikum

Tadi tengah usya facebook tgk satu pic nie macam nak kenal. Tiba-tiba tekejut tegok fatin liyana. Ya Allah segak nak mati oiii. Alhamdulillah beliau sudah menjadi milik Dr Anwar

Sebenarnya saya mula tertarik minat dengan blog nie ketika saya baca blog Dr FL  nie la. Blog dia simple sangat. Tuan blog sungguh comel.

Beliau juga seorang yang sangat baik dan peramah. I wiss dapat jumpa dengan Dr FL. Saya ada ambik beberapa keping gambar dekat facebook beliau. Harap korang enjoy. Kalau korang nak banyak lagi gambar menarik boleh cari facebook beliau. Sungguh cantik dan comey ja Dr FL dan Dr Anwar nie tangkap gambar. Saya harap semoga bahagia hingga ke anak cucu. Cepat2 dapat baby. Hahaha layan la gambaq FL yg comey nie.

Tuesday, June 9, 2015

SAHABAT




When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

Sunday, May 17, 2015

Alhamdulillah

assalamualaikum dunia *sambil nyanyi lagu faizal tahir

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sy dapat jugak sambung belajar. sebelum nie tak dapat universiti rasa putus asa ja. huhuhu menangis kesedihan.

bila nak belajar tapi kena masuk kolej swasta. memang nak masuk mintak dip pengurusan sumber manusia. tapi sekali lagi rezeki tak ade. huhuhu keluarga kurang mampu untuk masuk kolej swasta. lagi sekali putus asa.

tiba-tiba teringatkan politeknik terus buka chek. huhuhu terharu dapat juga. akhirnya dapat sambung belajar. dapat dip pengurusan pelancongan. ye mmg biasa tapi kalau berusaha insyaallah berjaya.

maaf ye kalau cerita agak singkat sebab sekarang tengah kerja. post pun guna fon je. hihihi bye2