Thursday, August 28, 2025

Permulaan Baru?

 halloooooo......


wah dah lama tak tulis dekat blog ni wehhh. sekarang aku aktif dekat tiktok ja. sebab apa tiktok????? sebab aku buat affilatte wehhh. lepas kawen aku resign kerja dan jadi suri rumah. kadang2 aku buat part time macam makeup, housekeeping dan affiliatte tiktok ni lah. Allhamdulilah walaupun tak banyak macam gaji time ake kerja dulu tapi still ada rezeki tu. husband aku pun provide semua. segala comminment aku dia bayar kadang2 siap boleh pi makan2 luar lagi tau.


aku x prepare apa pun ni tulis dekat blog ni. nanti kalau ada masa lapang lagi ( banyak ja masa lapang tapi malas nk on laptop) aku akan cerita macam2 dalam ni tau. okay itu saja nak luah dekat sini. bye2 hampaaaa

Monday, April 14, 2025

Mekap Tahan Lama Dan Tak Bercapuk

 Kalau anda nak mekap tahan lama dan tak bercapuk, ada beberapa tip yang patut anda buat sebelum bersolek. Mudah cuma jangan skip!

Ada banyak faktor yang menentukan sama ada solekan anda boleh kekal lama atau tidak. Selain kualiti produk yang digunakan, cara pakai juga kena betul ya.


Mekap Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Ikut 5 Langkah Ini

Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan mekap, pasti anda rasa keliru tentang produk yang perlu digunakan untuk memastikan makeup tahan lama.

Ikuti 5 tip mekap tidak bercapuk dan tahan lama yang kami sediakan di bawah:

1. Penjagaan Wajah Lengkap

Sebelum memakai makeup, pastikan anda  mencuci wajah, exfoliate dan juga memakai pelembap.

Bak kata jurusolek profesional – tips makeup tahan lama 70% datangnya daripada persediaan dan keadaan kulit muka sebelum disolek.

30% lagi barulah datang daripada aplikasi makeup itu sendiri! Jadi, penjagaan kulit wajah sangatlah penting.

Cuci muka 2 kali setiap hari. Jangan lupa pakai pelembap dan juga pelindung matahari. Jika boleh, lakukan exfoliation 2 kali seminggu.


Selain penggunaan pemilihan produk penjagaan kulit yang berkualiti, anda juga boleh makan secara sihat, minum banyak air dan dapatkan rawatan pakar sekiranya menghidap masalah kulit tertentu.

2. Pakai primer

Pemakaian primer sebelum solekan sangat penting. Primer dapat membuatkan pori wajah nampak lebih kecil.

Selain itu, ia juga dapat membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian makeup.

Tip: Anda boleh gunakan primer yang berbeza untuk serlahkan makeup pada kawasan wajah yang berlainan. Contohnya, gunakan primer mata untuk pastikan pembayang mata lebih jelas.



3. Pilih Foundation Yang Tepat

Selain membeli foundation yang berkualiti, pastikan warnanya juga sama dengan kulit wajah! Jika tidak, nampak bercapuk nanti!

Beli makeup juga satu pelaburan tau! Oleh sebab itu, elakkan membeli alat solek mengikut nafsu. Lakukan perbandingan dahulu sebelum membeli.

Jadi, pilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan makeup nampak bercapuk. Foundation jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding foundation lain.

Jika anda mempunyai kulit kering, cuba cari produk yang mempunyai asid hialuronik untuk pastikan wajah sentiasa hidrat.



4. Pakai Mekap Nipis

Rahsia makeup yang tahan lama bukanlah kuantiti yang banyak. Ia terletak pada teknik anda mengaplikasikan solekan tersebut.

Jika anda ingin memakai foundation, pastikan anda aplikasikan dengan nipis. Kemudian, tunggu ia kering terlebih dahulu jika ingin tambahkan lapisan kedua.

Akhiri pemakaian foundation dengan bedak. Pemakaian bedak dapat memastikan solekan tahan sepanjang hari.

5. Spray Wajah

Akhir sekali, jangan lupa gunakan spray makeup tahan lama!

Setting spray akan memastikan solekan anda tidak bergerak dan sukar tertanggal. Malah, ia akan membuatkan kulit tampak lebih glowing!

Elakkan menyentuh muka dengan tangan. Ada banyak kotoran, minyak dan juga bakteria yang melekat pada tangan kita.

Hah, kalau nak elakkan jerawat, jangan sesekali pegang muka dengan jari anda ya.





