Thursday, May 15, 2014

Mid year exam

Asalamualikum....

Waduh waduh sudah lama tak update ini blog. Busy aja saya tahun nie. Tahun nie SPM. Sudah bersawang blog nir. Huhuhu. Orang pun dah tak ada nak baca blog titew nie. Huhuh

Bulan nie saya ada mid year exam. Bapak susah nak mampussss. Pening kepala hamba. Tapi apa pun saya tetap usaha untul berjaya. Doa kan saya  berjaya ada lagi 1 minggu.

Serius stresss gila. Adoiii dah lama tak karang nak tulis pun dah tak tahu. Huuuhhuhi. Kalau korang stresss korang buat apa ya? Kalau saya main makeup dengan tengok running man. Keh keh

Harap sampai sini saja lah saya update. Nah selfie untuk korang harap muntah ya.

Monday, April 7, 2014

INAI HOMEMADE

hari nie baru boleh update blog. tiba-tiba inai home made nie glamor sangat-sangat. so try la nak buat  tapi teman baru bahan. nak tahu bahan-bahan dia?


Bahan- bahan:
- sirap / pewarna makanan (ikut color yang korang nak)
- sabun mandi /sabun cuci pinggan (pastikan yang ketul bukan liquid)
- sedikit kapur makan / kapur sireh. (nisbah sabun:kapur  -> 1:4)
*maksudnya, kalau sabun dalam 4 sudu kecik,kapur 1sudu kecik je. pandai2 la.

Cara-cara:
- campur kesemua bahan (sabun, kapur, pewarna). tanpa air ye..gaul semua tu..nak terang, lebihkan sirap/pewarna..DIULANG,JANGAN CAMPUR AIR.
- Dah siap campur, boleh la letak atas kuku. iolls syorkan masukkan dalam plastik, gunting hujung. buat macam inai kon tu..alaaa...macam nak piping cream atas cupcake..
** cara ni bagi mengelakkan campuran inai terkena kulit. sebab INAI NI AKAN MENYEBABKAN KULIT ANDA PEDIH. ni serius ni. tak main-main..
** sebab tu inai DIY ni boleh pakai pada kuku je.
- biarkan dalam sejam dua, dah boleh basuh. tak payah pakai lama.

kalau anda tanya HALAL TAK INAI NI?
iolls jawab : cuba tengok bahan-bahan nya? agak-agak halal tak?
kalau was-was..TAK PAYAH BUAT!...
dan inai ni meresap ke kuku. akan hilang sama macam kita pakai inai biasa tu. ikut kuku tumbuh..

nanti bila kitew dah buat kita update lagi ya. bye-bye

Tuesday, March 25, 2014

Random update lagi

Asalamualikum.....

Lama tak update blog kesayangan beta nie. Habis bersawang. Kalau nak jadi blogger tegar macam tak berapa mampu lagi. Hihihi serius ingin menjadi blogger berjaya macam yuyu zulaikha dan Hazanis. Motif nak update blog???

Sebenarnya ambo dok tahu nak update gapo. Palo nie raso semacem jo raso nok demey pon ado. Hais memey dok boleh jadi blogger tegar lah macey nie. Hok alorh. Saem-saem yang ambo sayang. Dok tahu napo tibo-tibo ambo nok kecek kelate. Padahey ambo memey ore asli kedah. Aduh dok tahu la raso macey tok nenek moyang ambo asal kelate sebab tu namo ambo ada " WAN".

Hahaha memang saya tak boleh tinggal telor kedah la. Tahu tak ( telor ) tu apa? Telor tu maksud dia dialek bukan telur ya. Kalau tak silap saya perkataan telor tu ada masuk PMR 2012 Paper BM. Cuba korang cari. Hari nie mungkin tajuk update random lagi sebab apa yang saya merapu pun tak tahu. Hahaha sekarang dah pukul 3:05 pagi. Mungkin sebab saya penat dan merapu.

Hari nie mungkin sikit saja saya update. Janji ada pengetahuan untuk korang jugak. Nah hadiah selfie untuk awak semua. Bye

Thursday, March 6, 2014

Hidup tiada makna

asalamualaikum....

baru ada kesempatan untuk update blog bulan nie. sebenarnya minggu nie saya ada exam. ujian satu. doakan saya untuk lulus ya. Bila saya saya dengar lagu never say never saya rasa semangat. Sebelum nie saya rasa macam hidup nie tak ada makna.

Kadang-kadang saya terfikir. Kenapa saya tak.ada kawan baik? Kenapa orang tak suka saya? Kenapa saya tak layak untuk suka orang? Hina sangat orang macam saya nie? Mungkin disebabkan dengan cara saya yang agak kasar. Ya saya akui saya memang kasar sebab saya seorang saja anak perempuan.

Tapi bila dengar lagu NEVER SAY NEVER. Saya sedar. Saya tak boleh berputus asa untuk berubah. Saya jugak punyai perasaan kecik hati. Mungkin orang lihat saya happy tapi siapa tahu apa yang terpendam dalam hati. Setiap hari saya hanya terkurung dalam bilik. Hubungan keluarga dengan saya juga tidak berapa bagus. Sering bergaduh dengan adik-beradik. Hanya dalam bilik ja saya luahkan perasaan saya. Dunia saya penuh dengan imaginasi semata-mata.

Orang sering pandang rendah pada saya. Saya...... Cukup sedihhhhh. Tapi saya okay saya dah besar. ( fake smile )

Saturday, February 15, 2014

Luahan hati

asalamualaikum cinta..

hari nie saya lapangkan diri saya untuk update blog tercinta ini. hahaha. sejak akhir-akhir ni susah nak post cerita-cerita yang syokk ( best ) tapi saya tetap usaha untuk berfikir. ayat yang tak boleh pakai langsung. rasa diri nie b****. okay back to the topik. pernahkah anda terasa disisih oleh kawan-kawan anda?.

Bagi orang yang berbadan besar macam saya nie memang selalu di sisih oleh kawan-kawan di sekolah. Sedih memang sedih. Saya tak cantik macam budak perempuan lain. Saya sering di buat lawak kerana saya berbadan besar. Walaupun saya tahu kawan saya hanya nak buat lawak tapi kenalah jaga perasaan orang sama. Tapi saya akan bersabar selagi ada.sabar dalam diri saya.

Ini memang pengalaman saya. Bila di agihkan .kumpulan saya sering di pandang hina. Walaupun kawan-kawan saya tak kata tapi saya boleh lihat cara pandangan mata dia kepada saya. Sedih!!!! Tapi hidup ni tak boleh sedih sangat. Ada jugak yang ikhlas kawam dengan saya. Bersyukur sangat dapat sahabat yang baik.

Telah lama saya pendamkan perasan ini. Baru hari nie saya luahkan di sini. Harap perkara yang lepas jangan di kenang. Sekarang saya akan bersabar. Kerana sabar itu separuh daripada iman.

Wednesday, February 12, 2014

belated

asalamualikum....

lama tak bertemu di ruang ini. sekarang nie saya sibuk dengan persediaan untuk SPM. tapi untuk update blog masih sempat lagi. hihihihi. hari nie nak ceritakan serba sikit ja. pada bulan januari lepas is my bufday yeahhh dah cukup umur. happy belated bufday. yang ke-17. bufday saya pada 16.1.1997.




rasa diri dah cukup besar dah. padahal @%&^*  . that all aku nak merapu. bye-bye

p\s; update blog dekat cc