Monday, May 4, 2015
hobi di masa lapang ( MAKEUP )
setelah lama menghilangkan diri akhirnya dapat jugak update blog yang dah lama bersawang nie. fuh... fuh... tiup habuk. huhuhu. sebab sekarang jarang update blog sebab kerja. ye saya kerja sementara nak tunggu tawaran sambung belajar. alhamdulilah sebab nak cari pengalaman kerja sama. boleh la nak shopping, tak payah nak mintak duit dekat ayah lagi.
sebenarnya saya nak kongsi hobi yang dah jarang saya buat. hobi makeup. ya sebelum nie ada juga buat entry makeup. haha sila la cari dalam blog nie. nak bagi link line slow la pulak. nak upload gambar pun susah. sad life.
baru nie saya ada cuba satu makeup la. makeup barbie doll. tapi tak macam doll pon. hahaha sebab baru jinak-jinak nak mencuba. insyaAllah bila korang tengok gambar mesti tak lalu makan sebulan. so dah jimat duit makan sebab ada gst. hahaha ni la gambar dia.
sekarang saya nak cerita tentang makeup nombor dua pulak. makeup nie bila korang nak keluar jalan jalan okay la sebab dia sangat simple dan tidak terlalu tebal. macam natural beauty orang kata. makeup nie memang sesuai untuk ke kelas, kerja dan macam macam lagi la. nie dia gambar yang kedua.
makeup yang ketiga pulak korang boleh guna untuk tunang. tak payah makeup tebal sebab tunang nie kita buat simple aja, kalau buat grand kahwin nanti hilang seri uallls. hahaha. tapi itu bagi pendapat saya la. kalau boleh memang nak simple aje makeup tunang tu. okay nie gambar dia. nie gambar terakhir.
akhirnya tamat sudah cerita saya yang tak berapa hebat nie. kalau ada siapa nak tutorials makeup orang boleh comment dekat bawah ye. #muahciked villagepeople
Tuesday, April 7, 2015
Friday, March 27, 2015
pening pening pening
Friday, February 27, 2015
menunggu masa
Thursday, February 19, 2015
TAK KU SANGKA TAK KU DUGA RUPANYA.....
Sedar tak sedar dah 3 tahun dah ada blog. sebelum ini ada blog tapi tak la aktif sangat. pengikut pun tak ada. Alhamdulilah sekarang ni dah ada walaupun tak ramai. sebenarnya susah juga nak berblog nie. perlu ada semangat yang tinggi. saya gigih juga la nak buat blog ini. dengan masuk segment2 yang rakan-rakan bloger buat kita boleh buat blog kita naik juga. heeeee
InsyaAllah saya akan teruskan dunia bloger ini. walaupun blog ini tak banyak sangat dengan fakta or whatever lah! hehehe kebanyakan cerita about my life. one day saya akan buat blog ini lagi menarik tertarik kau memang da BOOM. harap dengan cerita my life tu tak bosan la untuk korang baca. ingat nak azam nak buat gaya tudung for chubby girls and fashion untuk orang BAMBAM tapi tak ada rezeki lagi. rasanya nak tunggu bila dapat sambung belajar nanti. wish me luck korang. heeee tiba-tiba termasuk istanbul aku datang plak.
rasanya tak ada apa yang nak diceritakan untuk hampa semua. ehhh lupa mak nak habaq header blog ceq buat sendiri noh hahaha. ambik la gambaq huduh ceq tu. ceq orang KEDAH. nanti bila hampa nak p siam ka danok ka dekat ja dengan daerah ceq kubang pasu ceq dok bandar CHANGLUN. hari-hari boleh pi shopping dekat siam. tapi la nie duit malaysia jatuh jadi duit bath mahai sikit la noh. dulu murah ja, heheheh alamak terlebih merapu plak. bye2 jumpa di lain hari pulak.
p/s: saja nak letak pic sebab nak tayang tu tudung baru hahahaha. pakai shawl best muka bulat boleh nampak kecik ja
Tuesday, February 17, 2015
happy belated birthday Zaty!
Tuesday, February 10, 2015
Insan biasa
Aku bertudung bukan kerana aku bijak agama, bukan pula kerana aku wanita yang sempurna tanpa cela •
---
TETAPI aku bertudung kerana ingin mentaati salah satu perintah ALLAH TA'ALA, dan menutup salah satu pintu dosa •
---
Panjang tudungku bukan kerana aku lebih baik, tetapi hanya ingin menjadi yang lebih baik. Untuk mak ayah. Aku sayang mak ayah sebab itu aku begini •
---
Seringkali aku dengar alasan ''Hidayah belum dapat'' Kata kata apa yang engkau mahu dustakan lagi wahai Hamba Allah. Hidayah kalau tak cari memang tak akan dapat. Tidak mahukah engkau menjadi seperti permata yang dicari? •
---
"Disaat wanita itu memilih untuk kekal dalam tawakkal Rabb-Nya, dia tetap menjadi wanita yang paling tinggi darjatnya" •
---
Ayuh sama sama kita berhijrah.