Wednesday, June 1, 2022

baru muncul untuk 2022

halooooo. wah dah lama tak buka blog ni. dah bersawang lama sangat ni. last post dah tahun 2021. tahun ni baru lah nak tengok blog yang lama di tinggalkan ni. hahahahaha. okay sekarang nak cerita sikit pasal diri sendiri. sebab dah lama kan menghilang dari dunia blog ni. padahal waktu pkp dulu masa free banyak tapi tak mau pun update blog ni. hahahha #acahbusy.





okay boleh panggil nama saya ifa. tapi ada yang panggil pah ada yang panggil lola. hahahah banyak nama kan. tuan punya badan pun pening kadang-kadang. okay umur dah 25 tahun untuk tahun ni. hahahahaha. dah tua. masih lagi mencari hala tuju. okay sekarang berkerja sebagai customer relation executivetempat dirahsiakan, mana boleh bagitau satgi kantoi lah. hahahaha

okay kali ni memang akan lebih aktif lah dekat blog ni. sebab sini saja temapat yang boleh luah semua benda. macam macam benda yang terjadi. tambah diri ni sekarang jauh dari family. rindu gila. insyaAllah akan rajinkan diri untuk update blog ni. tapi kalau ayat tunggang terbalik jangan marah nah. okay sampai sini dulu. nanti kita update lain.


p/s: kalau ada typo tu harap maaf ya. ahhahahaha




Wednesday, September 29, 2021

"Malasnya Nak Make Up Tebal-Tebal!" - Gunakan 5 Cara Simple Ini Untuk Tampak Menawan

 Ada tiga jenis wanita dalam dunia ini. Ada yang suka pakai make up tebal, ada yang suka pakai make up sikit-sikit je dan ada tu tak suka pakai make up langsung!


Tak semestinya tak make up tebal, tak cantik. Sebenarnya boleh aje anda pakai make up yang simple/light tapi wajah anda masih nampak seolah-olah anda memakai make up yang tebal. Ada tips yang perlu anda tahu dan belajar.

Ingin tahu bagaimana? Baca di bawah:


1. Pelembap kulit wajah (moisturizer) yang mempunyai SPF


Kalau tak nak guna concealer atau foundation, anda boleh gunakan moisturizer. Dengan moisturizer muka anda akan nampak lagi fresh. 


2. Pilih warna lipstick yang lebih terang




Anda boleh gunakan lipstick yang berwarna terang untuk nampak lebih menyerlah walaupun sebenarnya anda tidak memakai full makeup pun. Dengan warna yang betul pun sudah boleh nampak lebih WOW!

Nak guna liptint pun boleh. Barulah nampak ala-ala Korean girl!


3. Gantikan foundation dengan CC Cushion

Satu lagi tips yang menarik adalah anda hanya perlu gunakan CC Cushion Foundation ini tanpa perlu menggunakan foundation langsung.

Dengan CC Cushion, anda boleh meratakan tona kulit sebab CC Cushion ini merupakan color correcting cream. Jadi, ia akan menutupi parut dan juga bintik-bintik hitam di wajah. Boleh juga tambah blusher atau bronzer untuk tampak lebih cantik.


4. Gunakan maskara sahaja. Hampir lengkap dah make up anda!


Tak perlu eyeshadow pun. Anda boleh guna maskara untuk bahagian mata. Memang nampak lebih natural. Anda juga digalakkan guna maskara yang lebih volume untuk bulu mata nampak lebih tebal.


5. Tips terakhir, kening mesti kena on point

Kalau tak nak nampak over, andaboleh elakkan code berwarna hitam. Guna warna coklat atau coklat gelap.




Wednesday, July 28, 2021

why every girl should have a guy best friend



Friends are a lot like you family. In fact you share your secrets only with your friends. There is a beauty to this relationship. However the best kind of friendship is between a girl and a guy.  A truly platonic relationship with a boy is probably the best thing ever. Girls who have more male friends will relate to this. And we will give you 6 reasons why every girl should have a guy best friend




There is no drama at all

Having a guy best friend will keep you away from any kind of drama. There will be no jealousy. Your fights will end in just ten minutes, because keeping a grudge just doesn’t exist. Your BFF will make sure that you get the best of everything and will do everything possible to bring a smile to your face.




He will tell you honestly if you look bad

With men you can be sure that they will never lie to you. They will always be honest about the way you look or about a certain situation. They won’t care if you feel bad, because being honest with you is what they prefer

Your secrets are safe with him, even after a fight

Share the deepest secrets of your life and let us tell you it will be safe with him. Even if you guys have a fight and go months without talking, he will keep your secrets safe.  There is no place for bitchy behavior when you have a guy best friend.




