Asalamualaikum,
Lama kita tidak berjumpa lagi. Pah tiada masa untuk menulis
blog kerana banyak aktiviti yang dilakukan. Hehehe pah nak menceritakan pada
tarikh 2 mei- 4 mei pah menghadiri kem rakan muda jiran muda yang dianjurkan
oleh UUM. Best gila la pah nak bagitau. Hehehe. Pada hari pertama pah ke sana
ada juga la keraguan. Yela tiba di sana kami di tempatkan di PADANG SQUARE,
PALAPES. WAHHH dengar palapes macam nak lari balik la masa tu. Tapi bukan macam
yang pah fikirkan, kami diberikan layanan yang baik sekali oleh kakak-kakak dan
abang-abang.
Selepas kami berkenalan kami diberikan kumpulan untuk room
mate. Huhuhu korang mesti nak tahu kan di mana kami semua tidur. Geng geng!!!!
Kami di berikan hotel khemah. Hehehe. Pengalaman memasang khemah yang
tak dapat pah lupakan. Terima kasih ya abang-abang dan kakak-kakak yang
menolong kami memasang khemah. Tanpa anda semua kami rasa tidur atas tanah jer.
Hik hik, selepas kami memasang khemah kami berkumpul di astaka. Kami
dibahagikan kepada enam kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang. Setiap kumpulan
diberikan fasilitator. Pah berada di kumpulan enam. Hehehe fasilitator kami
adalah MOHD HAZWAN atau nama panggilanya abang wan. Waduh-waduh. First lihat
muka abang wan rasa takut pun ada. Yela muka abang wan nampak garang gila.
Serius ja, nak tegur pun rasa takut, tapi kita jangan nak menilai muka orang
yang penting hati beb. Abang wan nie sebenarnya hati dia ada taman. Hehehe kami
tak sangka abang wan nie kelakar gilos.
Pada malam first, kami diberikan permainan yang dibuat oleh
ABANG SHABIR ( maaf la kalau tulis nama tak betul) iaitu ketua fasilitator. Pah
gelarkan permainan psikologi. Ok sebab apa korang nak tahu? Sebab abang shabir
nie suka sangat kata psikologi2. Hahaha sampai kami gelarkan abang psikologi. Hehehe
maaf ye abang shabir, saya main-main jer. Apa-apa abang shabir is the great. (
angkat tangan ke baru,mata naik ke atas) hahaha just for fun ok.Tidak lupa juga kepada ABANG AZHREEN dan ABANG SYUK yang membuat lawak dan memhiburkan kami
semua. Kami rasa amat terhibur sekali dengan abang berdua. Walaupun abang-abang
suka buli kami. ( senyum sampai telinga ) kami juga ingin meminta maaf kalau
ada buat silap.
Pada hari kedua, kami semua jungle tracking dalam hutan
sintok. Pada mulanya pah rasa takut la juga. Wan ingin mengucap ribuan terima
kasih banyak-banyak kepada KAK MINA dan KAK FIQA yang banyak tolong wan di
sana. Wan rasa diri wan nie banyak susah kan
abang-abang dan kakak-kakak di sana. ;( tidak lupa juga kepada abang
azhreen yang memberikan semangat untuk teruskan perjalan dan juga kawan-kawan
yang pah sayang.
Orang yang paling kami ingat ialah ABANG ALONG. Walaupun
abang along suka buli kami. Kami tidak takut dengan abang along kerana kami
semua tahu dalam hati abang along baik. Abang along buat semua ini juga untuk
kebaikan kami semua.
Akhir sekali. Sampai sini sajalah saya dapat menceritakan
pengalaman yang saya dapat di kem. Terima kasih kepada ABANG WAN, ABANG
AHZREEN, ABANG SYUK, ABANG SHABIR, ABANG ALONG, ABANG MIE, ABANG ALIFF DAN ABANG-ABANG
MUZIK. Tidak lupa juga kepada KAK MINA, KAK ANIM, KAK FIQA, KAK CHA DAN
KAKAK-KAKAK AJK. Terima kasih atas pengalaman yang indah ini.
p/s: sebernarnya banyak lagi gambar tapi malas nak upload. peace yo!!!
No comments:
Post a Comment