Friday, October 31, 2014
novel?
Thursday, October 23, 2014
cara menjaga muka
MENYEGARKAN KULIT MUKA
Selain daripada itu air teh semalaman juga boleh digunakan untuk mencuci muka bagi menyegarkan dan menegangkan kulit muka.Caranya mudah sahaja.Sebelum kita membasuh dengan sabun atau pencuci muka,basuhkan muka dengan air teh tersebut .Biarkan 10 hingga 15 minit.Selepas itu boleh dibilas dengan menggunakan air bersih.Lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya,pasti akan menggembirakan
PETUA 2
MENGHINDARKAN KULIT BERMINYAK
Daun sirih dan daun jambu batu hendaklah diramas terlebih dahulu di dalam semangkuk air sahaja.Sapukan air itu kepada kulit muka dan biarkan selama 5 minit.Kemudian bilas muka dengan air bersih.Lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu.Lakukan selalu pada kulit muka yang berminyak.
PETUA 3
MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM PADA KULIT
Daun mambu dengan beras direndam sementara mata kunyit hidup ditumbuk hingga halus.Campurkan bahan ini dengan sedikit air.Kemudian sapukan bahan tadi pada seluruh muka dan juga badan,Lakukan rawatan ini dua kali sehari,sampai kulit kelihatan licin dan sihat.
PETUA 4
MERAWAT MATA DARI BERKEDUT
PETUA 5
MENYERIKAN MUKA
..Selepas cuci muka,panaskan tuala muka dan letakkan pada muka selama seminit.Lakukan tiga kali.Bilas muka dengan air dari peti sejuk.Cuba dan lihat khasiatnya sendiri.
..Mengunakan bedak sejuk sememangnya popular dari zaman dahulu hingga sekarang.Golongan tua juga muda gemar menggunakan bedak sejuk terutama sekali yang tinggal di kampung-kampung.Ia boleh menyejukkan dan menyegarkan kulit serta sebagai pengganti bedak terkini.Basuh beras dan rendam selama 40 hari.Air rendamannya pula perlu ditukar setiap hari.Kisarkan beras tadi dengan sedikit jerangau dan daun cekur sehingga lumat.Campurkan sedikit air supaya ramuan itu sebati dan dikacau rata.Ambil bahan itu dengan tangan dan titis-titiskan pada kain nipis jenis muslin dan jemur hingga kering serta berbiji-biji.Simpan bedak sejuk tadi di dalam bekas tertutup bersama bunga-bunga yang berbau wangi seperti bunga cempaka,melur dan kenanga.Apabila diperlukan,ambil empat,atau lima biji bedak sejuk dan basahkan dengan sedikit air secukupnya.Sapukan pada kulit muka sehingga bancuhan ini kering.Kemudian sapukan rata-rata di seluruh muka.Ia sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama sekali pada sebelah malam sebelum tidur.
PETUA 6
MENYEGARKAN MATA
Kesegaran mata dapat dikekalkan dengan penggunaan serbuk teh yang sudah dijadikan air minuman.Teh mempunyai fungsi yang sama dengan timun.Caranya mudah sahaja.Uncang teh yang telah digunakan untuk membuat air teh,jangan dibuang kerana masih berguna.Sejukkan uncang tersebut dan letakkan di atas mata serta menutupi keseluruhan mata.Biarkan selama beberapa minit yang diperlukan.Cara ini berkesan untuk menyegarkan mata terutama sekali bagi mereka yang tidak cukup tidur.
PETUA 7
MELEMBUTKAN DAN MELINCINKAN KULIT MUKA
Minyak zaitun digunakan pada kulit muka kita supaya muka kelihatan sentiasa lembap.Jika anda berkulit jenis kering eloklah mengamalkan minyak ini.Minyak zaitun ada terdapat di pasaran dan harga berpatutan.Sapukan minyak zaitun pada kulit muka selalu supaya kulit anda kekal lembap untuk jangka masa panjang.
MELINCINKAN KULIT MUKA
Bukan mudah bagi setiap orang untuk mengekalkan kelembutan kulit muka.Apabila kulit muka kelihatan licin
rasanya tak jemu memandangnya.Muka yang licin dan kilat hanya dapat dikekalkan dengan penggunaan beras.Ia adalah petua nenek moyang orang india sejak zaman berzaman.Fungsinya sama seperti bedak sejuk
iaitu untuk melincinkan dan mencantikkan kulit muka.
Caranya ialah beras dibasuh dan direndam beberapa jam.Kemudian digiling bersama kunyit hidup.Campuran tersebut disapu pada seluruh kulit muka dan diratakan.Ada juga yang menggunkan bedak ini setiap hari.
PETUA 8
AWET MUDA
Pati lidah buaya mengandungi penapis yang melindungi kulit anda daripada bahaya sinaran ultra ungu yang meransang pertumbuhan melanin dan seterusnya mengurangkan pembentukan pigmen dan kecelaan pada kulit.Pati ini juga mengandungi Vitamin C dan unsur-unsur penyubur semulajadi yang menjadikan kulit berseri-seri.Wujudnya bahan-bahan tambahan asli menghasilkan kehalusan dan kemudaan kulit terutama wajah kita.