They will ensure you have the best boyfriend

Since he is a man, he understands other men well. He will know who is  a jerk and who is a keeper. So that means you will never have to date the wrong guys. He will make sure that you get the best boyfriend and he will always look out for you.

They will never judge you

Be in your worst self possible and they will still not judge you. You will always have a friend by your side irrespective of how disgusting you behave or how bad you look. They will never judge and will always be your partner in crime.



Your safety is guaranteed

With a male best friend with you all the time, you can be sure that you are safe wherever you go. If you are in trouble, ever, he will be the first person to be there and pull you out of trouble. He will fight for you and stand up for you because he can’t tolerate anybody hurting you.

 



Well, I would end it here not that I can’t come up with more but it’s just that 6 is more of a cool number and that I think these are well testified reasons enough for you to hunt a guy best friend ASAP!!

Wednesday, July 21, 2021

SMILE IN PAIN

I'm fully tired of pretending like I'm okay. Many things have not healed from my pain. But I still can smile and joke around during the day.. 

Wednesday, April 14, 2021

SALAM RAMADAN 2021





salam ramadan. Alhamdulilah di beri kesempatan lagi untuk sambut puasa pada tahun ini. InsyaAllah pada bulan puasa ini tinggal yang buruk  ambik yang baik. Pada bulan ni mari kita sama-sama berlumba untuk buat kebaikkan. 

Sunday, January 31, 2021

5 Tips Hias Bilik Sempit✨


1. Gunakan warna pastel

Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. 


Justeru, apa salah gunakan warna pastel atau warna yang lembut, cair dan pucat. Salah satu cara gabungkan warna putih dengan warna segar seperti hijau.

2. Perabot dan Tempat Penyimpan 

Ada yang beranggapan bilik yang kecil memerlukan perabot kecil juga bagi memberi ilusi supaya bilik tidur nampak besar. Sebenarnya tidak, jika perabot kecil akan menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak. 


Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sudah memadai. Sebaiknya gunakan perabot jenis ‘multipurpose’ atau pelbagai guna dan fungsi.

Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai tempat penyimpanan pasang siap atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja dan almari pakaian dengan pelbagai ruang penyimpanan serba guna.

Utk ruang sempit, letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan keluasan pada ruang lantai. Hadkan penggunaan meja tepi katil kepada satu berbanding dua manakala di sudut kosong diletakkan lampu lantai. 


3. Cermin

Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu. 


4. Percahayaan

Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.

Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.

5. Aksesori Dekorasi

Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan.

Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar. 

Sumber: petuaseharian.blogspot

Monday, January 11, 2021

"Giveaway by Blog Tangan Gebu"

 



Haii. Tengah blog walking sebab dah lama tak buka blog. tertiba terjumpa contest giveaway ni. Teringat zaman muda dulu ( mcm tua sangat ) selalu join contest kawan-kawan blogger. hari ni tertiba Teringin nak join contest blog tangan gebu ni.

kalau korang berminat nak join. klik ja banner dkt atas tu yaaaaa. Enjoyyyyyyy ... kita hidupkan balik ZAMAN BLOG 

muahhhh cikeddddd

2021 new chapter

 hai hollaaaaa. wahhhh sudah 2021 mehhh. sudah makin tua ni. huhuhuhu. tak banyak nak taip sebab tak ada idea nak taip apa. tapi dalam kepala ni macam macam nak luah tapi tak tau nak bagitau mcm mana. harap tahun ni semua yg dirancang menjadi yang terbaikk.




Wednesday, December 9, 2020

MERAPU KEJAP

 Assalamualaikummmmmm......

 lama tak update blog ni. selalu saja buka blogwalking tapi jarang nak tulis post dekat sini. banyak yang nak tulis tapi tak tertulis. tapi sekarang aku tengah ada kawan yang best2 sangat. alhamdulilah dapat kawan yang baik sentiasa tolong. sekarang ni nak taip panjang pun susah. hahahaha dah lama tak tulis post panjang. zaman muda dulu ( tua la sangat ) jiwa tengah rancak nak buat blog. hahahahah. sekarang aku tengah kerja. study pun dah lama habis. bila dah habis study ni rindu plak suasana nak belajar. kenangan yang dilalui. wahhhh tiba2 rasa nak keluar air mata pulak rindu. (gediks)


okaylahh tak tau nak taip apa tahhh. hahahaah byeeee....





