lama tidak mencoret di blog kesayangan ini disebabkan laptop rosak hari itu. hari ini baru boleh update cerita. hmmmm semalam kawan ada wasap kata nak datang rumah ambik paper ulang kaji untuk final. alkisah tejadi la chat anatara kami. tiba- tiba my friend ajak ke alor setar. okay kami pergi tiga orang. ingatkan nak ke alor setar saja. my friends dapat idea nak ke penang. jadi lah percutian yang tak dijangka. hahaha kalau ikut apa yang saya belajar dia tak dipanggil bercuti sebab kami balik hari.
bajet dalam tol kami hanya rm 50 dari perlis ke penang. tol pergi dan balik hokey. kami bertolak dalam pukul 12 lebih dan sampai penang dalam pukul 3. yang kelakar sampai penang tak tahu nak ke mana. ikut suka hati ja nak bawak kereta ke mana. alhamdulilah ada juga waze. hahahha dengan bantuan waze kami ke Bukit Bendera. kalau korang ada my kad dapat murah ja tiket rm 10 kalau student rm3 ja. hahahha murah gila baq hang. walaupun jerebu teruk dekat penang kami tetap nak naik dekat bukit bendera.
tempat wajib di Bukit Bendera di atas kerusi. hahahaha tempat orang selfie dan tempat kunci love2 banyak tu macam soul korea ja. sesi bergambar dekat atas bukit bendera banyak gila.hahaha masa nak turun train tu gayat gila takut pun ada. huhuhuhu.
okay saya pendek gemok. hahahah baju selekeh gila pakai. okay selepas berjimba dekat atas bukit kami ke shopping mall Queenbays sedar tak sedar sampai malam kami shopping. hohoho macam la dekat alor setar tak ada. hahahaha yang lawaknya bila nak balik nak cari jambatan pulak nak balik tak jumpa. ohoho pusing2 banyak kali baru jumpa.
No comments:
Post a Comment