Caranya mudah sahaja iaitu ambilkan beberapa daun lidah buaya,keluarkan isinya yang merupakan patinya.
Sapukan pati ini keseluruhan kulit wajah biarkan selama lima minit.Selepas itu basuhlah kulit wajah dengan air yang bersih
kawan selamanya
dikala aku duka
di setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada di kala aku jatuh
senang cerita kau lah sahabat aku
Wednesday, October 15, 2014
Thursday, August 14, 2014
RAYA VS SPM
selamat hari raya. harap tidak lambat untuk ucapkan. lepas raya cik pah busy memanjang sampai tak sempat nak update dan blog wallking. maaf kan teman kalau tak sempat nak follow blog saem2. cik pah ada trial SPM lebih kurang 2 minggu lagi. harap boleh buat dengan baik untuk trial ini. doakan cik pah ya.
lagi satu tidak lupo jugak cereta rayo tahun ini. raya tahun ini hanya sederhana saja. mak ore kato
"pah mu tokse belanjo bnyok2 tuk rayo mu tu nok exam taun nie."
sedih benar hati. huhu tahun nie baju tidak upah beli online je. tema tahun nie warno biru. tapi macey biasa gambar satu family xdo sebab ada masalah teknikal. huhuhu lupo letak pic dalam laptop hanyo ado gambar cik pah ja. raya tahun nie balik kampung macam biasa dekat Jitra kedah.
\
hanya biasa saje baju tahun nie. hahaha masa nie tengah selpiaq sorang-sorang. raya kedua cik pah pakai baju muslimah biasa ja. tahun nie memang kurang pi beraya rumah adik beradik. orang kata dah dekat nak SPM rasa gementaq tu koi dekat. ketaq lutut ceq oiii.
raya kedua. ketiga , keempat dan kelima. raya kelima habis modal dah. tak tau nak pakai baju apa. rembat tshirt sepahtu ja. hahaha. and the last picture.
Sunday, June 29, 2014
Kelebihan 10 malam pertama ramadhan
*10 Hari Pertama Bulan Ramadhan* - Fasa 10 Hari Pertama Bulan Ramadhan di sebut dengan Malam Rahmat, 10 Hari Kedua di sebut dengan Maghfiroh, dan 10 Hari Ketiga disebut dengan Itsfunminannar (pembebasan dari Api Neraka).
Suatu Ketika Para Sahabat Bertanya Kepada Rasullullah saw, YaRasullullah, apa sih sebenarnya keutamaan (kelebihan) Sholat Sunnat Tarwih Pada Bulan Ramadhan?,lalu Rasullullah pun menjawab sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadist yang di riwayatkan oleh Saiyidian Ali(r.a), Kelebihan Sholat Sunnat Tarwih Pada bulan Ramadhan Adalah sbb :
*Malam Pertama :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam pertama Ramadhan, maka ia akan keluar dari dosa dosa sebagaimana ia baru di lahirkan
*Malam Kedua :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam dua Ramadhan, maka dosanya dan kedua dosa ibu bapak nya akan di ampuni oleh SWT
*Malam Ketiga :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ketiga Ramadhan, maka maka malaikat yang ada di Arsy berdoa kepada Allah agar diampuni dosa kita
*Malam Ke empat :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke empat Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala dari orang2 yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur'an
*Malam Ke Lima :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam lima Ramadhan, maka Allah akan Memberikan Pahala sebagaimana Pahala nya orang2 yang sholat di masjidil Haram, Masjid Madina dan Aqsa.
*Malam Ke Enam :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke enam Ramadhan, maka Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70Ribu malaikat) serat batu2 dan tanah mendoakan orang2 yang melaksanakan sholat tarwih pada malam ini.
*Malam Ke Tujuh :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke tujuh Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala Se akan2 bertemu dengan Nabi Musa dan Berjuang mengalahkan musuh ketatnya yaitu Fi'aun dan Hamman.
*
*
*Malam Ke kelapan :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam kedelapan Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala yang di lakukan nabi Ibrahim As
*Malam Ke Sembilan :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke sembilan Ramadhan, maka ia akan di naikkan mutu dan nilai ibadah nya sebagaimana mutu dan Ibadah Nabi Muhammad SAW.
*
*
*Malam ke Sepuluh :*
Barang Siapa yang melaksanakan Sholat Sunnat Tarwih pada malam ke sepuluh Ramadhan, maka Allah akan mengkaruniakan kepadanya kebaikan dunia dan Akhirat.
Posted via Blogaway
Tuesday, June 24, 2014
keputusan mid year exam
hari yang datang sudah tiba. hari khamis nie ada jaya waris. huhuhu takut gila la. keputusan tidak memuaskanla. ada G yang lain semua flying colour. cuma dua benda nie ja yang tak mampu untuk lulus. huhuhu AKAUN & EKONOMI serius susah. masa jawap exam macam nak keluar air mata. tak apa usaha tangga kejayaan.
bukannya saya tak berusaha tapi memang dah berjuang habis berhabisan dah. apakan daya sudah ditakdirkan bergini markah ujian saya. tapi saya bersyukur jugak sebab tak pernah dalam hidup dapat TOP 10 haha. ingat senang ka.





