Monday, March 11, 2019
10 Rutin Penjagaan Kulit Wanita Korea
Saturday, January 12, 2019
FIRST POST IN 2019
assalamualaikummmmm......
sudah lama tak post dekat blog ni. selalu tak sempat hari ni baru boleh update. selalu jadi silent reading blog orang ja. hahahaaha ini post pertama di tahun baru. SELAMAT TAHUN BARU *walapun dah lambat tetap nak ucap jugak* hehehehehe. sebenarnya tak banyak nak tulis ni. sudah lama tak karang ayat otak pun dah jadi tepu. kalaulah boleh dan rajin macam dulu2 update blog.
betul orang kata semakin kita dewasa semakin kita sibuk dan stress. kalaulah boleh putar masa nak duduk sekolah menengah ja. huhuhuhu. okay dah cukup merapu. ehh insyaAllah nanti saya akan update minat terbaru saya tentang ANIME hahahahah sanggup ni turun dari Kedah ke KLCC sebab nak join Comic Fiesta 2018. tunggu next post ya. #muahciked
Tuesday, September 25, 2018
SAHABAT
Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......
Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.. Aamiin YRA
Tuesday, April 3, 2018
MACAM MANA CARANYA NAK PILIH WARNA FOUNDATION YANG SESUAI DENGAN KULIT WAJAH

- Sejuk (Cool) : Kulit cenderung berwarna biru, merah atau pink
- Hangat (Warm) : Kulit cenderung berwarna emas, kuning atau peach
- Natural : Kulit mempunyai kombinasi warna sejuk dan suam
- Warna dasar kulit adalah sejuk apabila uolls mempunyai warna rambut hitam (pure black), coklat atau perang (blonde) digabungkan dengan warna mata kehijauan, biru atau kelabu. Manakala untuk warna dasar kulit hangat apabila uolls memiliki warna rambut hitam, perang (auburn) atau perang kemerahan digabungkan dengan warna mata hazel, coklat atau amber.
- barang kemas perak (silver) akan kelihatan sangat padan dan sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit dasar sejuk manakala untuk kulit dasar hangat akan lebih kelihatan padan/match dengan barang kemas daripada warna emas (gold). Bagi kulit dasar natural pula, takde masalah untuk pakai silver atau gold sebab kedua-duanya sangat sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit jenis ini.
- Kulit dasar sejuk akan lebih cenderung untuk bertukar pink, kemerahan atau terbakar (sunburn) dengan cepat apabila berada di bawah sinaran matahari yang kuat. Kulit dasar hangat pula akan menjadi keperangan dan lebih gelap (bronze/tanned) apabila berada di bawah sinar matahari
- Kulit dasar sejuk memiliki urat darah berwarna biru pada pergelangan tangannya, urat darah berwarna hijau untuk kulit dasar hangat dan urat darah berwarna biru kehijauan untuk kulit dasar natural.


- Kulit jenis berminyak : Pilih matte finish foundation atau oil-free liquid (bebas minyak) foundation atau powder foundation.
- Kulit jenis kering : Pilih mosturizing atau hydrating cream foundation atau stick foundation
- Kulit jenis sensitif : Pilih hypoallergenic dan scent-free foundation
- Kulit jenis kombinasi : Powder Foundation lebih sesuai
- Pilih foundation yang menawarkan litupan penuh (full coverage) atau litupan sederhana (medium coverage) sekiranya mempunyai tona kulit tidak sekata (uneven complexion) dan inginkan foundation tersebut cover keseluruhan kulit wajah. Pemilihan coverage ini sangat penting untuk tentukan sejauh mana wajah kita akan kelihatan natural apabila kita mengaplikasikannya.
- Untuk kelihatan natural atau mempunyai tona kulit wajah yang sempurna, dapatkan foundation yang menawarkan litupan ringan (sheer coverage).
- Dapatkan foundation yang mempunyai SPF kerana ianya turut membantu dalam melindungi kulit wajah daripada sinar UVA dan UVB
- Warna dasar kulit sejuk : pilih foundation dengan warna asas (base) rose, merah atau biru serta uolls boleh consider untuk cuba warna/shades foundation koko, rose atau porcelain
- Warna dasar kulit hangat : Pilih foundation dengan warna asas (base) emas atau kuning serta uolls boleh consider untuk mencuba warna/shades foundation caramel, golden, tan, shestnut atau beige
- warna kulit dasar neutral : uolls boleh consider untuk mencuba warna/shades foundation kuning langsat (buff), nude, ivory atau praline
Sunday, February 18, 2018
Pemilihan warna Tudung mengikut Kulit
Meh sini kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai untuk kulit.. Akak tau selama ni uolls hentam je kan pakai Tudung warna ape,asal kena dgn warna baju... Ehh akak pun sama jugak macam uolls
Jom baca
❤ Kulit putih ❤
Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakkan warna tanpa sebarang masalah.
Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru. Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
❤ Sawo matang ❤
Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik. Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.
❤Kuning langsat ❤
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning. Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikkan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.
❤ Kulit gelap ❤
Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.
Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikkan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari- harian.
Sekian tips pemilihan warna tudung dari.
Friday, January 5, 2018
Tips foundation tidak bercapuh
Tips foundation tidak bercapuh atau 🎂 makeup, semua langkah2 ni wajib, save ok...
Sebelum makeup:
1. Cuci muka
2. Scrub buang kulit mati (2 kali seminggu)
3. Toner
4. Moisturizer
5. Face mist
6. Primer (tgk jenis kulit/keadaan kulit semasa)
Semasa makeup:
1. Corrector dahulu utk bahagian bermasalah
2. Foundation sebaik2nya pakai sponge (damp) yg original k... dap dap bukan tarik...
3. Concealer selapis je
4. Kalau nak pakai cream contour/highlight waktu ni lah... blend pun dap dap je...
5. Baking bawah mata dan T-zone dgn loose powder 1-2 minit (sementara boleh lah lukis kening dan buat bahagian mata kalau belum)
6. Set bahagian muka lain dgn powder... dap dap jangan tarik
7. Bronzer, blusher & highlighter powder
***Elakkan cream makeup atas powder (pastikan cream contour/cream highlight dah letak atas muka, baru guna produk powder last sekali)
Selepas makeup:
1. Face mist lagi/setting spray
***tips penting terus kipaskan dgn kad keras utk kunci makeup
Rajinkan tgk video dptkan tips2 dan review produk2 di YouTube ok...
Kebanyakan MUA di YouTube kalau dia ckp honest review/not sponsored tu mmg jujur review dia...
Lain orang lain ragam, lain orang lain cara makeup, kalau x setuju dgn tips saya, boleh teruskan cara sendiri k... PEACE
Selamat mencuba 💕
credit : Paris levine
Tuesday, December 12, 2017
CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA
Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takdela bercapuk muka tu nanti.
Jadi macam mana nak mula? Meh nak share apa yang perlu 🙂
(1) PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.
Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based
(2) SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.
Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.
(3) PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.
Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk.
Primer bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.
(4) CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.
Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan.
Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.
(5) COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.
Ia berbeza sedikit dengan jenis two-way cake di mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.
Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.
(6)PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.
Pilih foundation yang betul berdasarkan
jenis shades, coverage, dan juga finishing yang tepat.
Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing
(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh.
Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit.
Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali.
.
.
Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.
Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib.
Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih
cantik.