Tuesday, September 1, 2020

random update

Sakit menunggu orang. Sakit sangat pendam perasaan dekat hati ni. Mungkin orang lihat aku sentiasaa senyum dan happy. Tapi hati aku orang tak nampak. Penat wehh.... Penat..... Sakit..... Semua ada. Semua tak kena 😔.

Tuesday, August 25, 2020

Friday, January 17, 2020

KERJA OH KERJA

Hai  hampaa semuaaaa.


Lama tak menulis ni rasa lain pulak. Lama tak update blog. Selalu blog walking saja. Rasa rindu masa zaman study dulu. Bila dah masuk alam pekerjaaan ni rasa dia tu lain macam stres dia tu lain macam. Masa zaman study  dulu stress dia aku boleh handle lagi. 

Kadang-kadang tak ada masa dengan diri sendiri. Nak bersiap macam dulu pun dah tak sempat. Nak buat hobi yang aku minta dulu pun tak ada masa. Bila kerja menggunakan  otak ni penat dia lain macam. Dulu sebelum aku kerja tempat baru ni, aku rasa okay ja. Happy dekat tempat kerja. Ohhh dulu aku kerja cafe. Serius aku lebih suka penat badan dari penat otak. Kerja office ni bukan aku minat sangat. Tapi family yang paksa kerja situ.



Tempat kerja aku dulu boss semua okay, kawan tempat kerja pun okay. Cuma gaji aku tak banyak mana. tapi hari-hari aku pergi kerja dengan happy. Tak pernah lewat, best sangat. Tempat kerja sekarang kawan kerja okay masuk kepala apa semua. Cuma kadang2 tu ada benda yang buat aku stress. Aku malas nak cerita tapi sebab benda tu boleh buat aku stress sedia. 


Okay sampai sini saja aku cerita. Nak luah dekat kawan-kawan aku tak pandai nak share. Sini saja tempat aku menulis semua apa yang aku rasa. Blog ni ibarat diari hidup aku dah. 

Sunday, December 8, 2019

FINALLY DAH BOLEH BUKA BLOG



ALHAMDULILAH.......

setelah seikan lama blog ni tak boleh buka. Akhirnya dapat jugak buka *menangis sambil makan*. Rindu gila nak update blog. Last update dulu March 2019, lama giley. Banyak pengalaman yang aku nak cerita dalam ni. Serius banyak yang nak luah. hehehehehh


First, aku dah habis study Diploma. ya sampai Diploma ja mampu nak oiii. otak ni tepu saja dok belajar. tapi rindu jugak nak buat assigment. huhuhuhu. aduhh dah lama tak menulis dalam blog ni rasa tak tahu nak buat ayat macam mana sebab terlalu excited blog dah boleh buka. hari ni cukup kot sampai sini aku menulis sebab ni pun curi masa dekat ofis. hahahhaah.





Image result for smiley png

Monday, March 11, 2019

10 Rutin Penjagaan Kulit Wanita Korea

Nak tampil flawless seperti orang Korea di Hari Raya yang akan datang? Masih belum terlambat lagi untuk anda amalkan 10 step-by-step rutin penjagaan kulit wanita-wanita Korea. Seperti yang ramai sedia maklum, orang Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sungguh bersih, licin dan bercahaya walaupun tanpa makeup. Setiap kali menonton drama Korea ataupun makeup tutorial orang Korea, anda pasti tertanya-tanya, “macam mana nak dapat kulit macam diaorang ni?”, kan? Mereka mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit! Bunyi macam susah je kan? Jangan risau, hari ini saya akan membimbing anda dari langkah 1 hingga langkah 10.





Langkah 1: Makeup remover + oil cleanser
Apa? Oil cleanser untuk cuci muka yang dah berminyak bagaikan kuali nak goreng ikan?! Jangan panic! Tahukah anda, oil cleanser sangat berkesan untuk menanggalkan makeup yang degil serta mencairkan daki-daki yang terdapat di muka terumatanya dalam pori-pori anda. Orang Korea percaya, jika pori-pori kita tersumbat dan tidak dicuci dengan betul, macam mana kulit kita nak serap product yang lain dengan effective? Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakan oil cleanser. Tambahan pula, terdapat banyak jenis oil cleanser di pasaran untuk semua jenis kulit.

Langkah 2: Pencuci muka buih
Orang Korea mengamalkan sikap “double cleansing” untuk memastikan segala kotoran yang terdapat di muka betul-betul hilang dan seratus peratus bersih. Anda boleh menggunakan pencuci muka buih atau foam cleanser mana-mana sahaja tetapi seeloknya guna yang sesuai dengan jenis kulit anda. Anda juga boleh menggunakan berus muka yang dijual di mana-mana kedai kecantikan.

Langkah 3: Scrub @ Exfoliator
Scrub atau exfoliator adalah sangat penting untuk menghilangkan sel-sel mati yang terdapat di muka anda serta dapat menyediakan kulit anda untuk menyerap product lain dengan lebih effective. Langkah ini hanya dilakukan 2 kali seminggu untuk mengelakkan kulit anda mengelupas dan kering akibat menyental muka setiap hari.

Langkah 4: Toner
Toner berfungsi untuk mengimbangkan level pH kulit anda serta menghidrat kulit anda supaya lebih senang untuk menyerap product yang lain. Anda boleh menggunakan cotton pad dan sapu muka anda secara perlahan-lahan atau menuang toner anda ke tangan anda dan menepuk toner tersebut di muka anda dengan perlahan-lahan.

Langkah 5: Essence
Langkah ini adalah langkah yang paling penting bagi semua wanita Korea. Langkah ini juga merupakan langkah yang paling effective dalam penjagaan kulit. Apa itu essence? Essence ialah sejenis product yang berfungsi sebagai toner dan serum. Eh, tadi kan dah pakai toner? Betul, tapi essence berfungsi untuk membaiki kulit anda serta menolong dalam perolehan sel. Cara untuk memakai essence adalah dengan menepuk product tersebut di muka anda degan perlahan-lahan.

Langkah 6: Ampoules @ Serum / Skin-booster
Ampoules dan essence hampir sama tetapi ampoules merupakan essence yang lebih concentrated. Kebanyakan ampoules mempunyai tugasnya yang lebih spesifik seperti mencerahkan kulit, menghilangkan parut jerawat, mengetatkan pori-pori dan sebagainya. Cara memakai ampoules sama seperti memakai essence. Kenapa orang Korea suka menepuk product mereka dan tidak menyapu atau “mengurut” product tersebut ke dalam kulit mereka? Ini kerana orang Korea mempercayai bahawa kulit kita akan hilang ketegangan dan senang kedut ketika usia tua nanti apabila “ditarik-tarik” dari usia muda.

Langkah 7: Sheet Mask
Sheet masks ibarat jiwa raga penjagaan kulit bagi orang Korea. Sheet masks kaya dengan essences yang baik untuk kulit seperti collagen atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu untuk memperbaharui kulit kita. Time ni lah sesuai kalau nak berselfie atau membaca dan relax kerana sheet masks disyorkan untuk dipakai selama 15-20 minit. Kena pakai setiap hari ke? Terpulang kepada anda! Jika kulit anda jenis yang lebih kering, anda boleh memakainya setiap hari tetapi jika kulit anda lebih berminyak, dua kali seminggu sudah cukup.

Langkah 8: Eye Cream
Kulit di bawah mata kita adalah area yang sangat sensitif dan halus jadi tanda-tanda awal penuaan akan nampak di area mata dahulu. Oleh itu, kita haruslah menggunakan eye cream untuk mengelakkan kedutan muncul pada usia yang muda. Cara anda memakai eye cream adalah dengan menggunakan jari cincin anda dan dab dengan perlahan-lahan di area bawah mata anda. Jangan sesekali menggosok product tersebut ke dalam kulit anda.

Langkah 9: Moisturizer
Eh, moisturizer lagi? Jangan risau, walaupun muka anda akan rasa seperti sudah dibalut dengan product seperti mummy, hasil yang akan didapati amat berbaloi. Orang Korea berkata bahwa kita haruslah sentiasa melembapkan kulit kita, walaupun kulit kita jenis yang berminyak. Jika anda tidak boleh hidup tanpa air, anda rasa kulit anda boleh hidup tanpa air? Itulah yang dikatakan kepada saya apabila saya menanyakan seorang teman Korea kenapa kita harus melembapkan kulit kita sampai begitu sekali. Terdapat banyak jenis moisturizer di pasaran jadi carilah yang sesuai untuk kulit anda dan menyapunya di muka serta leher anda dua pada waktu pagi dan malam.

Langkah 10: Night Cream / Sunblock
Ahkirnya! Langkah terakhir! Pada waktu siang, langkah yang terakhir merupakan sunblock. Walaupun anda ke kelas atau ke kerja di dalam bangunan, kita tetap akan terdedah kepada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit. Oleh kerana sinaran matahari di Malaysia tidak mengancam seperti di Korea, sunblock yang mempunyai SPF15 sudah cukup buat anda. Pada waktu malam pula, langkah terakhir adalah night cream. Selalunya, night cream yang popular dan selalu digunakan oleh wanita Korea adalah night cream yang mengandungi bahan yang diperam atau fermented.
10 langkah memang macam penat tapi percayalah, hasilnya amat berbaloi! Dan selalunya, rutin ini hanya memerlukan 15-20 minit, tidak termasuk sheet mask. Dalam masa 2 minggu sahaja, anda boleh merasai dan melihat perbezaan yang ketara. Tak perlu facial yang mahal mahal dah! Semoga dapat memanfaatkan anda semua dengan info tentang penjagaan kulit orang Korea.


SUMBER : https://jejumuslimtravel.com/10-rutin-penjagaan-kulit-wanita-korea/ 

Saturday, January 12, 2019

FIRST POST IN 2019



assalamualaikummmmm......

sudah lama tak post dekat blog ni. selalu tak sempat hari ni baru boleh update. selalu jadi silent reading blog orang ja. hahahaaha ini post pertama di tahun baru. SELAMAT TAHUN BARU *walapun dah lambat tetap nak ucap jugak* hehehehehe. sebenarnya tak banyak nak tulis ni. sudah lama tak karang ayat otak pun dah jadi tepu. kalaulah boleh dan rajin macam dulu2 update blog.

betul orang kata semakin kita dewasa semakin kita sibuk dan stress. kalaulah boleh putar masa nak duduk sekolah menengah ja. huhuhuhu. okay dah cukup merapu. ehh insyaAllah nanti saya akan update minat terbaru saya tentang ANIME hahahahah sanggup ni turun dari Kedah ke KLCC sebab nak join Comic Fiesta 2018. tunggu next post ya. #muahciked



Image result for 2019 wallpaper


Tuesday, September 25, 2018

SAHABAT

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..

TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :       
          1. Waktu         
          2. Kata-kata      
          3. Kesempatan        

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
          1. Kemarahan       
          2. Keangkuhan       
          3. Dendam   

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
          1. Harapan         
          2. Keikhlasan         
          3. Kejujuran         

Ada 3 Hal yg plg berharga: 
          1. Kasih Sayang ..         
          2. Cinta         
          3. Kebaikan         

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :         
          1. Kekayaan       
          2. Kejayaan         
          3. Mimpi         

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :         
          1. Komitmen         
          2. Ketulusan         
          3. Kerja keras        

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad         
          2. Kemahuan         
          3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
          1. Rezeki ..         
          2. Umur        
          3. Jodoh         

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :     
          1. Tua         
          2. Sakit         
          3. Kematian.  

Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..  Aamiin YRA

Tuesday, April 3, 2018

MACAM MANA CARANYA NAK PILIH WARNA FOUNDATION YANG SESUAI DENGAN KULIT WAJAH

Hai darlinggsss!!! Siapa kat sini yang macam saya? Baru nak jinak-jinak dengan makeup? Selama ni makeup jugak, cuma tak ambil tahu sangat dengan barang-barang makeup yang kita guna. Asal nampak lawa, kira okeylah kan. Kenapa pemilihan foundation shade ni sangat penting? Sebab paling utama ialah penggunaan warna foundation yang salah akan buatkan muka kita akan nampak tersangat berbeza dan tak natural. Bayangkan kalau kulit wajah kita jenis sawo matang, kita pakai shade yang cerah atau untuk kulit jenis kuning langsat, bukan ke nanti wajah kita nampak macam tersimbah cat? So, kali ni saya nak share langkah-langkah untuk kita pilih warna atau “shades” foundation yang paling sesuai dengan kita.


hta3

LANGKAH 1 : KENALPASTI TENTANG KULIT KITA
1) Ketahui dan Fahami Warna Dasar Kulit (undertone skin)
Untuk pengetahuan uolls, kurang tepat kalau kita hanya tengok pada permukaan kulit sahaja sebabnya permukaan kulit boleh berubah warna disebabkan faktor persekitaran macam sunburn atau parut jerawat dan sebagainya. Akan tetapi, kalau uolls dapat kenalpasti warna dasar kulit,  ianya sangat membantu uolls untuk dapatkan warna foundation yang paling atau hampir sesuai dengan tona kulit wajah. Berikut terdapat 3 jenis warna dasar kulit :
  1. Sejuk (Cool) : Kulit cenderung berwarna biru, merah atau pink
  2. Hangat (Warm) : Kulit cenderung berwarna emas, kuning atau peach
  3. Natural  : Kulit mempunyai kombinasi warna sejuk dan suam
2) Tentukan Warna Dasar Kulit Uolls
Ada beberapa cara dan teknik untuk kenalpasti warna dasar kulit kita. Antara test yang boleh dibuat ialah dengan menilai dan kenalpasti warna rambut dan mata, warna apa yang paling match atau sesuai pada uolls untuk dilihat, bagaimanakah uolls apabila berada di bawah sinar matahari dan apakah warna urat darah anda (veins)
  1. Warna dasar kulit adalah sejuk apabila uolls mempunyai warna rambut hitam (pure black), coklat atau perang (blonde) digabungkan dengan warna mata kehijauan, biru atau kelabu. Manakala untuk warna dasar kulit hangat apabila uolls memiliki warna rambut hitam, perang (auburn) atau perang kemerahan digabungkan dengan warna mata hazel, coklat atau amber.
  2. barang kemas perak (silver) akan kelihatan sangat padan dan sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit dasar sejuk manakala untuk kulit dasar hangat akan lebih kelihatan padan/match dengan barang kemas daripada warna emas (gold). Bagi kulit dasar natural pula, takde masalah untuk pakai silver atau gold sebab kedua-duanya sangat sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit jenis ini.
  3. Kulit dasar sejuk akan lebih cenderung untuk bertukar pink, kemerahan atau terbakar (sunburn) dengan cepat apabila berada di bawah sinaran matahari yang kuat. Kulit dasar hangat pula akan menjadi keperangan dan lebih gelap (bronze/tanned) apabila berada di bawah sinar matahari
  4. Kulit dasar sejuk memiliki urat darah berwarna biru pada pergelangan tangannya, urat darah berwarna hijau untuk kulit dasar hangat dan urat darah berwarna biru kehijauan untuk kulit dasar natural.
s-7b9c8f609536d1717b8da3e1c09a3f57b3d7577e

140404_foundation-skintones

3) Tahu dan sesuaikan foundation terbaik untuk jenis kulit anda
Secara basic, ramai yang tahu kulit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu berminyak atau kering atau kombinasi. Sesetengah daripada kita turut memiliki kulit jenis sensitif atau normal. Jenis kulit tak membantu untuk pemilihan warna foundation, akan tetapi maklumat ini sangat diperlukan untuk tentukan jenis foundation yang boleh atau paling sesuai untuk dipakai.
  1. Kulit jenis berminyak : Pilih matte finish foundation atau oil-free liquid (bebas minyak) foundation atau powder foundation.
  2. Kulit jenis kering : Pilih mosturizing atau hydrating cream foundation atau stick foundation
  3. Kulit jenis sensitif : Pilih hypoallergenic dan scent-free foundation
  4. Kulit jenis kombinasi : Powder Foundation lebih sesuai
  5. Pilih foundation yang menawarkan litupan penuh (full coverage) atau litupan sederhana (medium coverage) sekiranya mempunyai tona kulit tidak sekata (uneven complexion) dan inginkan foundation tersebut cover keseluruhan kulit wajah. Pemilihan coverage ini sangat penting untuk tentukan sejauh mana wajah kita akan kelihatan natural apabila kita mengaplikasikannya.
  6. Untuk kelihatan natural atau mempunyai tona kulit wajah yang sempurna, dapatkan foundation yang menawarkan litupan ringan (sheer coverage).
  7. Dapatkan foundation yang mempunyai SPF kerana ianya turut membantu dalam melindungi kulit wajah daripada sinar UVA dan UVB

LANGKAH 2 : MISI MENCARI WARNA FOUNDATION YANG PALING SESUAI
1) Gunakan maklumat warna dasar kulit yang diperoleh tadi untuk cuba beberapa warna/shades foundation
Untuk jimatkan masa, uolls dah boleh survey atau mengambil kira (consider) warna-warna atau shades foundation yang bakal dicuba bila berada di dalam farmasi atau makeup store nanti dengan menggunakan maklumat warna dasar kulit yang telah diperoleh awal tadi.
  1. Warna dasar kulit sejuk : pilih foundation dengan warna asas (base) rose, merah atau biru serta uolls boleh consider untuk cuba warna/shades foundation koko, rose atau porcelain
  2. Warna dasar kulit hangat : Pilih foundation dengan warna asas (base) emas atau kuning serta uolls boleh consider untuk mencuba warna/shades foundation caramel, golden, tan, shestnut atau beige
  3. warna kulit dasar neutral : uolls boleh consider untuk mencuba warna/shades foundation kuning langsat (buff), nude, ivory atau praline
2) Pilih makeup store, pharmacy outlet, atau department store yang mempunyai servis dari perunding kecantikan
Untung sangat kalau uolls boleh dapat bantuan daripada perunding kecantikan untuk pilih warna foundation yang sesuai. Biasanya perunding kecantikan ini banyak kat bahagian counter products macam MAC, NARS, BOBBI BROWN dan sebagainya. Kalau takde perunding kecantikan, uolls boleh pergi ke outlet yang ada sediakan tester product. Uolls boleh ambil masa sebaiknya untuk cuba satu-satu foundation tester yang disediakan. Kalau tak yakin, uolls boleh pergi ke outlet yang sediakan polisi pemulangan (return policy) yang mana foundation boleh ditukar kalau tersalah pilih warna/shades.
3) Cuba beberapa jenis warna/shades foundation
Berdasarkan maklumat undertone skin tadi (warna dasar kulit), uolls boleh cuba satu-satu warna/shades foundation yang dah disenarai pendek atau yang paling hampir dengan tona kulit. Lepastu, dengan menggunakan tester yang disediakan, cuba sapukan atau calitkan (dabbing) foundation pada rahang muka. Tona kulit pada rahang lebih tepat dengan warna dasar kulit dan akan tonjolkan perbezaan atau persamaan dengan warna kulit pada leher. Sekiranya outlet tak mempunyai tester, cuba letakkan botol foundation diantara rahang muka dengan leher dan tengok adakah tone warna rahang dengan leher tu sama ataupun tak.
Sama ada mengaplikasikan tester atau sekadar letakkan botol dekat dengan rahang wajah, pastikan uolls membuatnya dekat dengan tingkap atau pintu outlet (bagi outlet yang berada diluar dan bukan di dalam shopping complex) sebabnya dengan cara ni sangat bantu buatkan warna foundation nampak lebih natural atau sesuai/cocok dengan kulit wajah ataupun tak
4) Pilih foundation yang paling tepat atau hampir sama dengan kulit wajah uolls
Foundation yang terbaik adalah foundation yang seolah-olah tak kelihatan bila diaplikasikan pada wajah atau lebih tepat nampak natural. Foundation tak sepatutnya nampak menonjol pada wajah seolah-olah kita menempekkan tepung. Tugas foundation adalah seperti canvas yang lembut sebagai asas untuk aplikasi bahan makeup yang lain seperti concealer, blusher, finishing powder. Gunakan rahang wajah untuk memilih warna foundation yang boleh diadun cantik pada wajah. Foundation yang terbaik adalah yang mampu untuk menyamarkan atau melindungi cela atau kemerahan pada wajah di samping untuk terus kelihatan natural

LANGKAH 3 : OLAH WARNA/SHADES FOUNDATION
Langkah mengolah warna foundation ini dibuat sekiranya warna atau shades foundation yang kita beli atau peroleh terlalu gelap atau terlalu terang dengan kulit wajah kita atau kita mahu untuk bertukar dengan warna/shades foundation yang berbeza tanpa membeli shades foundation yang baru.
Untuk foundation yang terlalu gelap bagi kulit kita dan kita ingin untuk buatnya nampak lebih cerah atau untuk buatkan warna foundation lebih serasi/match dengan kulit wajah, salah satu caranya adalah dengan mengaplikasikan foundation tersebut dengan span basah (jangan menggunakan jari). Atau uolls boleh cuba campurkan foundation tersebut dengan moisturizer (pelembap), primer foundation, foundation yang lebih cerah (campurkan kedua-dua foundation sekali), concealer ataupun dengan finishing powder.
Untuk buatkan foundation nampak lebih gelap (sekiranya uolls beli foundation terlebih cerah dari kulit wajah), tambahkan blusher atau concealer pada foundation atau campurkan foundation dengan bronzer atau gabungkan foundation yang cerah tadi dengan foundation yang lebih gelap atau tinted moisturizer (pelembap berwarna)
Untuk menukar warna foundation pula yang mana warna foundation tersebut tak sesuai dengan warna dasar kulit (undertone skin), uolls boleh olah warna foundation tu untuk jadi lebih match dengan undertone skin. Caranya, bagi mendapatkan undertone berwarna kuning, tambahkan kunyit. untuk pink atau biru undertone, tambahkan blusher yang berwarna pink ke coklat. Untuk buatkan foundation warna nampak lebih kecoklatan, tambahkan serbuk koko.

sumber : skinhealty